BAB 15 Hana dan Ayie

by - November 02, 2018



Empat biji mata terhala pada Liana yang tersenyum manis. Liana sedikit gelisah bila ditenung, namun sedaya upaya dia pamerkan wajah senangnya.

"Ayie sembang la dengan Liana dulu. Mak nak ke dapur sekejap." Puan Hamidah meminta diri saat mata Ayie hanya terlekat pada wajah Hana.
Bila Liana mengangguk, Puan Hamidah berlalu. Dari jauh puan Hamidah memerhati tingkah anak bujangnya. Cinta antara teruna dan dara bakal terjalin kembalikah? Dia tak kisah siapa pun bakal menantunya, asalkan Ayie bahagia.namun, rasa bersalah tetap sirna untuk hana.

"Saya ingat awak marah dan tak kan datang sini lagi." Ayie memulakan perbualan.

Liana yang sedari tadi menghantar kepergiaan mama Ayie, sedikit tersentak. Senyuman kecil dihadiahkan pada Ayie tanpa membuka mulut. Sungguh hatinya lega bila mama Ayie dapat menerima kata-kata maaf darinya. Siapa yang dapat wanita itu sebagai mertua, pasti beruntung.

"Liana..."

"Kita bercakap dekat luar boleh? Tempat hari tu." tukas Liana sambil memandang ke arah luar.

"Okey..."

.....

"Nyaman kan tempat ni?" puji Liana saat melabuhkan punggungnya di atas kerusi di hadapan meja comel di laman luar Puan hamidah.

Ayie tak menjawab sebaliknya membetulkan duduknya di hadapan Liana. Mata beningnya mencari niat sebalik wajah yang tiba-tiba muncul di depan rumahnya tadi. Sungguh! Dia terkejut. Seingatnya, kali terakhir Liana datang, dia pulang dalam kemarahan. Dah hilang ke kemarahan Liana?

"Saya nak minta maaf." ujar Liana tiba-tiba.

"Maaf untuk apa?"

Liana mengeluh sebentar sebelum memandang wajah Ayie. Wajah yang dia cintai itu dipandang sedalam yang mungkin.

"Maaf sebab saya tengking awak hari tu. Tiba-tiba marahkan awak sedangkan awak tak salah apa-apa. Saya minta maaf Saya tak dapat nak kawal baran."

"its okay. Tak hal la. Saya faham perasaan awak waktu tu, Liana."

Ini yang Liana rasa ingin mengeluh panjang. Tak kira apa-apa pun kesalahannya, Ayie cukup mudah memaafkan orang lain. Sikap yang buat Liana yakin memilih Ayie sebagai kekasihnya dulu.

"Awak tak pernah berubah Ayie. Mudah maafkan orang lain. Awak buat saya rindukan awak." Liana berterus terang dengan nada sedikit bergurau.

Namun bagi Ayie itu bukan gurauan. Kata-kata rindu dari bibir itu buat dia tersenyum tawar. Bukan sepatutnya dia gembira bila Liana mula merindukan dirinya.

Liana yang melihat senyuman tawar Ayie, menarik senyuman sinis pada dirinya sendiri. Peragai Ayie seperti dulu tapi bukan perasaannya.

"Ayie..."

"Ya?"

"Soalan awak tu. Saya dah habis fikir dan saya dah dapat jawapan kepada soalan awak tu." beritahu Liana sambil menyatukan kedua-dua tangannya sambil membongkokkan sedikit tubuhnya. Cuba menunjukkan gaya bersahaja sedangkan hatinya terasa sebak saat itu.

"Soalan apa?" sungguh, dia lupa.

"Soalan awak. Kenapa saya tolak lamaran pertama pertama dan kedua awak? Sebelum tu, saya betul-betul minta maaf pada awak."

"Liana..."

Liana tersenyum pedih hingga membuatkan Ayie terasa sedikit serba salah.

"Masa awak lamar saya pertama kali dulu, saya tak bersedia. Saya belum puas untuk hidup bujang. Saya belum bersedia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri." bongkar Liana perlahan.

