BAB 4 DALAM KETERPAKSAAN

by - February 12, 2019

BAB 4


Danisya memandang rumah kecil di hadapannya dengan perasaan berbaur.  Entah mengapa,  hatinya terasa sebak.  Tiba-tiba sebuah beg mendarat elok di kakinya.  Langkahnya sedikit terdorong ke belakang.  Dia menunduk melihat beg yang begitu daif dengan zip ada yang rosak dan kesan koyakkan seperti digerit tikus.  Hatinya sayu.  Seketika kemudia dia memandang Dua manusia yang berada di muka pintu.  Wajah-wajah itu sedang tersenyum sinis kepadanya.
“Kau boleh berambus dari sini.  Dasar perempuan tak sedar diuntung!”  jelas suara Mak Cik Kamsiah memaki Danisya sesuka hati tanpa sedikit pun belas kesian.
“Betul tu mak.  Perempuan ni memang tak guna.  Mak besarkan dia,  tapi apa yang mak dapat?  Habuk pun tak da.  Patutnya mak halau perempuan ni dari dulu lagi!  Dia ni menyusahkan kita je mak!”  Amira tersenyum sinis sambil menambah bara dalam hati ibunya.  Hatinya tergelak jahat bila melihat wajah Danisya selepas diusir.  Memang dari dulu,  dia menunggu saat-saat ini.
“Memang betul cakap kamu tu Mira.  Patutnya dari kecil lagi aku usir dia ni biar mati kebulur tengah jalan.  Menyesal aku bela perempuan bodoh ni dalam rumah aku.  Ni mesti mak dia pun perangai sial macam dia ni!”  Berapi-api wajah Mak Cik Kamsiah.  Kalau diikutkan hati,  nak saja dai tarik-tarik rambut Danisya.
Hati Danisya semakin panas.  Sesedap rasa saja Mak Cik Kamsiah mengatakan ibunya sial. Hatinya pedih bila mendengar ibunya yang sudah tiada dihina.  Apa salah ibunya!
“Hei korang berdua!  Aku tak hadap la tinggal dalam rumah korang ni!  Tinggal bawah jambatan lagi bagus la dari duduk bersama perempuan-perempuan bengap dalam rumah ni.” Danisya menarik nafas seketika sebelum memandang Amira yang tercegang.  “Kau tu tahu membesarkan badan sampai jadi tong gas.  Pemalas,  kaki rayau.  Tahunya minta duit dekat mak je! Bilik pun malas nak kemas sampai jadi sarang tikus.  Hei tikus lagi cantik la dari muka kau!”  Lega hati Danisya bila dapat meluahkan perasaan hatinya.
Membutang mata Amira bila mendengar kata-kata Danisya yang cukup lancar tanpa sedikit pun gagap seolah-olah, gadis itu dah lama menyimpan kutukan sedemikian kepadanya.  Selama ini Danisya hanya akan menyindir,  tapi kali ini depan muka dia gadis itu mengutuk.  Diulang!  Mengutuk depan muka dan tepat kena pada batang hidung dia!  Ni memang tak boleh jadi!  Amira mula melangkah ke arah Danisya yang sedang mengangkat beg yang dibaling maknya sebentar tadi.  Berbulu-bulu matanya melihat tingkah Danisya.
Danisya sedar bahaya hampir datang.  Baru saja Amira mula melangkah menghampirinya,  tangannya yang erat memegang beg balik kampung diayun tepat pada kaki perempuan itu.  Amira yang tak bersedia,  jatuh tersembam.  Habis tanah melumuri bajunya.
“Kurang ajar kau ya!  Nanti kejap!  Aku bela kau dari kecil,  kau buat anak aku pula!  Sini kau!”  Mak Cik Kamsiah berleter sampaikan semua tangannya terangkat-angkat.  Nasib kaki tu tak terangkat sekali.
Danisya tersenyum kecil.  Amira yang lebih besar daripadanya pun dia boleh tumpaskan,  inikan pula mak cik kurus keding tu.  Tapi tiba-tiba sahaja Mak Cik Kamsiah masuk ke dalam rumah sehingga Danisya termanggu-manggu.  Apa kena dengan Si tua tu???
Danisya melangkah menghampiri Amira yang cuba untuk bangun.  Tanpa kata tangan dihulur.  “Sakit ke Mira?  Sorryla tak sengaja.  Meh sini aku tolong,”  ujarnya dengan wajah penuh keikhlasan.
