BAB 2 EPILOG KITA

by - February 12, 2019

BAB 2


“Mama!!!”
Terlepas cawan dari tangan Puan Maizurah dek jeritan yang begitu bertenaga dari tingkat atas.
“Mama terkejut ke?”
Puan Maizurah mula cekak pinggang sebelum menggeleng geram. Nasib tak jatuh atas lantai. Kalau berderai cawan kaca tu, satu kerja pula nak bersihkan.
“Hani! Berapa kali mama nak cakap jangan kejutkan mama macam tu!”
Hani dari tingkat atas mencebik dengan gaya mengejek. Dah lali dengan suara marah mama tu. Kakinya dilarikan ke arah tangga sebelum menghampiri mamanya di meja makan.
“Ala mama ni macam tak biasa pula.” bicara Hani dengan nada bersahaja. Sampai saja di sisi Puan Maizurah, dua jari telunjuknya mencuit pinggang berlemak itu.
“Oh mak tuan!”
Mengekek suara ketawa Hani bila Puan Maizurah melompat sekali gus melatah.
“Hani! Ya Allah budak ni. Buat lagi sekali, mama geletek kamu sampai terkencing!”
Geram betul hati Puan Maizurah dengan kenakalan Hani. Ikut siapa agaknya. Sehari tak cuit pinggangnya, tak sah!
“Mama oi, mak tuan mana pula yang mama teringat tu. Pertama kali Hani dengar orang melatah mak tuan. Pagi-pagi dah buat kelakar.” Hani sambung ketawa.
“Hesy kamu ni! Cukuplah ketawa tu. Meh duduk. Minum dulu. Nanti masuk kerja lambat, tuan kamu pula membebel dekat kamu.”
Hani menurut. Kerusi ditarik dan punggungnya dilabuhkan ke atas kerusi.
“Along mana ma? Tak nampak pun?”
“Along kamu tu ada dekat bilik tu. MC katanya. Demam.”
“Demam? Eleh! Saja nak ponteng la tu.” ejek Hani. Bihun goreng di depannya ditarik mendekatinya.
“Kamu ni pula macam mana? Dah okey? Risau betul tengok kamu meracau semalam. Nasib mama dengar kamu menjerit.” soal Puan Maizurah saat meletakkan punggung berhadapan dengan anak gadisnya.
“Okey je ma cuma... entah la sejak dua menjak ni mimpi selalu datang.”
“Mimpi yang sama lagi?”
Hani menggangguk. Seleranya tiba-tiba hilang.
“Mama, perempuan tu... semalam Hani mimpi dia lagi. Hani pelik la mama. Hani memang rasa Hani nampak arwah Zara masa perempuan tu kena langgar. Tapi...
“Sudah tu Hani! Zara dah tak ada. Zara yang Hani nampak tu cuma bayangan je. Cukup cerita pasal tu. Makan.”  arah Puan Maizurah sedikit tegas tiba-tiba.
Sungguh dia tak suka bila Hani membuka cerita itu. Setiap perkataan yang terluah dari mulut gadis bertudung biru itu seakan menyatakan bahawa dia masih tak dapat menerima kepergian arwah Zara.
Tertunduk Hani mendengar arahan mandatori milik mamanya. Kalau Puan Maizurah dah tinggikan suara, maknanya mamanya memang tak nak dengar apa-apa lagi. Hani mengeluh lembut. Kejadian enam tahun lepas seakan mencari peluang untuk kembali menyusup dalam ingatannya.
Tapi kenapa? Apa yang perempuan tu ingin katakan? Perempuan yang muncul dalam mimpinya seakan ingin memberitahunya sesuatu. Tapi apa? Benarkah gadis itu ingin memberitahunya sesuatu ataupun semua hanya permainan alam mimpi?
“Termenung apa lagi? Makan.” tegur Puan Maizurah.
Tercebik bibir Hani tanda protes. Lambat-lambat cawa berisi kopi disua ke bibirnya. Cakap pasal Zara je, mama tak nak dengar.  
‘Akak rindukan kau, dik.’ tukas hatinya sarat dengan rasa rindu dan kasih.



