BAB 16 Hana dan Ayie

by - November 02, 2018



Hana tak tahu sama ada dia patut senyum atau buat muka toya depan Liana. Liana dan dirinya dah bertenggek di tepi tebing longkang. Masing-masing berdiam diri. Entah apa kena dengan Liana, tiba-tiba nak jumpa dengan dia. Nak marah dia macam kawan dia yang macam tercekik halia tu ke?

"Hana sihat?"

Apa punya soalan tu? Ooo.. Mungkin sebab dia pakai baju tebal kut. Matanya terhala pada kotak di tepi Liana.

"Sihat je. Kenapa kak Liana nak jumpa Hana?" Hana mula menyoal perlahan.

Nada Liana bertanya baik, jadi dia pun wajib balas baik. Moto hidup dia senang je. Dia tak kacau orang, orang jangan kacau dia. Kalau nak bangkitkan singa yang tidur dalam dirinya, cuba la kacau.

"Hana... Kak Liana nak minta maaf pasal semalam. Kak Liana tak sangka kawan akak akan serang Hana macam tu." berhati-hati Liana menuturkan kata.

Masa tengok Hana bahasakan Linda, dia terkelu. Tak sangka budak berumur dua puluh dua ni boleh senyapkan Linda yang panas baran tu. Nampaknya Linda bertemu buku dan ruas.

Dia cuma mengadu pada Linda tapi tak tahu pula sahabat dia akan ambil tindakan drastik macam tu. Kesian juga dia pada Hana meskipun ada juga marah dengan kebiadapan hana.

"Tak apa la kak. Dah berlalu pun. lagipun bukan akak yang serang Hana. Kita lupakan je la."
Mendengarkan itu, hati Liana sedikit lapang. Cahaya bulan ditenung seketika. Cantik!

"Hana, kak Liana datang jumpa Hana bukan soal tu je tapi kak Liana nak minta maaf atas semuanya. Pasal kak Liana, majlis Hana batal. Im sorry. Kak Liana tak berniat nak..."

"Boleh tak kak Liana jangan cakap pasal tu. Seikhlas hati, Hana maafkan semuanya. Hana kalau boleh tak nak ingat semua tu lagi." potong Hana dengan muka tekad.

"Tapi Hana tak maafkan Ayie."

Hana tersentak sebentar. Perlahan-lahan dia mengeluh. Kalau boleh, nama lelaki itu pun dia tak nak dengar.

"Kak Liana akan berangkat ke Singapura lagi dua hari." beritahu Liana tiba-tiba.

Singapura? Spontan kepala Hana terteleng ke arah Liana yang berupaya untuk tersenyum.

"Kenapa kak? Sebab Hana ke? Kak Liana, sebenarnya Hana pun nak minta maaf dekat kak Liana."

Mata mereka bertentang sebelum Hana menarik wajahnya dan merenung jauh ke depan.

"Hana minta maaf sebab Hana sukakan kekasih kak Liana. Tapi percayalah, Hana tak ada niat nak rampas abang Ayie dari akak. Hana memang suka dekat abang Ayie tapi Hana tahu dia cintakan kak Liana. Hana terima kalau jodoh dia bukan dengan Hana tapi Hana dah buat salah tanpa sedar. Bila abang Ayie pinang Hana, Hana jadi tamak. Hana terima walaupun Hana tahu satu-satunya orang yang dia cinta adalah akak." luah Hana dengan muka bersalah.

Semenjak Linda menyerangnya, Hana banyak berfikir. Dia pun salah. Dia sukakan kekasih orang lain. Dia ganggu Ayie dengan muka tak malunya. Nasib dia tak cuba menggoda Ayie kalau tak lagi la dia rasa bersalah. Sekarang bila Liana nak ke Singapura, rasa bersalahnya datang berkali ganda.

"Kak Liana..." Tangan Liana disentuh.