Amira tercengang dengan sikap Danisya yang berubah tiba-tiba.  Hatinya sedikit ragu tapi kemudiaanya dia rasa mungkin Danisya sudah mula sedar akan kesilapannya.  Tanpa ragu,  dia cuba untuk bangun sambil ingin mencapai tangan Danisya.  Tapi tiba-tiba saja Danisya melarikan tangannya ke atas.  Bibirnya mula menguntum senyuman nakal.  Amira yang baru saja hendak bangun,  sekali lagi tersembam.
“Aduh!!!”  tulang belakangnya terasa ingin patah.  Danisya apa lagi,  semakin ketawa besar la dia.  Dia belajar buat begitu dari drama Sinetron, Indonesia.  Pandai juga dia meniru aksi tu hingga si Amira betul-betul jatuh tersembam.  Dari dulu Amira suka sangat membulinya sampai kekadang tu tahap memukul.  Kalau dulu dia tunduk terhadap Amira,  sekarang dia tak kan tunduk pada Amira mahupun Mak Cik Kamsiah lagi.
“Kau pukul anak aku lagi!”  Mak Cik Kamsiah berlari menuju ke luar dengan tangannya mengenggam penyapu lidi.  Tergamam Danisya melihat.  Dia pernah rasa dipukul dengan benda alah itu dulu dan dia tak mahu merasa lagi.  Berbirat sekali kena!  Sebelum penyapu lidi itu hinggap pada batang tubuhnya,  Dia cepat-cepat membuka langkah seribu.  Mak Cik Kamsiah dan Amira ditinggalkan begitu saja tanpa memandang ke belakang lagi.


Danisya duduk mencakung di hadapan pusara milik ibunya.  Siapa sangka setelah kehilangan Abangnya enam belas tahun dulu,  dia kehilangan ibunya pula.  Selepas kejadian kehilangan abangnya,  ibunya membawa dia lari ke tempat lain malah ibunya turut menukar namanya.  Dia sendiri tidak tahu dan masih bingung dengan tindakan ibunya sampai ke hari ini.  Lepas dua tahun mereka pindah ke tempat lain,  ibunya meninggalkan dirinya selamanya, selepas terlibat dalam kemalangan langgar lari.  Dia yang waktu itu baru menginjak ke usia sembilan tahun,  masih takut untuk mengerti realiti hidupnya.  Walaupun dia mengerti bahawa ibunya sudah dijemput Ilahi,  namun dia tetap menjerit nama ibunya sehinggalah tubuh itu dimamah tanah.  Waktu itu dia rasa tak mampu untuk menanggung semuanya sehinggalah pihak kebajikan membawa dirinya.  Tapi hanya satu yang dia tidak faham,  mengapa ibunya tak pernah melaporkan kepada polis atau berusaha mencari abangnya yang hilang!  Mungkin kerana kehidupan mereka yang terlalu miskin ketika itu.
“Ibu,  Sya doakan ibu tenang di sana.  Ibu jangan risau,  Sya okey disini.  Sya lebih okey bila keluar dari kepompong hidup Sya yang derita,”  ujar Danisya seolah-olah sedang berbicara dengan ibunya.  Walaupun ibunya sudah lama tiada namun,  ibunya masih hidup di segenap isi hatinya.  Air mata yang sememangnya bergenang,  menitis laju.  Danisya cepat-cepat mengelap air matanya mula tumpah.  Dia tak tahu ke mana arah tujuannya selepas ini.  Nasib kampung yang diduduki Mak Cik Kamsiah dekat dengan pusara ibunya.  Boleh juga dia melawat kubur ibu yang disayanginya.
“Ibu,  lepas ni Sya ingat Sya akan pergi jauh.  Tapi Sya janji bahawa Sya akan datang melawat ibu lagi.  Ibu,  Sya yakin suatu hari,  Sya akan jumpa dengan abang Nish juga.  Suatu hari,  Sya akan bawa abang Nish melawat ibu.”  Air mata Danisya turun tanpa dapat ditahan lagi.  Habis wajahnya basah dengan air mata.  Harapan yang diluahkan,  dia sendiri tidak pasti akan terjadi atau pun tidak!  Kini hanya ada harapan di dalam hatinya.  Hanya harapan!
Danisya bangun dari bertinggung.  Buat kali terakhir dia menatap kubur arwah ibunya.  Air mata diseka dan dia tersenyum kecil. “Sya sayangkan ibu!  Sya akan selalu ingatkan ibu.  Ibu adalah anugerah yang terindah dalam hidup Sya.”  Seusai berkata,  Danisya pantas menyusun langkah pergi.
“Ibu,  Sya pergi dulu,”  sempat lagi hatinya berkata sebelum betul-betul meninggalkan pusara arwah ibunya.


