BAB 1 (HANA DAN AYIE)

by - October 18, 2018






BAB 1

Rambut ikalnya diikat tinggi. Bedak baby powder diratakan ke mukanya yang lincin. Gincu berwarna merah jambu dicalik nipis ke bibirnya.

Siap!

Hana Fahira tersenyum ceria menilik penampilannya. Rasanya dah terlebih cun hari ni. Perasan! Perasan sendiri tak apa. Perasan sendiri boleh bagi tenaga positif pada diri. Ingat tu!

Kaki diayun keluar dari biliknya, terus menuju ke arah dapur. Bukan main dia senyum sampai telinga.

"Kena reject lagi?"

Suara agak terkejut itu mematikan langkah Hana. Melihat dua tubuh yang sedang berkerut dahi di dapur, membuatkan Hana pantas menyorok sebalik dinding.

"Masuk ni dah tiga kali. Aku tak tahu apa nak buat dengan Ayie tu. Aku rasa nak paksa dia kahwin biar lupa perempuan tu."

Hana ternganga sekejap. Ayie kena reject lagi? Patutkah dia ketawa. Dia melihat muka emak Ayie yang tertekan. Mana tak tertekan? Dah mengidam menantu tapi calon yang anak dia nak tu asyik reject je semedang.

'Betul tu mak cik. Kahwinkan je abang Ayie tu. Kalau nak calon, sini ada seorang,' getus hati Hana dengan tangan melekap di dada.
Gatal!

"Sabar je la Midah. Hati perasaan ni tak boleh nak paksa. Kau sabar je la. Ayie tu tengah pujuk si Liana tu. Biasalah perempuan. Kena fikir betul-betul sebelum terima seorang lelaki." nasihat Puan Azura pada jiran merangkap kawan baiknya.

Hempeh! Hana tarik muka empat belas. Emak dia bagi nasihat cukup punya baik tapi dia tak suka! Kenapa mak tak apikan je mak cik Midah tu? Biar abang Ayie tinggalkan Liana tu dan datang ke pelukan Hana.

"Entah la Zura. Aku bukan apa, kesian sangat dengan anak aku tu. Hari ni pun tak pergi kerja. Kecewa sangat kononnya. Aku suka dekat budak Liana tu tapi aku tak sampai hati tengok anak aku kecewa. Aku nak bercakap dengan Liana tapi Ayie tu tak bagi pula."
muka Puan Hamidah mengeruh. Semuanya sebab Liana!
Hana mencebik. Kak Liana ni pun satu! Kalau tak nak abang Ayie tu, pas je la dekat dia. Dia dengar rela hati menerima. Dia akan praktikkan semua cara untuk ubatkan kelukaan abang Ayie kalau abang Ayie sanggup alihkan hati pada dia. Tapi...

Tak! Kak Liana tu juga yang abang Ayie nak kejar! Memang la Kak Liana tu cantik tapi kalau setakat cantik tapi sakitkan hati abang Ayie kesayangan dia tu buat apa?

"Sabar ye Midah. Insya-Allah, nanti terbuka la hati Liana tu nak terima si Ayie tu. Kau sebagai mak, doa banyak-banyak untuk anak kau tu." Puan Azura tetap memberi nasihat pada sahabatnya.

Di sebalik dinding, mulut Hana dah terherot sana sini. Abang Ayie dengan Kak Liana memang dah lima tahun bercinta itu pun lepas putus setahun. Tapi hebat juga. Putus setahun lepas tu boleh pula sambung balik. Tapi bila abang Ayie melamar, tak nak pula. Kesian abang Ayie tu. Tapi kalau kak Liana tolak abang Ayie pun bagus juga. Ada la chance dia nak masuk jalan.

Sekejap! Mak cik Hamidah kata abang Ayie tak pergi kerja, maknanya dia ada dekat rumah la kan?

Hana tersenyum lebar sebelum berlari ke arah pintu utama. Abang Ayie tunggu ya, Hana pasti datang untuk abang...
...

Tersenyum simpul bibirnya saat melihat Ayie berada di halaman rumah sambil memetik gitar. Tu mesti layan perasaan la tu. Mesti lelaki tu tengah menyanyi lagu sedih tahap leleh air mata. Kesiannya...

Kenapa saat Ayie nampak sedih, Hana rasa nak menyanyi lagu happy. Aci tak kalau dia nyanyi lagu ku menunggu nyanyian Rossa? Pantas dia lajukan kaki menuju ke rumah jiran di hadapan rumahnya.

