Teaser Khayla 12-17

by - February 04, 2020

Teaser Novel Khayla ( Teaser 12-17)

TEASER 12
Bangun dari pembaringan, wajah diraup. Terlerai saja tangan dari wajah, dia terjerit kecil. Melompat dia kebelakang sehingga tubuh bertemu kepala katil. Lampu tidur pantas dibuka.
“Luth?”
“Yes, I am.” Dari bersandar pada cermin solek, lelaki yang memakai baju lengan panjang itu menapak ke katil.
“Apa awak buat dalam bilik saya?” Turun naik dada Khayla.
“Salah ke aku ke sini?” Lelaki itu labuhkan punggung di birai katil. Kaki dilarikan bila hampir bersentuhan dengan bahagian tepi tubuh lelaki itu.
“Aku cuba tidur dan aku tak boleh tidur. Kau tahu alasannya?” adu Luth. Khayla ubah posisi kepada bersila. Dia tenung Luth yang nampak serabut. Bila lelaki itu menukar posisi kepada menampan tangan pada dagu, hatinya memberat. Alasan itu pasti kerana kehadirannya.
“Tiga minggu saja lagi Luth. Tolong la.”
“Kenapa kau perlu tunggu tiga minggu lagi?”
“Sebab saya betul-betul perlukannya.” Terpaling wajah Luth padanya. Mesti lelaki itu bengang bila mendapat jawapan yang bukan jawapan yang tepat. Tapi Khayla tidak boleh beritahu semua itu kerana dia pasti Luth hanya akan mentertawakannya dan mungkin juga menyindir.
“Kau tahu apa paling kelakar? Aku bencikan kau. Sangat! Tapi aku tak boleh buat apa-apa. Tepatnya, aku tak boleh nak apa-apakan kau. Bukan sebab aku kesiankan kau tapi sebab aku tak nak dilabelkan sebagai lelaki tak guna yang menyakiti perempuan.”
“Awak masih lelaki yang baik walaupun awak banyak berubah,” komen Khayla sambil tersenyum pedih.
Tanpa sedar, kata-katanya mendidihkan hati Luth. Luth cuba tahan dari meledak tapi dia tak mampu. Baik? Dia masih baik di mata perempuan tu? Dia tak suka menjadi baik pada Khayla. Dia mahu gadis itu kenangkan dia sebagai satu mimpi ngeri! Bahu gadis itu direntap kasar sebelum menarik ke arahnya. Terdorong Khayla dengan mata terbuntang.
“Aku tak baik Khayla. Dan aku tak mahu jadi lelaki yang baik untuk kau!” Direngkuh pula dagu gadis itu.
Khayla terdongak paksa. Sakit tapi dia tahan. Matanya bersabung dengan mata lelaki itu. Dalam kedudukan yang terlalu rapat, dia dapat dengar alunan jantungnya dan degupan lelaki itu tidak senada. Bila direnung anak mata coklat milik Luth, ada kejernihan terpancar. Luth menahan tangisan, dia yakin itu.
Why me, Khayla? Kenapa kau sakitkan aku sampai macam ni sekali?” soal Luth lirih.

................................................................

