From 'Suatu Hari Ketika Kita Bertemu' story.
Part 1
~Silam itu ibarat susu putih yang diadun bersama hitamnya kopi~
(Ieya Sya)
Malam ini dingin
lantai jalan kekeringan
deruman enjin motor bersahut-sahutan
Aku salah satu darinya
Bukannya kenikmatan kesalahan yang dikejar
tetapi sekadar mahu mengisi kekosongan jiwa yang telah pudar warnanya
Kisah semalam hadir
entah untuk ke berapa kalinya
jantan tidak boleh menitiskan air mata
Namun kata-kata itu disingkirkan oleh diri
lalu air mata menitis di malam hari
Dunia bersalji itu muncul
sama seperti senyumannya yang masih terbayang setiap hari
Aku terlarut di dalamnya
mengingati kebahagiaan yang datang hanya untuk beberapa ketika
Bahagiakah aku?
Ya, semalam
Tetapi bukan hari ini
Bunyi yang panjang menyentakan aku
Allah, aku hampir menjatuhkan diri ke lembah hina kerana cinta kepada manusia.
sesungguhnya aku lupa, cinta pada-Mu mengatasi segalanya.
Indah itu bersama-Mu
Bukannya dia