BAB 6 hana dan ayie

by - November 02, 2018



Hana yang cantik disolek, dipeluk Hani. Bukan main lagi cantik adiknya hari ni. Jarang Hana menyolek diri dan hari ni Hana nampak betul-betul cantik. Tudung yang tersarung di kepala Hana buat penampilan Hana lebih menanwan.

"Macam mana kak long ? Cantik tak?" Hana kelip-kelipkan matanya sambil memandang wajah Hani yang terpantul di depan cermin solek.

"Cantik. Tak sangka adik kak long ni cantik. Selalunya tempek bedak baby dan gincu. Hari bila disolek dah macam puteri." puji Hani sambil mengurut bahu adiknya lembut.

"Ye la tu. Nak beli jiwa la tu." jawab Hana mengusik sedangkan dia memang dah kembang dipuji.

Dirinya ditilik. Baju bewarna krim yang dipakainya dipandang. Memang cantik. Tapi entah kenapa hatinya berdebar. Bukan kerana dia bakal menjadi isteri orang sekejap nanti, tapi kerana jantungnya yang berdegup menandakan ada benda yang bakal jadi.
Selalunya kalau dia rasa macam ni, memang ada benda yang akan jadi. Dalam hati dia berdoa agar semua berjalan lancar.

"Termenung pula dia. Kenapa? Teringatkan Ayie eh?" usik Hani sambil mencuit pipi adiknya.

Alahai! Adik manjanya dah nak jadi iseteri orang. Lepas ni sunyi la rumah.

"Tak la, Hana cuma rasa tak sedap hati." beritahu Hana perlahan. Tangan diletakkan ke dada.

Hani tersenyum. Pasti hati adiknya bergolak kerana bakal dinikahkan. Biasalah debaran tu.

"Jangan fikir macam-macam. Biasalah tu. Gementar nak jadi isteri orang."

"Tapi kak long, Hana..."

"Tak elok tau fikir benda tak elok pada hari bahagia ni. Cuba Hana beristighfar. Ingat, Syaitan tu sentiasa ada untuk menyesatkan manusia. Jangan biarkan hati kita tergoda olehnya. Halang la ia dengan berzikir dan doa. Sudah! Kak long tak nak tengok Hana berkerut macam ni."

Sungguh nasihat Hani meresap dalam jiwanya. Satu-satunya kakak yang selalu mengingatinya saat dia terasa jahil. Perlahan-lahan Hana beristighfar. Menghalau rasa resah yang menebak rasa hatinya. Tak lama kemudian dia tersenyum lebar.

"Macam tu la adik kak long. Hesy! Lepas ni kurus la Ayie tu nak melayan Hana." getus Hani sedikit kuat.

"Ayie memang dah kurus la kak long." jawab hana dengan lidah dijelir.

"Maksud akak, kurus kering! Dah la dapat isteri tak pandai masak, manja lagi. Habis la hidup Ayie. Kesian pula akak dengan dia."

"Kak long!!!"

Hani ketawa besar. Alamak! Pengantin dah merah muka kena ejek.

"Kak long ni jahat la." muncung mulut Hana jadinya.

Hani masih dengan gelak ketawanya. Hana yang melihat mula ketawa kecil. Melihat wajah gembira Hani, hatinya sedikit hiba.

"Kak long, lepas ni mesti Hana rindu kak long." bisik Hana dengan keluhan lembut.
Dia terlalu rapat dengan Hani sampaikan tiada rahsia antara mereka. Tapi kini dia bakal menjadi milik Ayie. Dia takut kalau Hani akan jauh dengannya nanti. Kak long kadang-kadang dah macam ayahnya. Walaupun dia tak pernah rasa kasih sayang seorang ayah, dia tak pernah merungut. Kasih sayang kak long dan Puan Azura sudah lebih cukup darinya.

"Sini..." Tubuh Hana dipeluk.

"Walaupun Hana dah kahwin, kak long tetap kakak Hana. Lagipun Hana pindah depan rumah saja bukannya jauh. Kalau rindu kak long, bila-bila masa saja boleh datang sini. Dah! Tak mau sedih. Nanti hilang seri." kepala Hana didongak diikuti dengan kata pujukan dari bibir Hani.

Hana tersenyum sedikit sebelum kembali memeluk Hani. Benar orang kata, kasih keluarga dibawa hingga ke mati.
....

Hana bersimpuh cantik di antara Puan Azura dan Puan Hamidah. Muka yang ditunduk, diangkat sedikit. Tesenyum di tatkala melihat belakang Ayie yang sedang menghadap kadi. Entah apa yang kadi bebelkan, Hana tak mendengar. Matanya saat ini hanya nampak seseorang. Ayie!