"Hana dengan abang Ayie tak ada apa-apa. Memang patut kami tak jadi bernikah. Kalau kak Liana rasa bersalah pada Hana, kak Liana tak perlu risau. Hana dah buang perasaan Hana dan Hana dah buat keputusan untuk cari penganti yang lebih hebat dari abang Ayie tu. Kak Liana jangan pergi. Hana tak nak dipersalahkan kalau kak Liana pergi lagipun cuba la kak fikir. Abang Ayie, dia cintakan akak."

bersungguh-sungguh pula Hana yakinkan Liana.

Ayie di laman rumah, asyik terjenguk-jenguk ke arah mereka berdua. Nak tahu apa yang mereka bincang la tu. Hana mencebik sedikit tanpa menghiraukan Ayie yang nampak kepanasan. Sekejap berdiri, sekejap duduk.

"Tengok la dia tu. Mesti tak senang duduk sebab nak tahu apa yang kita cakap kan?" unjuk Liana tiba-tiba ke arah Ayie yang serupa cacing kepanasan.

"Ala.. Biarkan dia. Kak Liana tak akan pergi kan? Hana betul-betul minta maaf." gesa Hana lagi sambil menghalang Liana dari memandang Ayie.

Sibuk la mamat tu! Aku tengah pujuk kekasih hati kau ni dari pergi! Duduk diam-diam tak boleh ke?

"Hana tak perlu minta maaf. Hana tak salah."

"Tapi..."

"Masa Ayie pindah sini, kami memang dah putus hubungan. Jadi tak salah la kalau Hana simpan perasaan dekat dia. Tapi, setahun dia pindah ke sini, kami terjumpa balik dan berhubung. Tapi, rasa cinta tu dah tak macam dulu sebenarnya."

Macam tu pula?

"Sekarang ni akak dengan Ayie dah tak ada apa-apa. Kami dah putuskan untuk putuskan hubungan ni. Mungkin kami lebih sesuai jadi kawan."

"Kak Liana..."

Liana tersenyum dalam raut wajah yang agak terluka.

"Kenapa nak putus? Abang Ayie ke buat semua ni? Kalau macam tu biar Hana bagitahu dia. Hana tak nak kerana Hana hubungan akak dan abang Ayie terputus." Hana mahu bergerak tapi tangan Liana yang menyambar lengannya buat dia kembali terduduk.

"Bukan sebab Hana. Semua ni tak ada kena mengena dengan hana tapi semua ni kerana akak."

Hana tarik muka blur.

"Akak banyak kali buat Ayie kecewa. Akak tolak lamaran dia demi kepentingan diri sendiri. Tapi Hana tahu tak? Ayie, dia lelaki yang sangat baik. Walaupun akak tolak dia, dia tak pernah tanya akak kenapa. Dia layan akak dengan baik walaupun dia kecewa. Dia tetap jaga percintaan kami tapi dia tak sedar, bila dia cuba sembunyikan kekecewaan, perasaan dia semakin hilang pada akak."

Liana mulai mengigit bibir bila mengenangkan betapa baiknya Ayie. Kalau dibicara, memang banyak lagi kesalahan dia pada Ayie namun Ayie tetap tenang melayan dirinya.

"Sebelum akak dengan abang Ayie bercinta, kami kawan. Tapi entah bila, perasaan tu mula bertukar. Kalau Hana nak tahu, akak selalu jual mahal sebab suka tengok Ayie terkejarkan akak. Jahat kan. Kemudian kami bercinta tapi..."

Liana mengeluh lemah. Wajah polos Hana yang memandangnya, ditenung. Dia berharap sangat Hana tak melukai hati Ayie seperti dia.

"Tapi apa?" Hana mula tertanya-tanya.

"Ayie, bagi akak dia lelaki yang sempurna. Akak tolak lamaran dia sebab tak berrsedia, dia cool je. Akak curang dengan dia, dia masih maafkan akak." Liana menghentikan kata-katanya dan merenung jauh ke hadapan.

"Cu..curang?"