“Tak nampak ke hah? Buta? Orang tua ni memang menyusahkan betul la! Kalau dah mata tu letak dekat lutut, tak payah nak kerja. Pergi mereput dekat rumah kau la orang tua!”
Jeritan penuh dengan nada biadap, buat Hani yang baru saja tiba di lobi syarikat berhenti melangkah. Tak jauh darinya, dia melihat seorang perempuan tua tertunduk malu sambil dimarahi seorang lelaki berkot kelabu. Serta-merta dia mengetap bibir.
“Macam ni orang pun masih ada ke? Bukan mak cik tu yang patut mereput tapi manusia tak ada sivik macam kau tu yang patut berambus dari dunia ni. Huh! Macam bagus sangat!” gumam Hani perlahan.
Matanya diliarkan ke kawasan sekeliling. Rasa nak cekik-cekik je orang-orang yang melihat drama di depan mereka. Bukannya nak tegur lelaki kurang ajar tu. Kesian pula dia melihat wajah terpinga-pinga mak cik tua yang berdiri bersebelahan dengan baldi bewarna biru.
“Lain kali, jangan jadi bodoh sangat! Lain kali guna otak sikit! Tak nampak ke orang nak jalan hah!” kaki lelaki itu menendang kuat baldi biru itu bersama satu herdikan kasar.
Hani ketap bibir. Simpati hatinya melihat mak cik tua itu terkebil-kebil dengan muka yang mula keruh. Orang macam tu tak boleh dibiarkan! Siapa dia nak jerkah mak cik tu di khalayak ramai? Mana adab berhadapan dengan orang tua?
Kaki diatur laju ke arah dua manusia yang saling berhadapan itu.
“Assalamualaikum...” Hani berpeluk tubuh di belakang lelaki itu. Bila lelaki itu berkalih, dia membawa kaki menghampiri lelaki itu.
“Kau siapa pula?” soal lelaki itu dengan muka getik.
Meluat punya pasal, bibir Hani terjongket naik.
“Saya pekerja syarikat ni. Encik siapa?” jawab Hani penuh bersahaja.
Jantan macam ni memang patut diajar.
“Kau tanya aku siapa? Hei! Kau tahu aku ni...
“Saya tak peduli siapa encik!” potong Hani pantas bersama senyuman sinis.
Terbutang biji lelaki itu dibuatnya. Reaksi Hani seakan mahu mencabarnya dalam diam.
“Saya tak nak tahu siapa encik sebab saya rasa encik bukan pekerja syarikat ni kan? Jauh sekali syarikat ni encik yang punya. Jadi lain kali datang tempat orang, mulut tu tolong jaga sikit!”
What? Apa kau cakap?” semakin membutang biji mata lelaki itu tapi Hani kesah apa.
“Tak dengar? Nak saya ulang lagi sekali ke?” perli Hani hingga membuatkan lelaki itu melotot marah.
“Cik Hani, jangan macam ni. Mak cik tak apa-apa.” ada suara perlahan di belakang telingan Hani.
Hani berpaling. Sekilas dia menggeleng pada mak cik Rahmah. Tanda tak mahu mengalah!
“Oh... Patut la marah sangat. Orang tua ni mak kau ke? Padanlah, mak buta, anak kurang ajar.” ejek lelaki bertahi lalat di dahi itu. Suka sangat mukanya dapat mengejek Hani.
“Memang dia ni mak saya, so what? Kuang ajar? Please la cermin diri sendiri. Cermin mulut tu betul-betul. Siapa yang kurang ajar?” Hani ketawa sinis.
“Buta? Hesy! Kesian betul la dengan encik ni. Sendiri buta tapi tuduh orang lain. Tak sedar diri.” tambah Hani dengan muka seperti mencabar lelaki di depannya.
Kau ingat, kau pakai kot macam orang besar-besar aku takut? Dah la pendek! Gempal! Tak sedar diri!
“Hei perempuan, kau jaga sikit perangai kau tu. Kalau tak kau yang susah nanti!”
“Encik tengah ugut saya ke ni? Macam mana saya nak jaga perangai kalau encik sendiri perangai macam orang utan! Tengking-tengking orang macam diri tu bagus sangat? Mana adab encik dengan orang tua? Encik tendang bekas tu sampai air melimpah keluar, encik fikir kuli mana nak bersihkan nanti? Jadi jangan sebut pasal perangai kalau encik sendiri tak reti jaga perangai encik!” lantang suara Hani mengejutkan semua pekerja di situ.