Tak sangka cinta yang selama tiga tahun akhirnya membuahkan hasil. Bila-bila masa dia bakal menjadi milik lelaki itu. Sejak kali pertama bertemu Ayie tiga tahun lalu, dia selalu yakin yang Ayie adalah jodohnya. Alhamdulillah... Rasa hatinya benar. Hanya hati mengenali jodoh sendiri.

"Kau cantik sangat hari ni." ucapan seseorang buat Hana berpusing sedikit ke belakang.

"Syafiqah???" Hana dah tersenyum.

"Sudah! Pandang depan. Nak buat jejak kasih pun tunggu selesai akad nikah. Tapi suami kau tu kacak la." ujar Syafiqah sebelum menolak perlahan bahu Hana. Sempat lagi dia puji suami orang.

Hana tersenyum lebar. Ya Allah, dia memang rindu sangat dengan sepupu dia seorang ni. Kata Syafiqah tak dapat hadir sebab tak dapat tiket balik. Tapi tiba-tiba boleh pula muncul.

"Sedia???"

Soalan tok kadi mematikan persoalan Hana. Dia memandang Ayie yang nampak sedikit teragak-agak menjawab. Bila tok kadi suakan tangan, Ayie seolah-olah enggan menyambut. Hana yang memerhati terasa jantungnya berdetak laju. Jangan la Ayie buat hal!

"Agaknya pengantin lelaki ni gementar sangat sampai mengangguk pun tidak. Tarik nafas perlahan-lahan. Tak mati pun nak bernikah ni." usik tok kadi hingga membuat orang disekeliling ketawa kecil.

Ayie tersenyum pahit. Entah kenapa hatinya berbelah bagi. Tangan tok kadi bagaikan memberitahunya dia bakal kehilangan seorang perempuan yang dicintainya dan hidup bersama perempuan yang tak pernah dia fikirkan.

"Sedia?" soalan itu terulang lagi.
Dengan satu nafas, Ayie mengangguk. Perlahan-lahan tangannya mengenggam tangan tok kadi. Darahnya seakan mengalir dengan laju. Kakinya pula terasa menggeletar hebat. Telinganya seakan mendengar bisikan supaya dia jangan teruskan jika dia tak ingin menyesal.

"Muhammad Aish Mikael bin Muhammad Hashim, aku nikahkan engkau dengan Hana Fahira binti muhammad Zuhri dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai..." suara tok kadi bergema dengan tangan digoyangkan sedikit.
Bibir yang dikemam, dilepaskan. Mata dipejam sebentar mencari nafasnya yang seakan ingin berhenti.

"Liana..."

Mata terbuka. Ayie tersentak. Lafaz kabul tak meniti di bibirnya. Bingkas dia memandang kawan baiknya di sebelah. Rasanya Fahim menyebut nama Liana. Pantas dia memandang Fahim dan saat itu juga dia terdengar suara tok kadi menegur. Namun, Ayie buat tak peduli. Dia lebih peduli pada Fahim yang ternganga memandang suatu arah.
Laju kepalanya berpusing ke arah yang dipandang Fahmi. Sesaat lidahnya kelu.
Liana?!!! Matanya terbelalak.
Dia nampak dengan jelas Liana berdiri di muka pintu rumah Hana dengan air mata mengalir.

"Liana..." panggilnya tanpa sedar. Tangannya yang digenggam tok kadi, dileraikan. Macam dipukau, Ayie mula berdiri hingga mengundang suara sumbang dibelakang.

Liana tersedar Ayie melihatnya, lantas dia berlari pergi. Dia bukan ingin buat kacau sebaliknya dia ingin melihat wajah yang dicintainya buat kali terakhir sebelum lelaki itu menjadi milk orang lain.

"Liana!!!" Ayie menjerit saat Liana berlari tanpa memberi amaran.

Hana terpanar. Dia memandang ke arah luar dia dan nampak bayang Liana sudah meninggalkan rumahnya. Ketakutan mulai mengusai diri. Apa yang berlaku saat ini sama seperti dalam mimpinya. Bila melihat Ayie berlari laju ke arah pintu, Hana bangun. Tanpa sedar dia turut mengejar. Laungan Puan Azura langsung tak dipedulikan.

"Liana!!!"

Bagai dipukau, Liana berhenti melangkah. Dia tahu suara siapa yang menjerit. Suara itu sudah sebati dengan jiwanya namun untuk berpusing meihat wajah itu, dia tak mampu. Air matanya semakin laju bercucuran.

Ayie memandang Liana yang berdiri tanpa bergerak di depan pagar rumah Hana. Bibir lelakinya menggeletar tiba-tiba. Ada rasa sebak melihat Liana pada hari pernikahannya. Hakikatnya, dia ingin Liana menjadi pengantin perempuannya bukannya Hana.

