BAB 11 Hana dan Ayie

by - November 02, 2018


“Hana, mak cik nak cakap sikit boleh?”
Suara teragak-agak puan Hamidah buat Hana panggung kepala. Nak tanya apa pula mak si Ayie ni?
“Apa dia mak cik?”
“Hana masih marahkan keluarga mak cik?”
Hana terhenyak. Spontan dia menarik mukanya sedikit ke bawah. Hakikatnya, bukan keluarga Ayie yang dia marah tapi Ayie! Ayie di sebelah sekadar memerhati Hana. Menunggu jawapan dari bibir itu.
“Sebab majlis yang terpaksa batal tu, mak cik memang tak sangka. Mak cik sekeluarga mohon maaf dekat Hana atas apa terjadi dan juga terima kasih sebab Hana selamatkan Ayie dari bahaya.” lambat-lambat Puan Hamidah bersuara dengan muka bersalah.
Yang lain hanya mendiamkan diri. Memberi peluang kepada Puan Hamidah untuk berbicara. Melihat Hana yang membatukan diri, tangan gadis itu digenggam erat.
“Hana tahu kan, Ayie tak ada niat nak batalkan majlis tu tapi terpaksa sebab Liana tiba-tiba dibawa lari. Mak cik harap Hana tak simpan dendam pada mak cik sekeluarga.”
Maaf... Maaf dan maaf! Hana bosan! Hari tu dah minta maaf dekat hospital, kenapa nak minta maaf lagi? Dah tu, kenapa mesti Puan Hamidah yang mohon maaf dan bukannya mamat yang tayang muka selenga tu?
“Kan Hana dah cakap dekat hospital, Hana tak marah. Hana faham keadaan masa tu. Mak cik jangan risau. Semua tu dah lepas, tak guna nak kenang balik.” pandai Hana susun kata untuk senangkan hati jirannya.
Banyak la kau punya tak kenang? Selagi Ayie ada depan mata, selagi tu dia akan kenang. Tiba-tiba dia rasa nak jadi watak jahat macam sinetron. Aci tak kalau dia simbah kuah laksa ni dekat muka Ayie yang masih tak bersuara?
Apa? Ayie batalkan majlis sebab Liana dibawa lari. Betul ke? Kebenaran tu kadang-kadang menyakitkan tapi kebenaran juga mampu buat kita kuat. Kalau Liana tak dibawa lari pun, dia yakin Ayie tetap akan pergi.
“Lega hati mak cik cuma... kenapa Hana buat-buat tak kenal Ayie dekat hospital hari tu? Hana marahkan Ayie?”
Bom!!!
Memang marah la. Marah gila-gila sampai teringin jadi gorilla jadian. Sedap juga kalau gorilla. Dapat telan mamat yang tengah halakan biji mata padanya. Sejak bila Ayie tahu diam?
“Hana... Masa tu Hana...”
Benda apa yang dia nak jawab ni?
“Hana apa sayang?”
Puan Hamidah panggil dia sayang. Ni yang terharu. Memang dari dulu dia cuba ambil hati Puan Hamidah tapi kenapa baru sekarang dia rasa berjaya beli hati mak cik seorang ni? Saat dia nak tendang anak mak cik tu jauh-jauh dari hidupnya.
“Sebab Hana pening jadi Hana tak berapa ingat. Mungkin kesan sebab kepala terhentak. Doktor cakap otak Hana mengalami kebengkakan. Sebab tu Hana tak berapa perasan.” Hana memberi alasan.
Okey tak alasan tu? Okey ke tak apa dia kesah? Asal dia dah bagi alasan, cukup!
“Maknanya Hana tak lupa la pada Ayie?”
“Tak la mak cik.”
Macam mana dia nak lupa? Pengantin yang tinggalkan dia saat ingin melafazkan kabul. Memang dia akan ingat sampai bila-bila!
Semua di situ nampak lega kecuali Hani. Tahu sangat adik dia tu menipu. Bengkak konon! Alasan!
“Mak cik, boleh saya minta izin nak cakap dengan Hana sekejap.” pinta satu suara tiba-tiba.
Wah! Mamat bisu dah mula buka mulut la. Nak cakap dengan dia? Cakap apa? Nak gelakkan dia? Kalau Ayie gelakkan dia, jangan hairan kalau dia seret muka lelaki tu dalam lonkang kecil depan rumah!
Puan Azura terdiam sebentar sambil melirik ke arah Hana yang nampak sedikit muncung. Mesti tengah maki Ayie dalam hati, gumam Puan Azura yang tahu sangat perangai anaknya.
