BAB 12 Hana dan Ayie

by - November 02, 2018



Dengan kaki terjuntai di tepi katil dan sebahagian badan meniarap atas katil, Hana memuncungnya. Lama matanya memandang langsir bilik yang terbuai-buai dek kipas angin yang dibuka ke tahap maksimum.

Hana! Sedar diri boleh tak. Mana pergi marah kau? Mana pergi perasaan berkobar-kobar nak jadikan dia hantu dalam hidup kau? Kau ni cakap tak serupa bikin la! Terasa ada suara mengutuk hebat di telinganya.

Hana tetap muncung. Mata sedikit pun tak berkalih dari langsir bunga-bunga berwarna unggu itu. Itu satu-satunya jendela yang menjadi saksi betapa kerapnya dia mengusyar anak jiran depan rumah. Tapi sekarang relevan lagi ke dia menhendap disebalik jendela tu?
Bila teringat balik, dia memang gila dulu! Tak nampak Ayie, asalkan nampak rumah Ayie, dia dah boleh menarik nafas lega. Tapi hari ni dia tak buat kerja kebiasaannya itu dan disebabkan itu dia rasa gelisah. Nafas dia pun rasa tersenak-senak. Satu benda yang dia perasan dalam dirinya. Kalau sehari dia tak nampak Ayie dia rasa nafasnya sesak dan dia akan gelisah. Kadang-kadang sampai buat dia rasa nak menangis dan rasa ingin menjerit sepenuh hati.

Kakinya seakan menggeletar menyuruhnya menapak ke arah jendela. Masalahnya sekarang, dia dah janji nak lupakan jejaka depan rumah tu! Kalau dia ikutkan hati, dia kalah dengan janjinya sendiri. Lagipun, bukan ada faedah kalau dia ikut suara hatinya.

"Hana!!!"

Hilang terus dilema Hana. Bukan main kuat suara puan Azura.

"Ya mak?" Hana menyahut sekaligus turun dari katilnya.

Bagus! Suara Puan Azura berjaya mematikan niatnya untuk sekodeng rumah jiran hadapan.

"Tolong mak buang sampah dekat depan tu ha." suruh Puan Azura saat kelibat Hana muncul di dapur.

Sampah? Hana gigit bibir. Kalau dia buang, sah-sah la dia ternampak rumah depan tu. Dia tak nak tengok rumah tu! Dia tengah puasa mata dari tengok rumah jiran hadapan.

"Tarik muka kenapa? Mak suruh buang dekat tong sampah hitam depan tu je. Esok lori sampah datang. Ambil ni, jangan malas sangat!" plastik berisi sampah di tangan berterusan disua pada Hana.

Dengan keluhan pendek, Hana menyambut juga. Lemah langkahnya dibawa keluar. Usai meletakkan sampah ke dalam tong sampah, dia mengeluh lagi. Kepala diangkat dan wajah rumah jiran di hadapan tergam di mata. Sampai bila-bila dia tak boleh penuhi janjinya.
Kenapa dalam otaknya hanya ada Ayie hah? Otak dia ni dah cramp apa? Kalau pergi hospital suruh dia bersihkan data yang tak diperlukan dalam kepala ni, boleh tak?

"ehem..."

Hana tertegak. Eh! Ada orang berdeham. Kepala dipusing dan matanya terbuka luas macam tak nak tutup.

Mak!Jejaka mengancam berdeham tadi. Kacaknya dia. Dua hari lepas dengan jaket motor dia tu. Hari ni dengan baju senaman. Mamat ni joging malam-malam ke?

"Awak..."
Jari Hana terhala pada si jejaka mengancam sebelum terhala pada rumah sebelahnya. Nampak lelaki hot, sampai tak terkata kau ya, Hana!
Jejaka mengancam ketawa kecil dengan gelagat Hana yang agak terpinga-pinga. Senyuman dia buat Hana rasa nak buat lompat bintang seratus kali. Jangan la buat aku tergoda wei!

