BAB 4 hana dan ayie

by - November 02, 2018



Hana pegang muka dengan riak tak percaya. Oh no! Mak cik Hamidah pinang dia! Gila! Untuk si Ayie pula tu. Maknanya dia akan berkahwin dengan Ayie?

"Aku tak percaya... Aku tak percaya..."
Dengan tangan di pipi, dia menggeleng laju. Memang susah nak percaya semua ni! Lelaki yang dia sukai dah menyerah diri. Wah! Ni boleh masuk book of record ni.

Dia pandang wajahnya yang terbias di depan cermin. Perlahan-lahan senyuman muncul di ulas bibirnya. Dia memang tak percaya tapi sekarang dia perlu percaya. Sebabnya? Sebab dia dah terima pinangan Ayie dan dia akan jadi isteri Ayie dalam masa dua bulan lagi!

Dua bulan? Hana telan air liur. Sempat ke dia buat persediaan untuk sediakan diri masuk ke alam perkahwinan? Dia kahwin dengan Ayie. Satu rumah? Boleh pandang muka Ayie hari-hari.

Yahoo!!!

Hana dah rasa nak melompat kanggaroo dalam biliknya. Sejujurnya bila mak dia beritahu berita tu, dia memang terkelu. Memang tak tahu nak bagi jawapan apa. Tak kan dia nak setuju terus. Malu la. Bukannya mak tahu dia ada hati dekat Ayie. Bukan mak tahu dia suka mengendap Ayie.

Tapi bila mak dia sendiri gesa dia setuju, dia rasa peluang terbuka cerah. Dia boleh pura-pura akur siap keluarkan ayat 'kalau mak rasa itu terbaik untuk Hana, Hana ikut.' Ayat pasrah la konon padahal dia memang nak menjerit 'Sudi!!!'

Rupanya dalam diam memang mak dia berkenan nak bermenantukan anak doktor tu. Mentang-mentang Ayie tu engineer, mak suka la. Tak kisah la apa pun, janji dia bakal berkahwin dengan Ayie!

Hana menarik nafas sebelum matanya terhala ke arah laci meja. Tak sampai sepuluh saat, dia sudah melompat duduk di depan meja solek. Buku kecil dan pen dikeluarkan.

Nak kahwin, mesti kena buat persediaan! Buku kecil di buka dan dia mula mencoret.

1. Aku kena belajar masak. Orang cakap nak pikat suami, kena ikat perut. Tapi aku nak ikat segala organ si Ayie tu biar dia tergila kan aku! hahaha... Jadi aku kena masak sedap-sedap sampai kalahkan chef! Belajar dua puluh empat jam pun sanggup!

2. Kena survey minyak wangi yang paling wangi. Yang boleh buat dia tertarik. Nak jadi isteri, kena wangi-wangi baru suami tertarik!

3. Losyen! Memang kena buat research pasal losyen yang terbaik. Sebelum tu kena gosok semua daki-daki yang melekat dekat badan ni. Kulit mesti dilembutkan baru halus dan mamat tu tertawan.

4. Penjagaan muka. Lepas ni tak boleh skip! Kena jaga muka hari-hari. Kalau kusam nanti, Ayie lari dekat Liana balik. So Hana, fighting!

Hana berhenti menulis. Dia pandang balik apa yang dia nak tulis. Rasa macam pelik je. Tapi kalau nak tulis pasal persediaan, sampai habis kertas buku ni pun tak habis!

Hana tolak buku ke tepi. Mulutnya tersenget kanan kiri memikirkan sesuatu yang baru muncul dalam benaknya.

'Kenapa agaknya Ayie suruh mama dia pinang aku? Dia kan baru lepas kena reject lamaran dengan kak Liana. Ke, mak cik Midah yang pinang aku tanpa Ayie tahu. Entah-entah Ayie terpaksa.' kepalanya mula menerbitkan soalan demi soalan.

Pelik kan! Tiba-tiba Ayie nak kahwin. Kalau Ayie terpaksa, Hana tak nak. Nanti jadi macam dalam novel! Kahwin tanpa cinta. Lepas tu mula la watak lelaki nak marah-marah dengan isteri dia. Tapi kalau watak dalam novel memang watak lelaki akan jatuh cinta dengan bini dia akhirnya.

Masalahnya sekarang, ni bukan novel! Kalau Ayie ceraikan dia macam mana? Tak ke musnah hidup dia jadi janda? Lepas tu, orang asyik ejek. Lepas tu mula la orang takut dengan dia sebab fikir dia nak rampas lelaki orang. Orang sekarang ni kan suka pandang serong pada orang yang berstatus janda.

Tak adil betul! Sebut janda, semua takut. Sebut duda semua menjerit, duda Hot! Lelaki kalau bercerai memang nilai diri tu naik macam pisang goreng. Kalau janda, semua pandang sinis!

Ops! Belum kahwin dah fikir pasal cerai parah kau ni Hana!

Hana muncungkan mulut sambil berfikir. Nampaknya dia kena tanya Ayie sendiri ni! Kalau terpaksa, dia tak nak. Dia tak nak makan hati! Telefon di atas katil dipandang. Laju saja dia mendapatkan telefon bimbitnya.

