BAB 14 Hana dan Ayie

by - November 02, 2018



Barang dibeli dihempas atas meja. Laju wajahnya dihala ke arah pintu rumah. Matanya macam tembus dari pintu rumah, menyula rumah Ayie di depan sana. Pipinya bergerak menahan geram. Jam dinding dikerling. Entah ke mana Hani bawa emaknya pada hujung minggu macam ni.

Mata yang bengkak akibat menangis sepanjang jalan tadi disentuh. Semua ni gara-gara Ayie! Kalau tidak disebabkan Ayie, dia tak perlu terima semua ni! Kalau Puan Azura balik, mesti mak dia dengar berita pergaduhannya.

Kenapa dunia ni penuh dengan orang yang suka jaga hal orang lain? Yang geram tu, perkara yang buruk yang orang suka dengar. Berita baik tak ada pula nak bawa mulut!

Agaknya mamat tu ada rumah ke tak? Hana gigit bibir menahan diri dari menyerang Ayie. Dia betul-betul marah sampai rasa ada tanduk tumbuh. Tak dapat mengawal rasa marah, laju saja dia menapak ke rumah jiran hadapan.

"Assalamualaikum..." marah-marah pun, salam diberi.

"Hana..." Puan Hamidah keluar dengan muka sedikit terkejut.

Hana menyembunyikan riak barannya dengan senyuman tawar.

"Abang Ayie ada mak cik?" sedaya upaya dia lembutkan suaranya. Hakikatnya dia rasa nak melolong panggil Ayie keluar.

"Ada. Hana nak jumpa dengan Ayie?" Puan Hamidah nampak sedikit terpinga-pinga.

"Ya. Ada hal sikit. Boleh mak cik panggil dia?"

Puan Hamidah mengangguk sebelum berlalu ke dalam rumah. Hana yang hipokrit kerana maniskan muka saat marah, kembali tayang riak bengang. Kedua-dua tangannya dikepal kuat dengan mata terhala pada pintu msuk rumah Ayie. Menunggu kedatangan lelaki yang buat darahnya mendidih.

Seminit kemudian, Ayie muncul. Tengok Ayie pun, darah dah rasa macam naik ke kepala.

"Ada apa nak jumpa abang?"

Matanya dipejam seketika sebelum berfikir secara rasional.

"Kita ke taman sekejap. Hana ada benda nak bagi tahu abang!" Ujar Hana sebelum berlalu tanpa menunggu persetujuan Ayie.

.......

Puk!

"Adoi!"

Kaki Ayie terbengkok naik ke atas dengan sebelah kaki terjengket-jengket. Kaki yang terangkat diusap dengan tangan. Pedih siot!

"Hana!"

Hana senyum bangga. Tu baru sikit! Sakit hati aku lagi parah dari tu. Setakat kena penendang dengan perempuan pun nak mengaduh. Nampak sangat tak sado! Tengok hero tamil, kena balun dengan kerusi sampai patah pun, steady je berdiri.

"Sakit ke?" Tanya Hana tanpa rasa bersalah.

"Hana ni dah kenapa? Hana kata nak cakap sesuatu, ni ke yang Hana nak cakap tu?" mencerlung biji mata Ayie. Sakit gila kena penendang dari budak ni.

"Hana tanya sakit ke tak? Itu pun tak boleh jawab ke?" Hana masih rakus menyakitkan hai Ayie.

Dia tak kesah dah! Kalau dia sakit, lelaki tu wajib ikut sakit sekali.

"Hana ni kenapa? Tak puas hati dengan abang, cakap je. Abang boleh dengar!" kaki diturunkan dan Ayie mula menapak selangkah ke arah Hana.

Hana buang pandang. Entah kenapa tiba-tiba hatinya sebak. Rasa itu datang tanpa disedari. Dia tak tahu kenapa dia sejak dua ni perasaannya rajin terganggu.

"Hana..." panggil Ayie saat melihat perubahan Hana yang mula keruh. Nafas panjang dilapaskan.

"Apa yang abang dah cakap dekat kak Liana?" Tanya Hana dengan suara cuba ditahankan. Kata-kata makian Linda terasa terulang di telinganya. Sungguh dia malu dimalukan di tengah khalayak dan yang paling dia sedih sebab dia terpaksa jatuhkan maruah diri semata-mata nak membalas kata-kata hinaan Linda. Bencinya!

"Cakap apa?" Ayie tak mengerti.

Sekali lagi Hana membuang pandang. Nafasnya terasa sesak saat berhadapan dengan Ayie. Wajah berkerut itu buat nada jantungnya tak sekata.

"Kenapa abang tolak kak Liana?"

Ayie tersentak. Hana tahu?

"Hana tak kisah la abang nak tolak dia ke, abang nak terima dia ke. Abang nak kahwin atau ceraikan dia sekali pun. Hana tak kisah tapi tolong jangan libatkan Hana. Boleh tak?!" jerit Hana tiba-tiba dengan perasaan yang sukar untuk dikawal.

"Apa Hana cakap ni? Masa bila abang libatkan Hana?"