Tapi Hani buat tak hairan dengan semua tu. Mereka semua pengecut yang tak reti tegur orang tak beradap di depan biji mata. Hanya jadi penonton setia! Huh! Nasib baik aku tak beraku dan kau je dengan si pendek ni! Muka dah buat orang menyampah tahap gorilla!
“Kau memang berani perempuan. Kau malukan aku sekarang. Fine! Tapi ingat kau tak kan terlepas!” jelas kemarakkan rasa marah di dalam anak mata lelaki itu.
Hani mencebik kecil.
“Kenapa? Nak saman? Nak report polis? Buat la. Ingat saya takut. Sudah la tu. Daripada encik tayang muka dekat syarikat ni, baik encik pergi. Fikir balik perangai encik yang encik rasa elok sangat tu. Tapi lagi bagus encik dapatkan pakar kaunseling untuk ubah perangai encik tu!”
Menggeletar tubuh lelaki gempal itu menahan rasa geram. Dia mendengus kuat sebelum memandang tubuh-tubuh yang berbisik sesama sendiri sambil memandang dirinya. Malu! Itu yang berkumpul dalam dirinya.
Matanya naik merenung penuh dendam pada si gadis yang cukup lancang berkata-kata. Tiba-tiba saja dia tersenyum sinis.
“Kau halau aku sekarang, tapi ingat nanti giliran kau pula akan dihalau. Kau perlu bertanggungjawab atas apa terjadi pada hari ni. Ingat, miss... Kau-tak-akan-terlepas!” ujar si lelaki dengan muka berkerut menahan marah. Nadanya ditekan dalam seolah-olah dendam beraja di dalam jiwanya.
Sesaat kemudian, dia berpaling dan berlalu.
“Eleh ugut orang konon! Ingat saya takut ke? Kalau jadi apa-apa dekat saya, saya boleh report polis la. Encik ugut saya depan orang ramai. Saya banyak saksi! Negara ni ada undang-undang la!” jerit Hani dengan lidah terjelir-jelir pada lelaki lewat 30-an itu.
“Cik Hani...”
Hani berpaling. Sejenak dia tersenyum.
“Kenapa cik Hani buat macam ni? Mak cik tak apa-apa la.” Mak cik Rahmah mngeluh berat.
“Hesy! Mak cik ni ada pula macam tu. Tak da! Orang macam tu memang patut di ajar.”
“Tapi cik Hani... Kalau dia mengadu pada pihak atasan macam mana? Cik Hani juga yang susah nanti.”
“Kesah apa saya mak cik? Kalau orang atasan panggil saya, dengan dia orang sekali saya disiplinkan. Lagipun lelaki tu memang teruk! Dah pendek, lepas tu herdik orang sesuka hati. Saya tak boleh duduk diam je mak cik. Lagipun mak cik ni dah macam mak saya. Tak kan saya nak tengok je mak cik kena marah!”
Serba-salah mak cik Rahmah dibuatnya. Matanya tertunak pada wajah lembut di depannya.
“Tapi mak cik lain kali hati-hati sikit ye. Baldi ni kalau boleh lepas guna letak ke tepi.” tegur Hani lembut.
Mak cik Rahmah mengangguk akur. Memang salahnya letak baldi di tengah jalan. Dia lupa untuk alihkan benda tu. Tak sangka pula sebab sikap pelupanya, jadi sampai macam ni.
“Wei, Hani kau memang deabak la!”
Hani berpaling ke belakang. Berkerut dahinya bila pekerja lain tiba-tiba menerkam dirinya.
“Macam mana kau boleh selamba bahasakan mamat berlagak tu? Wah, kau memang berani la Hani.” suara kagum itu buat Hani rasa kembang setaman.
“Memang patut kau ajar lelaki gempal tu. Aku memang menyampah tahu dengan dia. Kalau dia bukan client penting syarikat, memang aku pun gayang je mulut dia tu!” satu suara lagi menambah.
Client penting syarikat? Hani tersentak sesaat.
“Tapi kau tak takut ke buat dia macam tu. Buatnya dia mengadu, kena buang kau nanti.” ada suara garau seakan cuba menakutkannya.
Sekelip mata rasa kagumnya bertukar rasa resah. Tapi bila ingatkan sikap yang amat biadab tu semua resahnya hilang. Kesah apa dia? Asalkan dia dah ajar lelaki tak tahu sivik tu.
“Tapi kau memang berani gila la Hani. Terbaik!”
Hani tersenyum. “You know me...” Hani dah mula bangga diri.
Cis! Boleh tahan perangai kau ya Hani!

You May Also Like

0 comments