Wassap dibuka. Wasap je, jimat duit! Tanpa sedar jari jemarinya menekan nama cinta hati di dalam senarai kenalan. Siapa lagi cinta hati kalau bukan si Ayie?

'Yes! Dia online!" bisik hati Hana. Laju jarinya menaip mesej.

Hana mengeluh lemah sebelum kembali meletakkan telefon bimbit di atas katil. Betul rasanya, Ayie kena paksa. Hana termenung seketika. Sedih tak dilayan. Malu pun ada.
Asyik menghela nafas lemah, tiba-tiba telefonnya berbunyi tanda ada pesanan masuk. Pantas dia mencapai telefonnya kembali dengan mata cerah.

Yes! Dia dah balas!

- Kau nak apa?

Bengek muka Hana. Punya lama, tiga perkataan je mamat tu balas.

+Hana nak tanya sesuatu boleh tak?
- Apa?

Hana tersenyum. Bersedia mengarang soalan.

+Betul ke abang Ayie suruh mak abang pinang Hana? (emotion muka terkejut)

Hana gigit bibir sementara menunggu. Minta-minta la jawapan Ayie, Ya!

- Kau tanya ni apa motif? Kau dah terima pinangan baru kau tanya aku? Memang aku suruh mama aku pinang kau. Kenapa? Ada masalah?

Baca ayat yang dikarang Ayie, buat hati Hana berbunga-bunga. Jadi betul la Ayie pilih dia! Rasa terharu mula menyerap masuk dalam jiwanya. Walaupun ayat Ayie tu nampak sikit gengster tapi Hana tak boleh halang dirinya dari tersenyum. Lantas pesanan dihantar lagi.

+Kenapa abang Ayie nak kahwin dengan Hana? Habis kak Liana tu macam mana? Hana tak nak bermadu.

Ayie di dalam biliknya rasa nak ketawa pun ada, rasa nak marah pun ada. Marah sebab nama Liana disebut. Ketawa sebab belum kahwin, Hana dah bagi amaran pasal madu.

- Aku dah putus dengan dia. Lepas ni jangan nak cakap pasal dia. Aku tak akan madukan kau. Kalau kau nak madu pun, aku tak kan bagi.

Suka pula Hana baca balasan dari Ayie. Tapi kalau dia nak madu untuk masakan, tak kan Ayie tak nak bagi kut?

+ Abang Ayie ikhlas ke nak kahwin dengan Hana? Bukan abang Ayie tak suka Hana. Reject Hana berkali-kali.

- Kau ni spoil betul la. Kau tak payah risau la. Kau tahu kan macam mana mama-mama kita kahwin dulu? Tanpa cinta tapi hidup bahagia juga. Kita buat la macam dia orang. Tak payah nak bercinta. Bercinta bertahun-tahun tapi akhirnya kecewa buat apa?

Hana tayang gigi. Kenapa dia rasa ayat balasan dari Ayie ni macam tengah marahkan Liana? Berkahwin tanpa cinta macam orang dulu-dulu? Relevan lagi ke? Betul ke boleh bahagia?

+ abang Ayie, kalau Hana minta abang berjanji sesuatu dengan Hana boleh?

- apa dia???

Hana memandang lama skrin telefon bimbitnya. Entah kenapa hatinya sedikit bimbang. Ada sesuatu yang merisaukan dia. Perlahan-lahan dia menaip permintaannya pada Ayie.

+ Abang Ayie janji dengan Hana, yang abang Ayie tak kan tinggalkan Hana pada hari pernikahan. Boleh?

- Hahaha... Kau dah gila ke? Kau ingat ni cerita hindustan nak lari masa hari perkahwinan? Tu la kau, kerja asyik tengok TV sampai otak pun dah jadi otak drama!

Bukan itu! Bukan itu dia nak belasan dari Ayie! Dia nak Ayie berjanji je sebab dia pernah bermimpi yang Ayie tinggalkan dia di tempat pernikahan. Bila teringatkan mimpi tu, dia rasa takut.

+ Ala... Abang Ayie janji la.

Dah macam budak-budak pula dia menagih janji.

- Ye la. Aku janji dengan kau. Kau simpan je janji aku tu!

Hana menarik nafas lega. Jawapan Ayie buat dia mampu bernafas tenang.

+Janji! Kalau abang Ayie mungkir janji, Hana akan benci abang seumur hidup. Hana akan anggap abang Ayie tak wujud dalam hidup Hana! Faham?!

- Kau tak payah nak fikir bukan-bukan. Sekali aku buat keputusan, aku tak akan berganjak!

Hana yakin dengan janji Ayie kali ni. Walaupun perkahwinan ni bukan kerana cinta, dia harap pernikahan ni akan buat Ayie lebih dekat dengan dirinya. Tapi dia cintakan Ayie jadi tak boleh la nak cakap perkahwinan ni perkahwinan tanpa cinta. Mungkin patut diibaratkan perkahwinan cinta bertepuk sebelah tangan. Tapi kesah apa? Lepas kahwin, dia akan pastikan dia tak tepuk sebelah tangan.
Buat sekian kalinya Hana tersenyum. Seronok pula teringat dia bakal kahwin dengan lelaki pujaannya. Rasa nak melompat. Sayang abang Ayie!

You May Also Like

0 comments