"Tak libatkan? Kalau abang tak libatkan Hana, kenapa kawan kak Liana serang Hana. Cakap Hana bukan-bukan. Depan orang ramai! Apa abang cakap dekat kak Liana sampai kawan dia serang Hana hah?"

Air mata Hana jatuh jua tanpa dapat ditahan. Sebak jiwanya tak tertanggung setiap kali mindanya teringat kembali dia dihina oleh Kawan Liana. Apa salahnya sampai diserang dan dihina di depan khalayak?

"Semua ni salah abang! Kenapa abang nak pinang Hana kalau abang tak cukup yakin nak kahwin dengan Hana? Disebabkan abang, orang gelar Hana macam-macam. Sebab abang keluarga Hana malu! Sebab abang, Hana yang terpaksa terima tuduhan demi tuduhan. Sekarang ni, kawan kak Liana sendiri dah salahkan Hana. Cakap Hana merampas abang. Masa bila Hana rampas abang?!"

"Bukan Hana yang rosakkan majlis tu tapi kenapa Hana juga yang disalahkan? Kenapa mesti Hana? Hana letih tahu tak! Hana tahu mak Hana sedih. Dia malu tapi mak Hana tak cakap apa-apa sebab dia tak nak Hana sedih. Hana tak kisah kalau Hana saja dimalukan tapi semua ni mengaitkan keluarga Hana. Tahu apa orang taman ni cakap? Mak Hana tak reti didik Hana sebab tu Hana tergedik ajak abang kahwin. Muka tak malu. Masalahnya sekarang, Hana ada paksa abang kahwin dengan Hana ke?" luah Hana kesal. Air mataya diseka perlahan.

Ayie terdiam. Mata dipejam sebentar. Benaknya cuba menghadam satu persatu ayat Hana. Ya! Dia bersalah. Dia yang buat Hana terluka. Dia yang bodoh melamar Hana sedangkan dia tak yakin yang dia mahu memperisterikan gadis itu. Bodohnya dia. Dia buat semua tu kerana marahkan Liana dan sekarang tanpa sedar dia sudah menyakiti hati seorang gadis.

"Tapi... Hana bodoh juga. Hana bodoh sebab terima abang. Kalau la Hana tak terima abang, mesti Hana tak terima semua ni. Betul la kata dia, Hana ni tak sedar diri." lirih suara itu menyalahkan diri tiba-tiba.

Mata Ayie terbuka. Dia melihat Hana yang mula menarik nafas yang mula tersekat. Pertama kali selepas tiga tahun dia melihat Hana menangis. Itu pun menangis kerana dia. Buat pertama kali dia melihat sikap keanakan Hana hilang disebalik raut wajah yang begitu kecewa.

Apa yang aku dah buat ni?

"Hana menyesal. Menyesal sangat sebab jatuh hati pada abang Ayie. Sebab perasaan bodoh ni, Hana kena terima semua ni. Kalau la Hana tak bodoh sukakan abang, pasti semua ni tak akan jadi." suara Hana semakin hiba membuatkan jantung Ayie terasa senak.
Perlahan-lahan sakit hatinya menghilang. Puas bila meluahkan semuanya pada orang yang sepatutnya. Suaranya kembali reda. Kali ini dia terasa dirinya pula bersalah. Hanya disebabkan perasaan itu, dia menerima akibatnya.
Melihat Ayie yang masih diam, Hana mula menambah kata-kata.

"Sekarang, Hana tak kan ganggu abang Ayie lagi. Hana dah sedar. Jodoh Hana bukan dengan abang Ayie. Tapi satu saja Hana minta. Jangan tolak kak Liana disebabkan rasa bersalah pada Hana. Terima la kak Liana. Cukuplah orang bercakap pasal pernikahan yang tak jadi tu. Hana tak nak dituduh merosakkan hubungan abang Ayie dengan kak Liana pula. Kak Liana tu baik, memang sesuai dengan abang. Hana pergi dulu." usai berkata, Hana mula melangkah.

Bibir yang bergetar dikemam kuat. Saat dia berpaling dari Ayie, setitis air matanya jatuh jua. Sakitnya bila kita cuba menjauh dari orang yang dicintai. Tiga tahun, bukan tempoh yang singkat. Mungkin dia perlu mengambil masa tiga tahun untuk melupakan Ayie.

Melihat Hana melangkah buat jantung Ayie berdetak kuat. Perlahan-lahan dadanya diraba. Kenapa ada rasa aneh di dalam dadanya. Jantungnya seakan-akan mengganas dan mengetuk kuat dinding dadanya seperti menggesanya untk menghalang Hana dari pergi.

Ayie tetap statik ditempatnya walaupun suara hatinya kuat menyuruh dia menahan Hana. Tapi dalam waktu sekarang ni, dia tak mampu berbuat apa-apa. Tanpa sedar Ayie menyembabkan muka di lengannya sendiri. Mengenal pasti benda yang membuat dia rasa kehilangan tiba-tiba. Apa benda tu

You May Also Like

0 comments