Liana mengangguk pedih.

"Banyak kali akak lukakan hati dia. Akak curang dengan dia. Waktu tu, Ayie sibuk bekerja dan mak akak pula baru meninggal. Akak rasa sunyi. Sepupu akak. Pada dia akak luahkan perasaan akak sampai akak tak sedar hubungan kami jadi jauh. Akak minta putus dari Ayie sebab akak jatuh hati pada orang lain."

"Tapi hubungan akak tak kekal. Bila jumpa semula dengan Ayie, akak pujuk dia. Dia terima sebab dia kesian dengan akak. Tapi akak tetap sakitkan hati dia. Akak tolak lamaran dia semata-mata kerana akak pentingkan karier dari perasaan dia."

Hana kembungkan sedikit mulutnya dengan anggukkan kecil. Rupanya percintaan abang Ayie banyak masalah juga. Tapi bila dengar cerita kak Liana, dia memang rasa Ayie lelaki baik. Lelaki lain kalau kena tolak, mahu dia kata bye-bye. Kalau tahu kekasih curang, mesti kena maki punya. Silap hari bulan, penampar lekat dekat pipi.

"Kenapa kak Liana bagitahu hana semua ni?" soal Hana aneh. Untuk apa dan kenapa? Supaya dia maafkan Ayie. Dia dah maafkan Ayie cuma perasaan marah dan geram, dia tak mampu nak kawal.

"Hana, akak beritahu Hana sebab akak nak Hana tahu yang Ayie lelaki baik. Kami dah buat keputusan untuk putuskan hubungan kami. Bukan kerana Hana tapi sebab kalau akak terus bersama dia, dia hanya akan kecewa. Hana maafkan dia ya. Bukan salah dia tapi akak."

Nak tak nak, hana mengangguk saat melihat wajah penuh mengharap Liana. Senyuman mula ditampal di bibirnya. Kak Liana ni memang baik. Kalau perempuan lain, dah serang dia agaknya.

"Kak Liana ada bawakan sesuatu unuk Hana."
Liana mengambil kotak disebelahnya dan disua pada Hana.

"Bukalah." arahnya kemudian.

Hana patuh. Penutup kotak dibuka dan saat itu matanya sendikit membulat.

"Selain masak, akak suka mengait. Mak akak yang ajar. Dulu akak selalu harap yang akak ada seorang adik perempuan sebab tu akak kait baju sejuk tu. Tapi akak tak ada adik jadi akak hadiahkan untuk Hana. Harap Hana sudi terima."

"Akak..." Hana dah buat muka terharu.dia yang bersalah pada liana sebenarnya.

"Suka tak?"

"Suka cuma warna pink." hana ketawa kecil.

"Kenapa? Tak suka pink?"

"Suka je cuma pink ni lembut. Tak macam Hana. Tapi baju ni cantik sangat. Terima kasih."

Liana mengangguk senang hati. Beban perasaannya terasa dibawa pergi. Sejujurnya semanjak pertama kali bertemu Hana, dia sukakan budak tu. Lincah dan comel. Gelagat Hana memang buat dia teringat hasratnya untuk ada adik perempuan. Ada juga dia cuba membenci Hana sebab cuba menarik perhatian Ayie, tapi gelagat Hana yang ikhlas bila berdepan dengan dirinya buat perasaan benci itu hilang.

"Kak Liana rasa, kak Liana patut balik dulu. Hari pun dah lewat." Liana mula bangun.

Melihat Liana bangun, Hana turut bangun. Bila Liana menghala ke kereta, Hana ikut.

"Hana, sebelum akak pergi boleh akak minta sesuatu." suara Linda penuh mengharap buat Hana mengangguk kecil.

"Tolong jaga Ayie baik-baik."

Hana terpanar. Apa? Kenapa dia pula?

"Kenapa Hana?" Hana terkesima sesaat.