"Kena reject lagi?"

Aish Mikael yang di panggil Ayie itu mengangkat muka. Terhenti sekejap petikan gitarnya. Melihat muka gadis yang enak bersandar di tepi pagar, pantas dia tarik muka.

"Sejak bila kau ada dekat situ?" tanya Ayie malas.

Datang dah pengacau alam ni!

Hana tak menjawab sebaliknya mendekati Ayie yang duduk di atas kerusi. Selamba saja Hana melompat dan duduk di atas motor RXZ milik Ayie.

"Dah lama. Sempat la dengar suara orang merintih kasayuan sebab lamaran kena tolak." Hana mengejek dengan mengangkat kening.
Ayie ketap bibir. Budak ni dah tahu! Ni mesti emak ni!

"Abang Ayie, sudah-sudah la lamar kak Liana tu. Tiga kali dia dah tolak abang, putus asa je la. Cuba abang alihkan hati abang tu pada Hana. Sekali abang lamar, Hana terima punya."

Ayie menjeling tajam. Ucapan dari budak berumur 22 tahun yang berstatus penganggur tetap tu buat hatinya bengang. Dia ingat cinta tu mudah dia alih macam alih peti ais? Hana tu tahu maksud cinta atau tak?
"Kau sibuk kenapa? Hal aku tak payah nak masuk campur. Kau tu tak reti malu ke? Aku terang-terang reject kau kan?" jawab Ayie sedikit bengang.

Tapi ingat Hana akan terkesan? Kesah apa dia? Selagi Ayie tak bertunang atau berkahwin, selagi tu dia akan simpan hati pada pemuda tu. Jodoh tu rahsia Allah, siapa tahu Ayie adalah lelaki untuknya. Kalau la betul, indahnya dunia ini.

"Tu la masalahnya abang Ayie. Abang Ayie asyik tolak Hana, sebab tu Allah gerakkan hati kak Liana supaya tolak abang Ayie. Cuba abang Ayie buka hati tu untuk Hana. Barulah hidup abang Ayie tenteram."

Bergerak rahang Ayie tengok muka Hana yang tersengih-sengih. Umur 22 tapi perangai macam budak sekolah! Dia sendiri naik buntu nak halau Hana yang tak reti putus asa ni.

"Jom kahwin nak tak abang Ayie?" Hana bersuara tiba-tiba.

Hampir saja gitar di tangan Ayie terjatuh. Sempat juga dia terbatuk kecil. Gila budak ni! Aku baru kena tolak, dia ajak kahwin. Dia ingat kahwin ni macam main masak-masak?

"Kau sedar tak apa kau cakap ni? Aku ni lelaki tahu! Kau tak ada maruah ke cakap macam tu?"

"Maruah apa pula. Hana tengah lamar abang ni. Tak salah kan perempuan lamar lelaki? Agama tak larang pun."

Ayie tergeleng laju. Kalau macam ni dia akan jadi lebih gila!

"Dari layan kau, baik aku masuk. Kalau nak sangat lamar orang, kau pi lamar si seman tu. Sesuai dengan kau!" Ayie mula bangun dengan gitarnya. Susah bila langau muncul!

Seman? Hesy! Sampai hati abang Ayie suruh Hana lamar Seman tak betul tu. Abang Ayie je pujaan hati Hana tahu. Dah tiga tahun Hana sukakan abang. Tak larat nak tunggu dah ni!

"Ala... tak kan nak masuk dah? Hana belum puas sembang dengan abang la!" laung Hana saat kaki Ayie dah mencecah lantai rumahnya.
Ayie buat-buat tak dengar. Laju je dia melarikan diri dan saat dia masuk ke dalam rumah, pintu ditutup kuat.

Hampir saja Hana melompat dek terkejut dengan bunyi pintu. Marah betul orang kecewa tu. Dia mula turun dan kembali ke rumahnya. Sambil berjalan kembali ke rumahnya, dia menyanyi kecil.

"Ku menunggu,

Ku menunggu kau putus dengan kekasihmu

Tak akan ku ganggu kau dengan kekasihmu

Ku kan selalu disini untuk menunggumu

Cinta itu ku berharap kau kelak kan cintai aku

Saat kau telah tak bersama kekasihmu

Ku lakukan semua kerna ku cintaimu...

You May Also Like

0 comments