Danisya bernyanyi kecil sambil berjalan dengan senyuman tak lekang di bibir.  Akhirnya masalahnya akan selesai juga.  Tadi dia meminjam telefon Mak Cik Limah supaya untuk menghubungi kawannya di bandar.  Dia cerita semua kejadian,  macam mana dia dihalau.  Syukurlah,  kawan sekampungnya begitu baik dan mengalu-alukan dirinya tinggal bersama mereka.  Kata kawannya,  mereka memang ada bilik yang kosong sekarang ni.  Nampaknya,  untuk pertama kali,  Danisya akan ke Bandar Raya utama di Malaysia dan bekerja di sana.  Terasa takdir menyebelahinya bila rakannya mengatakan tempat kerjanya memerlukan pekerja baru.  Dengar saja berita tu,  cepat-cepat Danisya menyuruh Nurul cop tempatnya dulu.  Kata Nurul,  semua ditanggung beres!
“Nasib aku dapat duit  hasil kerja di warung Mak Limah kalau tak macam mana aku nak pergi Bandar.  Nak pakai bulu hidung?  Lega rasannya bila satu masalah dah selesai.  Sekarang benda yang paling utama adalah pergi beli tiket dulu.  Karang habis,  memang tak sampai la aku ke tempat Nurul jawabnya.  Arghh!! Tak kisah la!  janji aku dah tak payah pening fikirkan Si Kamsiah dan Amira yang so lazy.  Beruk dekat hutan lagi rajin tahu.  Sekurang-kurangnya,  beruk ada juga usaha cari makanan sendiri.  Amira?  Jangan kata nak cari makan,  nak hidangkan makanan pun malas.”  Danisya mengomel seorang diri.  Macam tu la dia, mulut tak reti diam.  Ada saja benda yang nak diluahkan.
“Woi perempuan ke tepi!”
Danisya yang sedang enak mengomel seorang diri tersentak bila mendengar jeritan garau seorang lelaki.  Kepalanya pusing ke kiri dan ke kanan, mencari gerangan yang bersuara tadi.  Dari kejauhan kelihatan seorang pak cik menunjukkan isyarat supaya dia ketepi.  Dahi Danisya berkerut hairan.  Tanpa kata dia menunjukkan dirinya dengan jari telunjuknya sebagai pertanyaan ‘adakah pak cik itu menujukan semua itu kepada dirinya”.   Pak cik itu kemudiannya mengangguk sebelum sekali lagi memberi isyarat supaya Danisya ke tepi.  Danisya yang tidak faham,  hanya menggeleng.
“Apasal tiba-tiba nak suruh aku ke tepi!  Agaknya pak cik tu gila kut.  Kesian, pakaian segak dengan baju melayu dan berkain pelekat kotak-kotak,  tapi malangnya gila,”  ucap hati Danisya.  Dia simpati melihat pak cik tadi masih terawang-awang tangannya.  Kesian!  Muka tak nampak macam gila tapi sebenarnya mental.  Ni la orang gila zaman sekarang.  Dah sukar untuk dibezakan.
Pak cik tadi menepuk dahinya.  Dia masih memandang gadis yang berjalan di atas jalan sambil melihat dirinya.  Dia ingin mengatakan sesuatu pada gadis itu.  “Ke tepi!  Kereta ada belakang!”  jerit pak cik itu kuat.  Dah la dia ada sakit lelah.  Tiba-tiba pam yang berwarna biru dibawa keluar dari poketnya dan disedut.  Matanya masih melihat Danisya.
Danisya terkesima.  “Kereta.”  Pantas dia memusing ke belakang.  Terpana dia melihat kereta hitam mewah sedang meluncur laju menghampirinya.  Cepat-cepat dia berlari ke tepi sehinggakan kakinya terjunam dalam lumpur yang masih belum kering.  Ingatkan sudah terlepas dari kereta yang dipandu laju itu tapi air acaq di hadapan Danisya terpercik dan kena tepat pada bajunya.  Danisya terpana.
Danisya mendepakan tangannya melihat bajunya yang sudah kotor.  Hatinya mula berdesing marah.  Tanpa tunggu sesaat lagi,  dia mengambil kasut lusuhnya dan membaling ke arah kereta yang bertanggungjawab menjadikan keadaannya seperti ini.