Ayie diam mendengarkan alasan itu. Dia sudah agak alasan tu. Mata Ayie terhala pada bibir Liana yang bergerak untuk berkata sesuatu.

"Lamaran kedua, saya tolak demi kerjaya. Awak tahu satu-satu benda yang saya paling suka adalah memasak. Saya cuma pembantu chef dekat hotel tu tapi tiba-tiba saya ditawarkan menjadi ketua chef. Awak tahu saya dah lama ingin menjadi ketua chef dan kemudian saya ditawarkan untuk bertanding di peringkat antarabangsa. Saya gembira bila impian saya tercapai. Tapi... Tiba-tiba awak lamar saya. Saya tak mampu terima sebab bagi saya perlu beri perhatian kepada kerjaya. Kalau saya terima awak masa tu, saya takut kalau saya hilang fokus." saat menjelaskannya, mata Liana sedikit berkelip menahan air mata yang seakan mahu berlinang.
Bila difikirkan balik, dia sangat-sangat pentingkan diri sendiri. Wajah diangkat dan saat itu mata Ayie dan Liana menikam antara satu sama lain.

"Saya tak pernah fikir perasaan awak. Saya biarkan awak menunggu. Saya biarkan awak kecewa sendiri. Tapi awak tetap sokong saya dan cuba gembirakan saya. Saya terus leka dengan kehidupan saya. Tapi... bila tiba saat saya bersedia, ada pula halangan. Semua ni buat saya terfikir, betulkah saya ditakdirkan untuk awak atau saya..."

"Liana..."

"Betul cakap awak, kita perlukan ruang untuk selesaikan semua ni. Walaupun ruang tu mungkin akan buat awak terpisah dari saya." Liana mengelap air matanya yang hampir menitis.

"Ayie, kenapa awak tak pernah tanya saya, kenapa saya tolak lamaran awak dulu? Saya ingat, setiap kali saya tolak lamaran awak, awak hanya senyum. Tapi saya tahu, hakikatnya awak terluka, kan?" tanya Liana lagi bila Ayie seakan tidak mampu berkata.
Soalan itu buat Ayie menarik nafas panjang.

"Sebab saya tak nak paksa awak. Bagi saya, biarlah awak betul-betul rela untuk jadi isteri saya. Kalau awak tak bersedia, saya tak ada hak nak memaksa. Lagipun, kalau saya bertanya, bukannya awak akan setuju jadi isteri saya pun. Saya tak nak awak rasa beban dan yang penting, saya tak nak hubungan awak dan saya tamat macam tu saja semata-mata kerana awak belum bersedia."

Jawapan dari bibir lelaki yang dicintainya buat Liana rasa begitu bertuah. Bodohnya dia tak nampak kebaikan Ayie selama ni. Sanggup ketepikan perasaan sendiri demi dia.

"Tapi awak tak mampu tahan rasa kecewa awak. Kali pertama saya nampak awak marah bila saya tolak lamaran ketiga awak. Saya nampak betapa kecewanya awak waktu tu." Liana tersenyum pedih.

"Sebab saya hilang sabar. Umur dah lanjut tapi nak ikat seorang perempuan terkapai-kapai." jawab Ayie dengan ketawa kecil. Sudah lama dia tak bergurau begitu dengan Liana.

Rindukah dia pada saat itu? Atau dia rindu untuk ketawa? Sejak pernikahan yang terbatal, dia rasa bibirnya seakan lumpuh untuk ketawa.

"Jadi, sebab tu awak pinang Hana?"

Ayie terdiam. Badannya kaku. Mendengar nama Hana, perlahan-lahan hujung matanya dibawa ke arah depan rumahnya. Merenung jendela yang selalu terbuka, namun kini jendela itu tertutup rapat. Sama seperti hati pemiliknya yang sudah tertutup pada dirinya.

Melihat Ayie menilik rumah Hana, rasa pedih bergerak di segenap urat saraf liana. Mungkin mereka tak ditakdirkan untuk bersama.

"Saya nak ke Singapura."

"Hah?!" Ayie terpanar. Laju mukanya menikam wajah Liana yang sedang mengangguk perlahan-lahan.

"Kenapa?" tambah Ayie.