Dah terlambat ke semua ni?

Tidak!!! Selagi dia belum melafazkan kabul, semuanya belum terlambat. Air mata Liana seakan memberitahunya bahawa cinta gadis itu masih tetap untuknya. Tapi kenapa Liana menolaknya? Kenapa Liana memutuskan hubungan mereka? Ada benda yang disorokkan daripada dia ke?

Ayie ingin mendekati Liana namun satu tangan menghalangnya.

"Jangan pergi. Jangan tinggalkan Hana macam ni. Hana... Hana..."

Getaran suara Hana buat Ayie menunduk. Dia nampak wajah suram Hana. Ada titisan air mata yang bakal keluar dari mata itu. Sungguh rasa bersalah menhentam jiwanya.

"Abang Ayie dah janji dengan Hana tak kan pergi dari majlis ni. Tolong jangan tinggalkan Hana." pinta Hana penuh ketakutan. Jiwanya diserang rasa takut.

Ayie mengangkat muka lalu memandang tajam wajah cantik yang sudah disolek itu. Pakaian pengantin yang tersarung di badan Hana buat jiwanya berbelah bagi. Sungguh dia dalam dilema. Seketika kemudian dia memandang Liana yang sudah berdiri memandangnya disamping Hana.

Kalau dia teruskan semua ni, dia bakal kehilangan cintanya tapi kalau dia pergi, dia akan sakiti sekeping hati milik seorang gadis yang tidak bersalah. Antara cinta dan simpati, mana yang harus dia pilih?

Wajah penuh mengharap Hana, disentuh. Anak matanya ditenggelamkan disebalik mata yang meminta simpati padanya.

"Aku minta maaf. Aku..."

Kata-kata Ayie terhenti saat Hana meleraikan tangannya di pipi Hana dengan gelengan pedih. Wajah sedih itu jelas menunjukkan kekesalan yang buat hati lelakinya rasa membenci diri sendiri.

"Tolong!!!"

Ayie dan Hana tersentak. Pantas mata mereka berkalih ke arah jalan di depan rumah. Membulat biji mata Ayie saat matanya menangkap tubuh Liana yang ditarik seseorang masuk ke dalam kereta.

"Liana!!!" Ayie menjerit kuat sebelum berlari ke kembali ke dalam rumah Hana.

Mulut Hana dah terkunci. Terkejut saat melihat Liana yang sudah dibawa pergi. Dia memandang ke sisinya tapi Ayie hilang. Tak sampai beberapa saat, dia nampak Ayie tergesa-gesa keluar dan menuju ke sebuah kereta.

Hana mendengar suara yang menjerit-jerit namanya. Mungkin emaknya atau saudara mara yang lain. Namun ada suara seakan menyuruhnya melakukan sesuatu. Tanpa sedar dia dah berlari ke suatu arah.

Ayie yang sudah menghidupkan kereta milik Fahim, memandang pintu kereta di sebelah pemandu yang terbuka tiba-tiba. Tadi dia masuk ke dalam rumah untuk meminta kunci kereta Fahim. Kunci keretanya ditinggalkan di rumah saat dia ke rumah Hana tadi.

"Hana ikut!" ujar Hana sebelum menerobos masuk ke dalam kereta.

Ayie tak menjawab sebaliknya dia mula menekan pedal minyak. Liana perlu ditemui! Siapa yang menculik Liana? Kenapa Liana diculik? Semua itu bermain difikirannya. Sungguh dia buntu.

Hana disebelah sedikit gelisah bila kereta yang dipandu Ayie seperti tidak menjejak tanah. Namun saat itu otaknya masih ligat berfikir.

Polis!!!

Pantas baju diraba. Dia lupa dia berpakaian pengantin. Telefonnya mesti tertinggal. Dia memandang Ayie yang memandu dengan muka serabut.

"Telefon." pinta Hana dengan tangan terhulur.
Ayie menggeleng pantas. Dia tak ada masa nak bersuara. Dia lebih pentingkan nyawa Liana. Hana mengeluh kuat. Betul la apa yang dia fikir. Ayie tak bawa telefon. Mata terus diliarkan. Laci dashboard dibuka dan saat itu matanya menangkap kelibat telefon bimbit yang terdampar elok.

Pantas dia mencapai tanpa memikirkan siapa empunya telefon. Telefon dibuka dan dia menarik nafas lega. Saat ini dia berterima kasih sangat pada si empunya telefon yang tak menggunakan lock screen. Tanpa kata talian bantuan dihubungi.

You May Also Like

0 comments