“Tak guna punya pemandu.  Masuk kampung,  buat macam jalan sendiri.  Ingat sini tempat lumba kereta ke.  Kalau dah gian sangat berlumba,  pergi la berlumba di track sana.  Tak adalah menyusahkan orang.  Kalau ramai orang macam kau,  memang penduduk Malaysia ni semakin berkurang tahu!  Disebabkan orang macam kau la,  kemalangan dekat sana, sini.  Kalau tak sayang nyawa tu,  jangan la heret orang lain sama.  Menyampah betul la!”  Danisya mengeluarkan semua amarahnya tanpa henti.  Tangannya terangkat-angkat kerana terlalu marah.  Lantak la kalau orang nak gelar dia minah tiga suku ke apa!  Janji dia dapat meluahkan semua amarahnya.  Baru puas!
Mata Danisya memincing bila melihat kereta tadi berhenti dengan tiba-tiba. Dia mula tersenyum sinis sambil menghambur nafasnya.  Nampaknya,  ada peluang la dia melunaskan rasa marahnya.  Dia nak sembur pemilik kereta itu habis-habisan sampai berdarah telinga pemilik kereta itu.  Di sebabkan kereta itu la dia sekarang terpaksa berselubung dengan lumpur yang berbau longkang.
Dari kejauhan,  Danisya memandang pintu kereta mewah yang baru dibuka.  Matanya dihala tepat pada pintu tempat duduk pemandu.  Dia mahu melihat gerangan yang tiada adab.  Tubuh seorang lelaki berkemeja keluar daripada kereta hitam mewah.  Lelaki itu kemudian menuju ke bonet depan keretanya dan mengambil kasut biru yang kelihatan begitu lusuh dan buruk.  Kemudiannya,  dia memandang Danisya yang sedang menunggu di tepi jalan tanpa mengalihkan pandangan sedikit pun.  Mata Danisya masih setia bersamanya.  Tiba-tiba,  lelaki tadi berjalan ke arah Danisya.
Danisya terpana melihat wajah yang semakin hampir.  Sedikit pun,  matanya tak berkelip.  Dia bagaikan tergamam dan terpana melihat lelaki yang hanya tinggal beberapa langkah sebelum menghampiri dirinya.  Dia sendiri tak tahu mengapa,  tetapi hatinya tiba-tiba berdegup laju.
What are you doing?”  Lelaki itu bersuara sambil menegetap bibir.  Geram hatinya bila tiba-tiba ada satu kasut muncul dari bumbung keretanya dan jatuh betul-betul di hadapan cermin keretanya.  Dia memandang gadis yang masih melihat dirinya penuh dengan rasa meluat.  Dia mahu cepat,  tapi ada saja halangan.
Danisya terkejut.  Dia mula tersedar dan ketika itu baru matanya berkelip kembali.  Lelaki di hadapannya memang kacak dan nampak begitu berkarisma.  Tapi,  sekacak mana pun lelaki itu,  dia tetap orang yang beradap.  Disebabkan lelaki itu,  Danisya dah macam kerbau yang baru balik dari bendang!  Danisya menjeling kepada lelaki itu.  Dia tahu maksud kepada bahasa yang digunakan oleh lelaki itu.  Dia bukannya bodoh!  Dia dulu bersekolah hingga tingkatan Lima tahu! Siap ambil SPM lagi. Tapi Mak Cik Kamsiah tu dengki bila menghalang dia meneruskan perlajaran walaupun keputusan SPM dia cemerlang.
Danisya tiba-tiba merampas kasut yang dipegang lelaki itu sambil mencebik.  “Lain kali bawa kereta tu elok-elok.  Ingat sini jalan besar ke!  Sini kampung bukannya lebuh raya.  Main sedap kaki je nak bawak kereta laju-laju. Lain kali,  pesan pada kaki tu,  jangan nak tekan minyak banyak sangat!”  Danisya menjeling tidak puas hati.  Kalau la tadi pak cik tu tak beritahu ada kereta dibelakangnya,  agaknya memang tamat riwayatnya.  “Kalau dah tak sayang nyawa tu jangan heret orang lain sekali.  Ni jalan awam bukannya jalan hak persendirian!”  Danisya mendengus.
Lelaki tadi terdiam.  Dia tergamam mendengar ledakan peluru dari mulut Danisya.  Hatinya tiba-tiba terasa sakit.  Dia melihat gadis dengan mata penuh kegarangan.  Dia dah la ada masalah,  sekarang timbul lagi masalah.  Apa malangnya hidup!