"Adam Syah. Awak ni Hana kan?" Adam memperkenalkan diri tanpa dipinta.

"Ya..ya.. Hana. Macam mana awak tahu?" soal Hana dengan mata membulat. Siot kau Hana! Boleh tak kawal sikit gagap kau tu!

"Dari mak you. Ada sembang dengan dia hari tu. Mak awak cakap dia ada dua anak perempuan, Hana dan Hani. Saya kenal Hani jadinya yang seorang ni mesti Hana la kan? Anyway, lebih baik panggil abang Adam dari awak. Saya lagi tua dari awak kan?" jelas Adam dengan tangan diseluk ke dalam poket.

Hana menarik nafas dalam-dalam sebelum menjawab. Minta-minta gagap dia hilang.

"Hmm... okey. Abang Adam boleh panggil Hana je dekat Hana." balas Hana. Yes! Gagap dah hilang!

"Bila abang Adam pindah sini?" Hana beranikan diri untuk bertanya. Tengok gaya Adam ni macam boleh makan saman je dengan kepala otak dia ni.

"Minggu lepas."

Hana mengangguk kecil. Kalau seminggu maknanya masa majlis akad nikah dia yang tak jadi tu la. Hesy! Masa tu dia dekat hospital, memang dia tak tahu la.

"Hana ni famous juga dekat sini kan?"
Soalan Adam buat Hana terhenyak. Nasib dia berdiri dengan kukuh kalau tak wajib tersungkur. Habis la saham kau Hana, kalau Adam tahu apa terjadi.

"Abang Adam dah dengar cerita hot taman ni eh?" soal Hana lemah sebelum mengambil tempat duduk di atas penghadang simen di tepi pagar.

Macam la dia tak tahu yang mulut murai taman dah berbunyi. Kononnya dia gedik ajak Ayie kahwin, alih-alih kena tinggal masa majlis akad nikah. Kononnya dia terhegeh-hegeh paksa Ayie kahwin walaupun tahu Ayie sukakan orang lain. Hakikatnya memang ya, tapi dia tak la terdesak nak kahwin.

Dia suka Ayie tapi itu tak bermakna dia sesuka hati nak paksa anak bujang orang kahwin. Ayie tu yang suruh mama dia pinang aku tahu!

"Tiba-tiba abang rasa tak selamat duduk dengan Hana dekat sini." tukas Adam tiba-tiba sampai Hana yang menunduk mula panggung kepala.

"Kenapa?"

Adam tak menjawab sebaliknya membawa matanya ke arah hadapan rumah Hana. Hana ikut berkalih dan...

Zap!!!

Sepasang mata tajam bersatu dengan anak matanya.

"Tunang??"

"Nope! Jiran gila!" Hana tenggelam dengan perasaan geramnya.
Adam ketawa kecil. Dari ucapan Hana dia tahu sesuatu. Mesti lelaki tu yang tinggalkan Hana masa majlis akad nikah. Tapi kenapa perlu tenung tajam macam tu?

"Abang Adam, nanti-nanti kita sembang. Hana nak masuk dulu. Nanti mak cari pula." Hana mula bangun dan meminta diri.

Jelas riak hiba yang muncul di raut wajahnya. Walaupun ada jejaka mengancam depan mata, kenapa hatinya masih tak berhenti menyebut nama Ayie? Walaupun Adam sangat-sangat kacak, kenapa dia rasa aura Ayie lebih menyerlah. Bodoh betul la hati ni.

"Okey tapi kalau ada masa suruh la mak hana buat laksa macam dua hari lepas. Memang sedap. Lincin abang makan." sempat lagi Adam titipkan pesanan dengan muka tembok.
Muka je kacak tapi tak reti malu. Rembat je apa nak cakap tapi Hana rasa lagi bagus muka tembok daripada pentingkan diri sendiri macam orang depan rumah tu.