TEASER 13
“NAK naik?”
Diangguk kepala sebagai jawapan pada Felicia.
“Tapi Ishak, Luth dan Abdullah tak nak naik. Abdullah memang tak makan pujukan. Dia fikir dirinya saja yang betul. Hitam katanya, hitam la. Ishak pula, dia tuan punya belon udara, memang dia tak akan naik. Dia dah bosan agaknya. Tapi Luth… I rasa boleh dipujuk lagi. Tunggu sini, I pujuk dia.”
Macam biasa, Felicia berceloteh panjang. Kemudian, gadis itu berlari ke arah Luth. Khayla pandang langit saat ditinggalkan keseorangan. Tiba-tiba sakit kepala menyerang. Langit yang indah kelihatan berubah warna. Dia rasa gelap dan dia rasa seperti hampir dicampakkan ke suatu lembah yang sangat gelap. Saat yang sama, dia seakan ternampak setiap manusia sedang merenungnya penuh kebencian. Nama Allah bermain di bibir. Cepat-cepat dia menyelongkar beg sebelum dua pil dikeluarkan dari botol. Ditelannya tanpa air sambil memejamkan mata. Perlahan-lahan semuanya kembali normal. Kesakitan kepala, perasaannya dan juga kadar denyutan nadinya.
“Finally, I berjaya pujuk.”
Khayla buka mata. Saat dia berpaling, wajah Felicia dan Luth memenuhi kornea mata. Kelat senyumannya melihat tangan mereka saling bertaut. Entah apa yang Felicia pancing sehingga Luth bersetuju.
“Jom…” ajak Felicia sebelum menarik tangan Luth menuju ke arah Ishak yang sedang merapikan belon udaranya yang jatuh atas lantai bumi.
Khayla mengekori. Hatinya tidak sedap. Kalau dia dan Felicia saja, dia akan rasa okey tapi sekarang Luth ikut sekali. Untuk sampai ke Ishak, dia perlu melalui Abdullah yang berdiri dengan tangan di belakang. Kering tekaknya menangkap tenungan amarah dari Abdullah. Felicia dan Luth sudah berdiri di dalam ruangan di bawah belon udara. Riangnya wajah Felicia membuatkan Khayla serba-salah. Andai saja Felicia tahu hal sebenar. Dia takut!
“Cepatlah naik. Felicia seperti tidak sabar nak menjelajah udara,” tegur Ishak.
 Bingkas dia memanjat masuk dengan bantuan seorang wanita yang merupakan pembantu Ishak. Sengaja mereka tidak berkongsi dengan pelancong yang lain. Kata Felicia, mahu privasi. Semakin lama, semakin tinggi belon udara membawa mereka. Khayla merenung ke bawah. Manusia nampak semakin kecil. Hatinya rasa tenang. Jauh dari manusia lain buat dia rasa lega. Terlalu lega.
“Apa yang you pandang?” Felicia muncul di tepinya. Luth berada setentang dengan kedudukan mereka. Lelaki itu hanya diam.
“Manusia nampak kecil dari atas ni.”
“You patut tengok pemandangan bukannya manusia yang you tinggalkan di bawah.” Felicia menggeleng.
“Saya cuma terfikir…”
Kening Felicia terangkat.
“Apa rasanya kalau kita melayang dari atas ni,” sambung Khayla. Membulat mata Felicia.
“Are you serious. Hey, itu scary la. Kenapa you fikir macam tu?”
Khayla menggeleng sambil tersenyum. “Saja.”
“Kau nak try?” L
elaki yang tadinya diam mula bersuara. Dua mata gadis singgah pada Luth.
“Awak nak tolong buangkan saya dari sini?” Saja Khayla membalas.
“Kalau kau nak, boleh saja. Kenapa? Kau rasa patut dibuang dari dunia ni ke?” sinis Luth.
“Hey, apa you berdua ni? You Luth, tak patut cakap macam tu pada Khayla,” marah Felicia tiba-tiba.
“Rileks la Ceya. I cuma tanya sebab I nak tahu juga, kenapa dia nak rasa melayang ke bawah? Tak sayang hidup ke?”
Khayla biarkan saja Luth dan Ceya bertingkah. Dia mengheret dirinya memandang belon-belon yang mengitari mereka. Cantik. Tapi orang kata lebih cantik pada musim panas. Lebih banyak bilangannya di udara. Suara Luth dan Felicia di belakang mula samar-samar. Pendengarannya seakan tertutup tapi Khayla tak perasan itu semua. Dia cuma tak lepas pandang sebuah belon udara berwarna biru unggu.
Tiba-tiba saja dia nampak belon itu menjadi dua. Langit juga menjadi dua. Dia berpaling, Luth dan Felicia masih ada di situ tapi imej mereka juga menjadi ganda. Belon yang mereka naiki bergegar tiba-tiba. Anehnya, dia tidak terhuyung-hayang. Yang terhuyung-hayang hanya benda di sekitarnya. Peluh merintik di dahi tak semena. Khayla tunduk, tangannya mengigil.
“Get out, Luth! Get out!!!” Terngiang pekikannya suatu ketika dahulu pada Luth. Dan pekikan itu terulang-ulang seakan pita rosak.
“Diam… diam…diam!” Menjerit dia tapi suara itu semakin kuat pula menampar telinga.
“Diam!!!”

 ..........................................................