“Boleh! Abang Ayie nak cakap apa dengan Hana?” tukas Hana tiba-tiba sekali gus meletakkan wajahnya di hadapan Ayie yang duduk betul-betul di depannya.
Ayie terkelu sekejap. Dia pandang Hana yang tersenyum padanya dengan suara yang ceria. Dahi Ayie sedikit berkerut. Ini bukan Hana yang biasa. Dia kenal muka ceria Hana. Tiga tahun dia menghadap muka Hana yang cuba memenangi hatinya. Mesti la dia tahu.
“Ki... kita cakap dekat luar.” tersekat sedikit suara Ayie.
“Okey!”
Hana mula berdiri. Sempat dia meminta diri sebelum menghala kaki ke pintu rumah. Ayie yang melihat sedikit tersentak. Perlahan-lahan dia bangun dan membuntui Hana yan sudah melangkah keluar ke laman luar rumah.


“Nak cakap apa?!” serang Hana saat dia sudah berhadapan dengan Ayie.
Ayie mengeluh. Kan dah cakap, Hana lain. Dengar la suara dia yang keras ni. Suara manis dalam rumah tu kiranya lakonan la? Ayie mengeluh sekian kalinya.
“Kalau setakat nak mengeluh depan ni, baik Hana masuk balik. Banyak lagi makanan yang perlu Hana habiskan dari buang masa tengok tiang jam depan ni.” sedas hana bagi.
Ayie gigit bibir mendengar suara keras itu. Tiang jam? Dia samakan aku dengan tiang jam? Hana yang melihat Ayie diam, menjeling sebelum berura ingin berlalu.
“Tunggu Hana.”
Hana tak jadi melangkah. Dengan sebelah tangan memeluk tubuh dan sebelah tangan mengusap dagu, dia memandang Ayie. Mulutnya sedikit menyenget.
“Jadi apa benda yang nak cakap tu?” tanay Hana sekali lagi.
“Abang nak minta maaf dekat Hana.” pinta Ayie akhirnya.
Memang dia bersalah.
“Itu je?” Hana masih dengan muka bosannya.
“Terima kasih juga sebab dah selamatkan abang dari kena pukul hari tu. Tapi Hana tak patut buat macam tu. Kalau jadi apa-apa dekat Hana macam mana?” mata Ayie sedikit terjegil.
Masa nampak Hana terjatuh dengan darah yang mula mengalir, hanya Allah saja tahu perasaannya. Bila Fizah yang digari asyik gelakkan Hana yang bodoh, baru dia tahu Hana dipukul kerana menghalang dirinya dari disakiti. Saat itu baru dia sedar betapa dalamnya cinta Hana padanya sampai sanggup mengorbankan diri sendiri. Empat hari Hana koma, dia rasa dunianya gelap. Kalau jadi apa-apa pada Hana memang dia akan menyesal seumur hidup.
“Abang Ayie nak ucapkan terima kasih atau nak marah?” Hana binggung. Tadi ucap terima kasih lepas tu marah pula. Meluat pula dia dengan Ayie. Orang dah tolong banyak soal pula.
“Abang tak payah nak touching sangat. Kalau Hana nampak apek jual jajan nak kena hentak pun, Hana halang. Hana bukan macam abang, pentingkan diri sendiri.” sembur Hana lagi dan kali ni tanpa nada.
Namun suara tanpa nada itu buat Ayie rasa tercekik. Kena sindir dalam suara yang bersahaja itu.
“Kenapa diam? Betulkan apa yang Hana cakap, abang pentingkan diri sendiri.” kali ni muka Hana berubah sedikit riak. Macam orang jahat ada juga. Macam tak sabar nak nak bagi penampar pun ada juga.
“Mak abang cakap majlis dibatalkan sebab Liana dibawa lari. Tapi hakikatnya tak macam tu kan?” soal Hana dengan suara sarkastik.
Bila melihat Ayie mengeluh dengan muka sedikit menunduk, dia keluarkan muka sinisnya.
“Sebelum kita nampak Liana dibawa lari, abang Ayie minta maaf pada Hana. Apa maksud maaf tu? Maksudnya abang Ayie memang tak nak teruskan majlis tu kan? Abang Ayie tahu tak abang Ayie memang selfish. Orang lain tak nampak sikap abang tu sebab bagi mereka majlis terbatal sebab Liana diculik. Sedangkan hakikatnya, majlis tu tak akan berlangsung pun walaupun Liana tak diculik. Betul tak?”