Baru saja Hana ingin berpusing, terasa ada cahaya lampu kereta menyimbah suasana malam. Spontan dia mengerling kereta yang tiba-tiba berhenti di depan rumah Ayie. Hana mengeluh lemah. Tak perlu beritahu siapa pemilik kereta itu kerana dia tak ada kekuatan untuk menyebut.

Kekuatan hatinya terasa merundum tiba-tiba. Rasa sebak mula mengusai segenap tubuhnya. Kenapa dia rasa nak menangis saat ni? Kenapa dia rasa kakinya tak kuat untuk melangkah. Nafas mula terasa sesak dengan bibir dikemam rapat.

Mereka dah bersama. Hana! Kau kau kena kuat! Kau tak boleh lemah. Mungkin Ayie memang bukan jodoh kau, bisik hatinya.
Tanpa kata dia melajukan kakinya yang lemah ke dalam rumah. Menonong langkahnya masuk ke bilik tanpa menghiraukan kak long yang enak menonton TV. Sampai di muka bilik, air matanya mula jatuh di lekuk pipinya.
Ya Allah, kali ini betul-betul sakit. Sakit sangat-sangat.
....


"Kurang asam jawa punya mamat! Dia ingat dia kacak, dia boleh goda semua anak dara? Yang si Hana pun melayan. Pantang nampak laki kacak betul! Hampeh betul!" gumam Ayie panas.
Genggaman di pagar dieratkan. Rasa nak goncangkan pagar rumahnya.
Baru kenal dah boleh gelak ketawa dengan mamat tu. Hana ni memang la! Dalam banyak-banyak lelaki, kenapa jiran juga dia pilih? Tak cukup dengan dia seorang ke?

Mata Ayie macam nak tersembul saat Hana memandangnya sekilas tapi kemudian buat bodoh. Rasa macam Hana memang hantukan dia. Pura-pura tak nampak. Ke Hana dah tak nampak dia sebab ada mamat kacak tu di depan? Hatinya panas tiba-tiba.
Ayie mengeluh ganas sebelum terasa wajahnya disimbah dengan cahaya kereta. Pantas matanya terhala pada kereta yang berhenti betul-betul di depan rumahnya.

"Liana?" Ayie tersentak.
Laju saja dia membuka pagar sebelum menapak ke arah Liana yang baru keluarkan diri dari kereta. Sempat dia menjeling pada Hana yang mula masuk ke dalam rumah. Ayie mengeluh lembut. Kenapa dia rasa tak puas tengok muka Hana? Mungkin sebab selama ni Hana mesti tunjuk muka tak kurang sepuluh minit pada dia setiap hari. Tapi kali ni Hana macam tak nak tengok dia jadi dia terasa sikit la.

"Apa awak buat dekat sini?" soalan diaju pada Liana dengan muka sedikit terkejut.

"Saya nak jumpa awak, Ayie. Erm... Mama awak ada?"

"Kenapa nak jumpa dengan mama?"

"Saya nak minta maaf dekat mama awak. Mesti mama awak salahkan saya sebab menganggu majlis awak." jelas wajah cantik itu sedikit mendung.

Ayie kembungkan mulut sementara berfikir. Mana mungkin dia biarkan Liana jumpa dengan Puan Hamidah saat ni.

"Saya tak rasa waktu ni sesuai untuk awak bercakap dengan mama. Mama pun tak berapa sihat lagi." Ayie beralasan.

Berubah sedikit wajah Liana. Mesti Puan Hamidah salahkan dirinya.

"Kalau macam tu, boleh saya cakap dengan awak sikit?"

Ayie diam sebentar sebelum tersenyum kecil. Kepalanya mula dianggukan.

"Kita duduk dekat kerusi tu je la." tangan Ayie terhala pada meja comel di laman luar rumah. Bila Liana mengangguk, mereka mula melangkah ke arah meja comel itu.