"Untuk realisasikan impian saya. Papa tiri saya hadiahkan sebuah restoran pada saya di sana. Mungkin sebab rasa bersalah atas apa yang anak dia lakukan pada saya, tapi bila difkirkan balik, itu peluang yang baik untuk saya."

Ayie maraup wajahnya perlahan sebelum meletakkan kedua-dua tangannya dibelakang kepala. Dia menghirup nafas panjang dengan mata terus memandang wajah cantik Liana.
Perempuan yang pernah dia cintai cuma dia cinta itu semakin pudar warnanya. Sejak bila mulai pudar dia tak pasti namun saat ini hatinya tak tergerak untuk menghalang Liana.

"Memang peluang yang baik. Mesti awak akan jadi terkenal nanti. Seriously, masakan awak memang sedap." jawab Ayie juga akhirnya.

Jawapan Ayie buat Liana terhenyak sebentar. Walaupun gerak hatinya dah menyatakan yang Ayie tak akan menghalangnya dari pergi namun ada rasa terkilan dalam sanubarinya. Jawapan dari lelaki yang disayanginya itu bagaikan memberitahu dia bahawa cinta mereka sudah tamat.

"Kan. Dan saya memang tak kan lepaskan peluang ni. Saya akan cipta nama setinggi bangunan KLCC." Liana menutup rasa sedihnya dengan jenaka.

"Tapi saya ada satu permintaan." sambungnya kemudian.

"Apa?" kedua-dua kening Ayie naik ke atas.

Liana tersenyum riang. Dia mulai bangun dan serentak dengan itu tangan dihulurkan.

"Boleh kita jadi kawan? Sama macam dulu?"

Ayie turut bangun dan tanpa berfikir, tangan dijabat dengan senyuman.

"Always friend."

"Ayie, awak betul nak putuskan hubungan kita kan? I mean..... love."

Liana tersenyum pendek memandang Ayie nampak serba tak kena.

"Tapi, mungkin ni pengakhiran yang baik untuk kita. Anyway, kalau suatu hari saya kembali, ada peluang tak untuk bersama awak lagi?" duga Liana.

"Kalau ada jodoh."

Jawapan selamat dari Ayie buat Liana mengangguk dengan penuh ceria. Namun disebalik kesuraman malam, hatinya malap mengenangkan Ayie yang bakal pergi dari hidupnya untuk selama-lamanya.

"Ayie, boleh tolong saya satu tak?"

"Tolong apa?" jawab Ayie bersama kerutan dahi. Apa lagi?

"Telefon Hana. Saya nak minta maaf dekat dia. Linda dia..."

"Serang Hana?" celah Ayie laju.

"Macam mana awak tahu?" Liana sedikit terperanjat.

Ayie tak menjawab sebaliknya menunduk. Kaki seluarnya dilipat hingga ke paras lutut.

"Itu..." Mata Liana membulat sebaik saja matanya terhala pada betis Ayie yang terlekat dengan plaster berubat.

"Dia marahkan orang lain, orang lain yang dia belasah. Tapi nak buat macam mana, semua tu pun disebabkan saya. Terima je la." redha Ayie. Plaster berubat di kaki, diusap lembut.

Hana oh hana. Dia tendang Ayie dan kemudian dia tinggalkan Ayie. Namun, hampir maghrib tadi, dengan selamba dia ke rumah Ayie. Dengan muka tak ada perasaan, boleh pula dia bagi plaster berubat tu pada Ayie. Bila Ayie kenangkan balik saat itu, dia nak ketawa pun ada juga. Hana, dalam marahnya dia tak boleh melawan perasaan bersalah. Comel!

"Kenapa awak senyum? Boleh tak tolong telefon dia? Suruh turun bawah." tegur Linda.
Sejujurnya dia tahu kenapa Ayie tersenyum. Kalau tersenyum sambil pandang rumah depan, mesti la teringatkan Hana.

"Rasanya, dia tak akan angkat kalau saya telefon." Ayie menggeleng dengan mata terhala pada jendela bilik Hana.

"bagi phone you. Percayalah, dia akan datang.

You May Also Like

0 comments