“Kalau abang tak berniat nak menikah dengan Hana, kenapa abang suruh mama abang pinang Hana? Kenapa buat Hana macam tu? Hana dah minta pada abang Ayie jangan tinggalkan Hana masa pernikahan, kenapa abang Ayie buat juga? Sepatutnya abang Ayie batalkan majlis sebelum tu dan bukannya pada hari nikah tu. Sebab abang, Keluarga Hana dapat malu. Abang tahu apa jiran-jiran cakap pasal Hana? Hana yang terhegeh-hegeh nak kan abang. Hana yang paksa abang kahwin. Hana ni perempuan tak tahu malu. Abang tahu tak?!”
Hana gagal mengawal perasaannya. Apa yang dirasakan diluah jua. Ulas bibirnya mula menahan getar perasaan. Matanya sedikit kabur kerana menahan air mata yang mula bergenang.
Dia kecewa dan terlalu kecewa saat ini.
“Semua ni salah Hana kan? Bodoh sebab terhegeh-hegeh dekat abang Ayie. Bodoh sebab terima pinangan abang Ayie sedangkan tahu abang Ayie cintakan orang lain. Hana menyesal sangat-sangat tapi masa tu tak boleh diundurkan semula. Tapi Hana bersyukur juga. Kalau kita jadi bernikah hari tu, entah-entah malam pertama abang dah ceraikan Hana. Tak pasal-pasal Hana jadi janda lepas beberapa jam menikah.”
“Hana!” Ayie sedikit terjerit.
“Jangan menjerit la! Apa yang Hana cakap betul! Orang yang pentingkan diri macam abang Ayie ni mampu buat apa saja. Sekarang ni abang dah bebas. Kak Liana pun tolak abang, bersebab. So, pergi peluk cium dia. Luahkan cinta abang Ayie yang membuak-buak dekat dia tu. Kalau tak tahan sangat, pergi jumpa tok kadi. Kahwin koboi tak apa asalkan abang dapat dia. Lebih baik kahwin koboi dari buat majlis yang laburkan banyak duit lepas tu kena tinggal dengan pengantin lelaki.” sindir Hana dengan muka sinis. Hairan apa dia dengan jeritan Ayie tadi?
“Hana marahkan abang? Yes! Abang tahu Hana marahkan abang tapi jangan libatkan Liana dalam soal ni. Dia tak salah, yang salah abang!”
What? Abang? Pandai dah Ayie bahasakan dia abang. Tiga tahun beraku dan engkau, baru sekarang nak berabang. Nasib kau tua dari aku Ayie, kalau tak memang tak hadap la aku nak panggil kau abang macam mak aku suruh!
“Bela nampak. Fine! Hana tak sebut nama dia dah tapi boleh Hana minta sesuatu dari abang? Boleh abang berambus dari rumah Hana sekarang? Rumah Hana ni macam syurga dunia pada Hana, tapi bila abang datang, ketenangan tu hilang. Macam Hana cakap dalam mesej hari tu. Kalau abang tinggalkan Hana masa akad nikah, Hana akan anggap abang tak wujud dalam hidup Hana. Jadi buat masa sekarang ni, bagi Hana abang ni macam hantu dan hantu tak dibenarkan berkeliaran di sekitar rumah Hana. So, dengan hormatnya, saya persilakan abang Ayie blah sebab Hana takut Hana histeria nampak hantu.”
Nah ambil kau! Kasar ke lembut ke, aku tak kesah dah. Asalkan kau blah dari mata aku, aku bersyukur dah.
Ayie tak bersuara sebaliknya Hana melihat Ayie meraupkan wajahnya dengan muka sedikit tegang. Tapi Hana tak peduli. Dia takut kalau hujan di matanya tumpah. Dia sebolehnya tak nak orang nampak luka yang tersembunyi jauh di dalam hatinya. Biarlah dia kuburkan perasaan itu jauh dari sudut jiwanyanya.
“Jadi abang Ayie hantu?” soal Ayie dan kali ini wajahnya sedikit tersenyum.
Cup..cup.. Ni ah apa hal? Tadi tegang, sekarang ni dah senyum. Bapak dia ni terbawa balik ubat sakit jiwa dari klinik ke apa?
“Ke...kenapa abang Ayie senyum. Hana tengah marah ni!” suara Hana pula tersekat-sekat.
Tersekat kenapa? Sebab tiba-tiba Ayie hilang akal dan bergerak menghampirinya. Crush tiga tahun menghampirinya. Kau rasa macam mana denyutan jantungnya saat ni? Mestilah tahap nak lompat tinggi.
“Jadi Hana anggap abang ni hantu?”
Soalan Ayie sekali lagi, mematikan gerak jantung Hana yang kencang. Mula la Hana berpeluk tubuh dan tayang muncung itiknya. Memang hantu! Hantu jahat nak mampus!