"Cakaplah, apa yang awak nak cakap tu." Ayie mula buka suara saat mereka melabuhkan punggung di atas kerusi secara berhadapan.
Sebelum menjawab, Liana tertunduk sedikit. Desahan nafasnya terasa berat. Lambat-lambat dia donggakkan muka dan melepaskan pandangan sayu pada Ayie.

"Saya nak minta maaf pada awak."

"Untuk?"

Liana ketap bibir. kenapa dia rasa dia tengah berhadapan dengan orang asing saat ini?

"Ayie, saya tahu saya salah sebab rosakkan majlis awak. Saya tolak lamaran awak tapi percayalah, saya terpaksa buat semua tu. Saya perlu buat semua tu untuk selamatkan adik saya." tangan Ayie digenggam erat dengan kata-kata sayu mula diucap.

Ayie tersenyum sedikit sebelum menarik tangannya perlahan. Wajah cantik Liana dipandang. Wajah yang pernah membuat dia gila dan buat dirinya jatuh cinta pandang pertama. Namun wajah itu juga yang membuat hatinya luka.

"Awak jangan cakap macam tu. Semua ni bukan salah awak tapi saya. Saya tak peka dengan keadaan awak. Tak ambil tahu kenapa awak menolak. Im sorry too..."

Tersenyum Liana dengan ucapan Ayie.

"Kalau macam tu, boleh kita bina semula hubungan kita? Saya masih cintakan awak. Kalau tak sebab Fizah, dah lama saya terima awak. Kalau la masa boleh diundurkan, saya memang setuju untuk berkahwin dengan awak, sayang." tangan Ayie ditarik dan sekejap saja wajah Liana berubah seceria yang mungkin.
Dia lega sangat Fizah ditangkap. Rupanya Fizah dalam diam mengalami tekanan jiwa. Kematian Faizal memberi tamparan besar pada Fizah. Sungguh, dia rasa bersalah namun semuanya dah ditakdirkan. Dia tak mampu untuk berbuat apa-apa.

"Liana..." panggil Ayie.

Liana pandang wajah kekasihnya dan sedikit tersentak bila Ayie sekali lagi menarik tangannya dengan satu senyuman simpul.

"Im sorry, tapi saya tak boleh. Buat masa sekarang ni, saya tak nak fikirkan semua ni. Biarlah keadaan macam ni dulu. Biarlah semua ni tenang dulu."

Terkejung Liana sebentar dengan ucapan itu. Dia fikir Ayie akan setuju dan gembira, tapi...

"Ini sebab Hana ke? Awak rasa bersalah sebab awak buat macam tu dekat dia? Sayang, kita tak boleh kawal keadaan. Kalau awak tolak saya sebab rasa bersalah pada Hana, awak buat silap. Dia patut terima jodoh awak bukan dengan dia." Liana sedikit berang namun suaranya tetap terkawal.

Sejujurnya dia bengang dengan Ayie. Bukan saja call, mesej pun tak jawab. Personal massage di facebook pun lelaki tu tak layan. Rasanya macam Ayie sengaja menjauhkan diri darinya. Kali terakhir mereka jumpa dekat hospital lepas tu Ayie hilang entah kemana.

"Kalau jodoh saya bukan dengan dia, mungkin juga jodoh awak bukan dengan saya."

"Sayang!"

"Liana, please... Saya serabut sekarang ni. Dengan rasa bersalah pada Hana, dengan perasaan saya pada awak. Saya perlukan ruang untuk fikirkan semula arah hubungan kita ni. Saya tak boleh berfikir buat masa sekarang ni." Ayie menggeleng lemah.

Sememangnya itu perasaannya tatkala ini. Dia rasa bersalah pada Hana. Dia juga tak mampu berfikir tentang hubungannya dengan Liana yang disangkanya sudah berakhir. Mereka sudah putus walaupun bukan dengan kerelaan. Dia rasa otak berbelit bila Hana cuba jauhkan diri daripadanya. Dia juga rasa sarafnya berselirat setiap kali Liana cuba menghubunginya. Sungguh dia keliru saat ini.