"Suatu hari, Hana akan tahu." ujar Linda sebelum membuka pintu keretanya. Matanya tercacap seketika pada tubuh yang mucul di belakang Hana. Dia tersenyum sebelum masuk ke dalam kereta.

Harap ini jalan terbaik untuk dirinya. Kalau ada jodoh, ada la. Kalau tak ada, dia harap dia akan dapat lebih baik dari Ayie. Liana ketawa kecil di dalam kereta sebelum pedal minyak ditekan. Sesaat saja, tawanya mati diganti dengan tangisan. Enaha tangisan sedih atau gembira kerana dia buat keputusan yang dia rasa paling baik untuk dirinya.

Sepemergian Liana, Hana berpusing dan...

Pap!

Dadanya berlaga dengan kotak ditangannya dek kotak terlanggar dengan tubuh seseorang.

"Tak nampak ke orang nak pusing?" mata Hana terbelalak.

"Ala, sikit macam tu pun dah marah. Dia tu buat orang cedera, tak pa pula. Dah la tak minta maaf." suara itu mengejek.

"Orang dah bagi plaster ubat tu, kiranya minta maaf la." Hana tarik muka bengek.

Ayie mencebik sinis.

"Cik adik sayang, tu bukan minta maaf, tu rasa bersalah. Maaf perlu diucap. Macam ni. MINTA MAAF!" ajar Ayie lagak seperti cikgu.

Mulut Hana mula menyenget meluat. Dari enggineer nak tukar jadi cikgu pula ke? Hesy! Macam mana la aku nak surutkan marah aku dekat dia ni kalau perangai menyakitkan hati!

"Tak nak! Tapi kalau nak adil, apa kata abang Ayie cederakan Hana. Biar kosong-kosong." Hana mula menapak ke arah Ayie. Lengannya yang berelapik baju lengan panjang ditayang pada Ayie. Nak suruh Ayie pukul, biar seri.

"Abang kalau pukul, lebam tu memang wajib. Ada berani ke?" sebelah kening diangkat mencabar budak di hadapannya.

Le.. lebam? Hana gigit bibir perlahan. Matanya merayap pada lengan Ayie yang berlengan pendek. Boleh tahan body mamat ni. Kalau dia buat gaya nak pecahkan kayu, mahu patah tangan ni.

"Abang bukan dayus nak pukul perempuan la. Tapi abang ada satu cara untuk buat lebam tanpa rasa sakit. Sedap ada la. Nak cuba?"
Lengan Hana terjatuh bila kata-kata itu meniti di bibir Ayie. Ada ke orang lebam tanpa rasa sakit. Rasa sedap? Blur!!!

"Macam mana?" naif je muka Hana menyoal.
Ayie tersenyum dalam. Polosnya muka Hana buat dia ingin ketawa tapi sedaya upaya ditahan.

"Nanti la abang ajar. Hana pergi la masuk rumah. Dah malam nanti jiran buat gossip, hana marahkan abang pula. Tak pasal-pasal Hana belasah abang sebab marahkan orang lain lagi." sindir Ayie pedas.

Hana tarik muka meluatnya. Hergh!!! Ada aku kesah? Dengan mulut terherot, Hana mula menapak ke rumahnya. Ayie ditinggalkan tanpa minta diri. Lambai pun tak padahal dulu kalau nampak Ayie bukan main lagi lambainya.
Betul la orang cakap, perempuan kalau dia suka memang dia akan suka betul-betul. Tapi kalau dia dah marah atau bosan, kaki kau patah lapan pun dia buat tak hairan. Tapi kes Hana pelik sikit. Kaki dia cedera pun Hana dah tolong belikan plaster ubat. Kiranya Hana masih ada perasaan dekat dia la tu.

Ayie tersenyum lebar dan mula berpusing untuk kembali ke rumah. Lebam tanpa sakit tapi sedap? Kalau dia jawab love bite depan Hana tadi, sah kena buku lima Hana. Tapi kalau berpeluang buat, apa salahnya.

You May Also Like

0 comments