“Manusia ni hijab ni tertutup. Kalau abang Ayie hantu, maknanya Hana tak kan nampak abang. Kalau abang dekat dengan Hana pun Hana tak kan perasan dan kalau...” Ayie menghentikan ayatnya dan sengaja dia melangkah ke arah Hana.
Apa yang mama dia ajar? Api jangan disiram dengan petrol. Harimau jangan diujuk daging. Marah jangan dibalas marah. Jadi, kalau Hana dah bertukar jadi api sebaiknya dia sumpah dirinya jadi air sekejap.
“Ka...kalau apa?” soal Hana dengan satu langkah dah kebelakang.
Ayie berhenti dan tersengih penuh makna. Perlahan-lahan dia tundukkan wajah biar setentang dengan wajah Hana yang hanya setakat bahunya. Muka Hana yang merah buat Ayie rasa nak ketawa. Tadi bukan main marah, sekarang dah macam darah turun ke kaki. Pucat!
“Kalau abang ikut Hana masuk bilik mandi pun, Hana tak perasan sebab abangkan hantu.” muka kembali ditegakkan dan saat itu senyuman miang bermain di wajahnya.
Memang Ayie dah tertelan ubat sakit jiwa ni. Bengong juga engginer ni rupanya. Mama dia suruh jadi air kalau berhadapan dengan api tapi dia jadi kucing jantan miang pula.
Puk!!!
Ayie dah terduduk atas rumput. Bulat mata Hana jadinya. Tindakan refleks bila senyuman maha gatal terlekat dekat bibir lelaki tu.
Mak tolong Hana! Hana tak nak jatuh hati dah! Mak tolong halau hantu ni jauh-jauh!
“Hana!!!” Merah muka Ayie dek terjatuh tanpa bersedia. Sengal punggung wei!
Hana yang mulanya terkejut tiba-tiba pekup mulutnya. Dia tolak Ayie. Yes! Maknanya dia dah sampai hati sakitkan orang yang dia sukai. Maknanya dia boleh la buang rasa cinta yang disimpan ni. Satu langkah yang bijak! Bunyi ketawa mula kedengaran sebalik pekupan di mulutnya.
Ayie berbahang sekejap sebelum rasa bahangnya bertukar jadi rasa lega. Hana dah ketawa di depannya. Ni baru Hana yang dia kenal. Lama dah tak dengar budak umur dua puluh dua tahun ni ketawa. Aik? Rindu ke?
Hana yang tersedar dia terlanjur ketawa, mula seriuskan wajah. Tangan dilarikan dari mulutnya. Mentadak betul! Yang dia ketawa tu kenapa? Patutnya dia marah, marah dan terus marah. Perasaan tolong la jangan bagi tindakan refleks macam tu!
“Abang Ayie senyum kenapa? Bangun la! Hana masuk dulu!” ujar Hana sekali gus cuba menenangkan hatinya sendiri. Kenapa la setiap kali berhadapan dengan Ayie, dia tak boleh kawal diri sendiri. Dia rasa dia mampu jadi diri sendiri.
Satu petanda bahawa dia jodoh kita. Kita boleh jadi diri sendiri depan dia. Ya la tu! Kalau dia jodoh aku, tak ada la aku kena tinggal masa majlis tu. Macam tengah dengar lagu aku jodi jomblo ditinggal mati. Yang bezanya, Ayie tak mati lagi!
Melihat Hana yang merah muka dah berpaling, Ayie tarik senyuman lebar. Budak ni memang comel. Sekejap marah, sekejap boleh ketawa sampai dia naik confius. Hana ni marah dia atau tak? Sejujurnya dia ingat Hana bakal baling kuali kalau dia datang rumah gadis tu. Nasib tak.
Brommm... Bromm!!!”
Hana tak jadi melangkah sebaliknya dia berpusing wajah ke arah bunyi ngauman di sebelah rumahnya.
Wow!!!” terlepas perkataan itu dari bibirnya.
Sepantas mungkin Ayie bangun dan menghalakan pandangannya ke arah sebelah rumah Hana. Apa yang buat hana terjerit ‘wow’ tu? Melihat benda yang buat Hana rasa kagum, spontan Ayie tarik muka. oh shit!
Hampir saja mata Hana tak berkelip memandang motor berkuasa tinggi yang sudah terpakir di sebelahan rumahnya. Eh? Sejak bila rumah tu berpenghuni? Hana terus melihat tubuh yang mula turun dari motor besar itu dengan pandangan takjub. Mood marahnya mula berterbangan dibawa angin.
Mamat ke minah ni? Tapi badan macam lelaki dan badannya... Sado!!!