Liana ketawa kecil melihat wajah Ayie. Rahangnya sedikit bergerak.

"Kalau awak cintakan saya, awak tak perlu nak fikir lagi Ayie. Ke, cinta awak dah hilang dan awak dah mula sukakan budak tu?" celupar Liana menyoal.

"Ayie, saya buat semua tu bersebab! Saya terdesak! Saya perlu selamatkan adik saya. Kalau awak ada di tempat saya, awak pun akan buat perkara yang sama. Saya yakin!" sambung Liana dengan suara sedikit merayu.

"Saya faham Liana. Saya faham perasaan awak cuma perasaan saya ni. Saya tak salahkan diri awak bila awak tolak saya demi adik awak. Saya bersyukur sebab awak buat macam tu sebab semua tu menunjukkan awak seorang yang baik. Cuma..."

"Cuma apa?"

Ayie meraupkan wajahnya sebentar. Ada sesuatu yang buat dia keliru. Keliru dengan mainan jiwanya sendiri.

"Tiga kali saya melamar awak. Saya faham kenapa awak tolak lamaran saya hari tu tapi... kenapa awak tolak lamaran pertama dan kedua saya?"

Pap! Liana terasa ditampar dua kali. Kanan dan kiri. Mula la matanya terkejip dengan soalan yang tak mampu dijawab.

Ayie membuang pandang. Teringat saat pertama kali Liana menolak lamarannya. Waktu itu memang dia rasa kecewa. Dia dan Liana putus saat itu. Kemudian dia pindah ke sini dengan ibu bapanya. Tak sangka Hana yang riang boleh jatuh hati padanya. Dia pula terasa rimas dengan Hana. Namun dalam rasa rimasnya, Hana orang pertama yang buat dia senyum selepas kecewa. Teringat lagi saat Hana berjalan sambil memandang dirinya. Alih-alih sebelah kaki Hana terjunam dalam longkang. Memang kelakar waktu itu.

Tapi setahun kemudian, Liana kembali. Hubungan yang putus, terjalin kembali. Dia beranikan diri untuk melamar Liana sekali lagi tapi gadis itu tetap menolak. Dan kali ketiga, Liana terpaksa menolak sedangkan hatinya tidak menolak.

Bila difikirkan kembali, banyak halangan dalam hubungan mereka. Sama ada ini ujian percintaan atau ini petanda Liana bukan jodohnya. Sejujurnya, hatinya mulai tawar.

"Liana, awak balik la. Beri peluang pada saya untuk tenangkan diri dulu." pinta Ayie lagi bila Liana mendiamkan diri. Dia tahu Liana resah. Semuanya jelas di wajah itu.

Entah kenapa, mendengar permintaan Ayie seakan menghalau dia, Liana rasa hatinya terbakar.

"Peluang? Kenapa awak tak minta putus terus?" Liana bingkas bangun dengan muka sedikit menyinga.

Terangkat terus muka Ayie mendengar kata-kata kasar Liana. Dia mula mendengus perlahan.

"Buat apa nak minta putus? Kita memang dah putus kan?" Ayie melawan. Egonya terasa dicabar.

"Ayie..."

"Balik la Liana. Balik..."

Liana tergeleng perlahan dengan rasa hiba yang mula menyentakkan hatinya. Tanpa kata, dia berpusing dan berpaling. Setitis air matanya jatuh. Mencari dimana silapnya diri. Sampai hati Ayie buat dia macam tu.
Hilang saja kereta Liana dari, Ayie menjerit kuat.

"Argh!!!" rambut dicengkam kuat.
Tanpa disedari, Hana di sebalik langsir mengetap bibir dengan air mata yang menitis. Jiwanya terhenyak. Dia seakan tak dapat terima kenyataan bahawa Ayie dah bersama kembali dengan Liana. Tautan tangan dua pasangan itu benar-benar buat hatinya nanar.
Ya Allah, tolonglah hilangkan perasaan ini...

You May Also Like

0 comments