TEASER 14
Mungkin ketenangan itu hanya untuk seminggu yang lepas. Minggu ini, mungkin hidupnya akan berantakan. Mungkin lebih teruk dari berantakan. Khayla berjalan ke arah Luth sehingga lelaki itu terpaksa berundur.
“Saya nak keluar dari sini. Saya sesak nafas.” Khayla berpatah balik dan Luth terpaksa berundur kerana lorong tidak muat untuk dua orang berjalan seiringan. Bila sampai di ruang yang sedikit luas, barulah Khayla melepasi Luth dan keluar dari bandar bawah tanah itu.
“Kau nak tunjuk baran sekarang?” Melengking suara Luth sebaik saja mereka keluar dari situ.
Khayla cengkam kepala. Dia tertekan.
“Salah ke kalau saya nak baran? Awak saja ke dibenarkan baran dalam dunia ni? Apa, awak ingat dunia ini milik awak?” Sumpah, dia tidak tahan dan itu menggodanya untuk melawan kata-kata lelaki itu.
Luth ketawa sekali, ketawa panas. Kemudian, lelaki itu meluru dan berdiri teguh di depannya.
“Kalau dunia ini milik aku, aku dah lama nyahkan kau dari sini.”
Terkepal tangan Khayla. Nafas ditarik dalam.
“Kalau macam tu, biarkan saya ke sana. Selepas tu, saya akan nyah dari hidup awak!” putus Khayla.
“Maknanya aku perlu biarkan kau gembira dulu sebelum kau berambus? Kalau macam tu, aku tak akan dapat apa-apa pun.”
Lelaki itu benar-benar mahu dia menderita. Dia dapat rasakannya.
“Macam mana kalau itu hari terakhir saya di dunia ni? Biarkan saya ke sana, Luth. Mana tahu, itu hari terakhir saya di dunia ni. Tolonglah, Luth.”
Dia ingat rayuannya akan dapat membeli hati lelaki itu tapi tidak. Perasaan seorang Luth untuk biarkan seorang yang bernama Khayla hidup bahagia, sudah terpadam. Yang tinggal hanya perasaan ingin melihat Khayla disakiti.
“Kau tak perlu tuturkan ayat yang konon sedih tu. Aku tak hairan.” Khayla bergerak ke hadapan. Dia berdiri secara membelakangkan lelaki itu.
“Go die. Itu ayat awak pada hari kedua saya di sini. Siapa tahu, mulut awak masin dan saya benar-benar mati. Mana tahu, dalam perjalanan balik, kapal terbang saya naiki meletup. Mana tahu juga, kalau tiba-tiba saja saya dilanggar di tengah jalan atau mana tahu, jika saya tiba-tiba gila dan melompat dari jurang.”
Dia berpaling. “Kalau saya mati, adakah awak akan lebih bahagia?” Sebak dia menyambung. Dia tidak akan lupakan ayat Luth itu. Itu kata paling kejam yang pernah dia dengar. Berubah wajah lelaki itu tapi hanya seketika.
 “Kau berani ke untuk mati?” Kelu lidahnya. Cukup beranikah dia sedangkan amal soleh belum mencukupi untuk dibawa ke sana?
“Apa pun yang saya kata, tak akan ubah kemahuan awak, kan?”
“Ya. Betul!” Perlahan-lahan Khayla menjauh. Jalan di depannya direnung tanpa perasaan. Langkah diatur tanpa tujuan. Dan dia tahu, Luth di belakang langsung tak mengejarnya. Lelaki itu lakukannya lagi. Membiarkan dia tanpa menyedari apa yang dia lalui. Dia semakin parah. Andai saja dia ada kekuatan untuk membuka segala cerita dahulu.

 ...........................................................

TEASER 15
Sekali lagi Khayla tersenyum. Senyuman yang penuh kepedihan. Dia mengerti sekarang. Felicia memberi budi supaya dia dapat membalas. Betul kata Abdullah, Felicia polos. Tapi Abdullah juga salah kerana dia memang akan tinggalkan semua ini tanpa dipinta pun. Dia akan tunaikan apa yang mereka mahu. Dia akan pergi. Pasti! Tiba-tiba, sekeliling jadi diam. Tiada lagi suara tiga manusia itu. Khayla mengintai lagi dan kali ini dia lihat Felicia kembali menghamburkan tangisan. Abdullah dan Ishak sudah diamkan diri.
“I tak suka bencikan orang. Tapi dia dah ubah I. Dia buat I jadi pembenci. You betul, dia dah hancurkan keharmonian kita semua. I hate her!”
Perlahan-lahan Khayla bangun. Air mata diseka. Sekarang sudah menjelang bulan Disember, musim sejuk tiba. Kesejukan terasa hingga ke tulang hitam tapi dia tetap menanggalkan winter coat dari tubuhnya. Kerana winter coat itu adalah pemberian Felicia. Tak betah rasanya memakai benda dari orang yang dibenci. Dulu Felicia memberi dengan ikhlas. Sekarang, pasti keikhlasan itu berubah. Bagaimana keikhlasan boleh berubah, begitu juga manusia. Mereka semuanya berubah-ubah. Dia tidak mengecualikan dirinya kerana Khayla sedar, dia adalah manusia yang paling mudah untuk berubah.