Hana masih melihat saat tubuh itu membuka sarung tangannya. Buka sarung tangan pun bergaya gila. Saat tangan itu ingin membuka topi kaledar, Hana dah gigit bibir. Tak sabar nak tengok wajah yang bakal dilihat. Terbuka juga akhirnya topi itu dan...
Mak ai! Nak pengsan. ni putera turun dari kayangan mana? Serius kacak habis. Rambut lelaki itu sedikit tercacak. Wajah putih. Alis mata yang tebal, mata yang bunadar. Sempurna. Hidung mancung dan bibir memang seksi. Saat jejaka itu berpusing ke arahnya, Hana rasa nak pengsan. Dia nampak orang bunian kacak ke atau manusia betul ni?
“Hai...”
Automatik kaki Hana terundur ke belakang sedikit. Terkejut punya pasal. Dia hai dekat aku?
Dan...
Hana telan air liur saat jejaka kacak tu dah menghampiri penghadang batu antara rumahnya dan rumah jejaka itu.
“Anak mak cik Zura eh?” soal jejaka mengancam tu lagi.
Dia tahu mak aku? Dia kenal mak aku? Mak jangan cakap ni bakal bapa tiri dia. Kalau cakap bakal menantu tak apa. Lagi bagus kalau mak cakap ni bakal suami aku.
“A... Anak mak cik Zura.” Hana menagngguk pantas.
‘Hoi Hana! Jangan tunjuk kegedikan kau sangat. Tahu la jejaka tu kacak tapi kau jangan tergoda sangat dengan muka kacak tu. Muka kacak hanya sakitkan hati orang. Sama macam orang depan rumah kau tu!’ mindanya mula mengingatkan.
“Hana...”
Hana tersentak bila ada yang menyeru. Kali ni baru dia mampu berkalih dari muka jejaka mengancam tu dan saat muka dipalingkan, dia mula mengeluh berat. Ada lagi rupanya lelaki ni.
“Apa?” tanya Hana kasar.
Mentang-mentang yang mengancam depan mata, kau cakap kasar dengan crush tiga tahun kau. Bukan main demand kau ye Hana.
“Boleh tak tolong bagi tahu mak cik, saya tak dapat nak pergi rumah sebab hari ni penat sangat. Semalam mak awak ajak saya makan-makan.”
Ya Allah, bukan saja muka menggoda, tapi suara pun. Habislah Ayie. Dah ada pesaing. Kau ingat dekat taman ni kau paling hensem? Maaf, tempat tu dah direbut oleh jejaka sebelah rumah Hana okey!
“Boleh...boleh..boleh..” macam burung belatuk, Hana mengangguk.
Ayie di sebelah pejam mata. Rasa geram! Dia halimunan ke dekat sini? Reaksi Hana ni macam dia kenal. Reaksi pertama kali Hana berjumpa dengan dia. Jangan cakap Hana dah suka dekat orang lain!
Tapi kalau Hana suka orang lain kan bagus. Tak payah dia nak rasa bersalah dan terus je kahwin dengan Liana. Tapi kenapa dia tak suka reaksi Hana pada mamat tu sekarang ni?
“Your mum buat laksa? My favourite. Sedap bau. Kalau rajin tapau la dekat sebelah rumah.” suara jejaka kacak melantun lagi. Bau laksa betul-betul menggoda hatinya.
Kali ni bukan saja dia bersuara, siap kenyit mata lagi. Aduhai, tak tidur malam juga kalau macam ni, Hana.
Hana tak menjawab. Kalau dia menjawab sah-sah suara tersekat. Muka mengancam tu dah buat matanya terancam ni.
“Aku rasa kau patut masuk dulu bro. Kalau nak sembang nanti-nanti sebab sekarang ni aku yang nak cakap dengan tunang aku ni. So please...” Ayie mencelah geram.
Terdiam sekejap si jejaka mengancam. Hana yang dibuai dengan jejaka mengancam, tersedar. Wajah Ayie dipandang geram. Perkataan yang keluar dari mulut Ayie memang buat darjah kepanasannya melantun naik.
Tunang? What the...
“Jom masuk!” ajak Ayie dingin dengan tangan mula menarik tangan Hana. Meninggalkan jejaka mengancam dengan kerutan dahi.
‘Jeles la tu. Biasalah orang kacak memang selalu buat orang cemburu.’ ucap jejaka mengancam dalam hati. Suara hati yang cukup perasan. Raja segala perasan!
Hana mengetap bibir. Sesuka rasa dia tarik tangan aku. Tak pernah makan selipar lima ringgit empat puluh sen kut mamat ni!

You May Also Like

0 comments