“Cik,  cakap tu baik-baik sikit!  Siapa suruh Cik berjalan tengah-tengah jalan.  Cik kata jalan ni milik awam,  tapi cik sendiri buat jalan ni macam cik yang punya!  Sebelum nak marahkan orang,  cermin diri tu sikit.”  Kali ini giliran lelaki itu pula yang menghambur kemarahannya.  Danisya terdiam.  Diamnya Danisya,  membuka peluang pada dirinya untuk meneruskan kata-kata.  “Cik baling kasut sesuka hati.  Kalau kemek kereta saya,  siapa nak bayar!  Kereta saya tu bukannya murah.  Cik ingat,  cik mampu bayar harga kereta tu. Kalau cik gadaikan diri cik pun belum tentu boleh bayar tahu!”  Lelaki itu tersenyum sinis melihat Danisya yang terkulat-kulat memandang dirinya.  Tiba-tiba dia merasa dirinya tenang selepas menghamburkan segala kemarahannya.
Mulut Danisya ternganga tidak percaya. Tak sangka pula boleh jumpa dengan lelaki berlagak ni waktu tengah hari macam ni.  Bikin panas!  Apa?  Dia berjalan tengah jalan?  Masa bila pula dia berjalan tengah jalan,  Dia tadi betul-betul ada di tepi jalan. Buta agaknya lelaki ni!  muka hansem tapi otak tak da.  Dah la pandang orang macam jijik je.  Tahula,  dia tu kaya,  bawa kereta mewah tapi semua tu tak memberi hak untuk menghina orang lain.  Siap bandingkan harga diri dia dengan kereta mewah lelaki itu.  Melampau!
“Masa bila aku jalan tengah-tengah jalan.  Kau ni buta agaknya.  Lain kali,  nak memandu tu tak payah pakai spek hitam.”  Danisya menunjuk tepat pada spek hitam yang tersangkut pada hidung mancung lelaki itu sebelum meneruskan kata.  “Kau ni cakap tak pakai otak.  Tak kan la kasut lembek macam ni,  boleh buat kereta kau yang kononya mahal tu kemek.  Lain kali cakap tu pakai otak bukan pakai buku lali!”  Nah ambik kau.  Kau ingat aku orang kampung,  kau boleh makan?  Sorry la!  Aku tak kan tunduk dengan orang mulut jahat macam kau!  Kau dengan Mak Cik Kamsiah sama je.
Lelaki tadi memejam mata disebelik spek hitamya.  Tiba-tiba,  spek itu dibuka dan disangkut pada baju kemejanya.  Matanya memincing geram pada Danisya yang cukup selamba dengan gaya berpeluk tubuh.  Gadis itu juga mencebik.
“Kau!!!”  jari telunjuk lelaki itu,  tepat pada batang tubuh Danisya.  Dia memang geram tahap gaban sekarang ni.  Nak je dia bungkus perempuan mulut pedas dalam selimut baby!
Danisya mengelip-kelip matanya sebelum mengembungkan pipinya.  Dia menunggu mulut jahat lelaki itu berkata-kata.  Lelaki tadi terkedu dengan tindakan Danisya.  Tiba-tiba hatinya yang membara bagaikan berterbangan di udara.  Tanpa kata dia memandang Danisya tanpa berkelip.  Danisya diterpa kehaiaranan.  Baru saja dia ingin membuka mulut,  telefon bimbit milik lelaki itu berbuyi.  Lelaki itu cepat-cepat meraba poket seluarnya sebelum menekup telefon di telinganya yang sederhana besar.
Yes uncle!  Zar dah nak sampai ni!” Lelaki itu kelihatan seperti malas bersuara.  Dia diam seketika mendengar suara dari corong telefon.
Okey!  Uncle jangan risau.  Zar tahu apa nak buat.  Zar tak akan lepas tangan la!”  ucap lelaki itu setelah mendiamkan diri.  Nada suaranya juga nampak macam marah.  Tiba-tiba dia terpandangkan Danisya yang termanggu-manggu.  Mata mereka bertentangan seketika sebelum dia bertindak pegi dari situ.  Dia menuju ke keretanya dengan langkah yang tergesa-gesa.
Danisya hanya melihat.  Peluh yang memercik membuatkan badannya mula tidak selesa.  Tak sedar pula dia sekarang ni sedang berdiri di bawah panas terik matahari.
“Mulut longkang!”  sempat lagi Danisya mengutuk walaupn lelaki tadi semakin menjauh.  Tanpa disedari,  telinga lelaki itu menangkap butir bicara Danisya.  Dia mengetap bibir geram.  Lelaki itu kemudiannya menghilang dari perut kereta sebelum membawa membelah jalan kecil kampung itu.
Danisya menggeleng kepalanya.  Lelaki itu memang tak makan dek saman.  Orang kata jangan bawa laju,  nak juga bawa pecut keretanya.  Macam tu ke sikap seorang lelaki yang berkarisma? Sombong nak mampus!  Danisya cuma berharap tak ada la mangsa lain daripada dirinya.

You May Also Like

0 comments