.......................................................



TEASER 16
“Apa yang tuan katakan ni?” Khayla berdebar. Tak berkerdip dia melihat Tuan Ibrahim. Tak semena, Tuan Ibrahim mengeluarkan sesuatu dari kocek coat winter. Objek itu disua pada Khayla.
“Tuan…” Khayla hampir melorot jatuh melihat objek itu. Perlahan-lahan air matanya gugur.
“Saya minta maaf kerana menceroboh bilik kamu tapi… saya tak tenang selagi saya tak tahu apa-apa tentang kamu. Tapi semuanya berbaloi sebab saya dah tahu alasan kenapa cucu saya terluka. Tapi… kenapa kamu sembunyikan semuanya? Sembunyikan tentang hakikat, kamu lebih terluka dari Luth.”
Dia terjelepok jatuh juga akhirnya. Rahsia yang dia simpan sekarang bocor. Pen yang mengandungi rakaman luahannya setahun lalu ditenung tanpa lepas.
“Jangan beritahu sesiapa tentang ini. Saya merayu pada tuan,” pinta Khayla sambil berjalan secara melutut mendekati Tuan Ibrahim. Pen itu diambil kembali.
 “Kenapa kamu nak rahsiakan?”
“Sebab saya tak nak terluka lagi.”
Tuan Ibrahim melepaskan renungan penuh tanda tanya.
“Tak ada apa-apa yang berubah kalau Luth tahu tentang ini. Hakikat yang semuanya berlaku kerana sikap terburu-buru saya tak akan terpadam. Dan… kalau Luth tahu isinya, sama ada dia akan rasa bersalah ataupun kemarahannya akan meledak. Kedua-dua itu akan buat dia terluka lagi. Luth dah senyum sekarang tuan. Jangan padamkannya. Kalau Luth terluka, saya akan terluka. Dan saya tak nak terluka lagi.”
Menitis juga air mata Tuan Ibrahim. Ini kali pertama air matanya jatuh bukan kerana mengenang kepergian isteri yang dicintai. Hari ini, air matanya tumpah kerana seorang gadis naif yang menyimpan dukakanya sendiri. Tak tahukah Khayla, mungkin rahsia ini akan pulihkan sesuatu?
 .................................................



TEASER 17
Sekali lagi Khayla tersenyum. Senyuman yang penuh kepedihan. Dia mengerti sekarang. Felicia memberi budi supaya dia dapat membalas. Betul kata Abdullah, Felicia polos. Tapi Abdullah juga salah kerana dia memang akan tinggalkan semua ini tanpa dipinta pun. Dia akan tunaikan apa yang mereka mahu. Dia akan pergi. Pasti! Tiba-tiba, sekeliling jadi diam. Tiada lagi suara tiga manusia itu. Khayla mengintai lagi dan kali ini dia lihat Felicia kembali menghamburkan tangisan. Abdullah dan Ishak sudah diamkan diri.
“I tak suka bencikan orang. Tapi dia dah ubah I. Dia buat I jadi pembenci. You betul, dia dah hancurkan keharmonian kita semua. I hate her!”
Perlahan-lahan Khayla bangun. Air mata diseka. Sekarang sudah menjelang bulan Disember, musim sejuk tiba. Kesejukan terasa hingga ke tulang hitam tapi dia tetap menanggalkan winter coat dari tubuhnya. Kerana winter coat itu adalah pemberian Felicia. Tak betah rasanya memakai benda dari orang yang dibenci. Dulu Felicia memberi dengan ikhlas. Sekarang, pasti keikhlasan itu berubah. Bagaimana keikhlasan boleh berubah, begitu juga manusia. Mereka semuanya berubah-ubah. Dia tidak mengecualikan dirinya kerana Khayla sedar, dia adalah manusia yang paling mudah untuk berubah.



You May Also Like

0 comments