Bab 2 Khayla

by - February 04, 2020





BAB 2
~Bunga yang terlerai dari tangkainya, mustahil akan terus mekar~

MEREKA semakin hanyut dalam irama instrumental Apocalyptica Fareway. Terlalu mendayu hingga mengingatkan mereka pada perjalanan hidup. Kesalahan dan kesilapan. Kebahagiaan dan juga kelukaan.
Semakin lama, irama itu semakin rancak tapi ritma mendayu itu tetap ada. Jantung masing-masing berlari laju. Membayangkan bagaimana lajunya tangan pemuzik menggesek biola, tangan mereka ikut bergerak laju.
Namun, semua terhenti saat nyaringan cerek memberitahu air sudah mendidih.
“Khayla!”
Tenggelam sudah irama tadi.
Khayla berhenti ratakan krim pada permukaan Red Velvet. Dia hanya angkat tangan, tanda bukan salah dia. Api air yang dijerang ditutup. Instrumental tadi sudah berhenti, bersambung pula dengan instrumental lain yang agak rock.
Oh, it’s you. I know.” Terjengul muka putih seorang lelaki asing di tingkap kecil yang menjadi akses ruangan dapur dan ruangan hadapan.
Hanya ruang itu terbuka untuk orang di bahagian depan restoran melihat bahagian dapur. Dia tahu milik siapa cerek itu. Hanya seorang saja yang lebih gemarkan gunakan cerek untuk mendidihkan air.
“Awal sampai hari ni, Nuh,” tegur Kak Mila. Kalau tadi tangannya bergerak laju menghiris bawang, sekarang mula perlahan. Semuanya salah Khayla yang jerang air guna cerek. Hilang mood.
Bosan di rumah,” balas Nuh. Mata melirik pada Khayla yang sudah bermain dengan serbuk hitam.
“Allah beri you hidup bukan untuk you mengeluh bosan,” bidas Khayla tanpa memandang. Masih fokus pada serbuk kopi.
Oh my. You’re hurting me.” Acah-acah lelaki rambut perang cengkam dada. 
" Well, coffee please…" sambungnya lagi saat gurauannya mendapat jelingan daripada si gadis. Kemudian, dia hilang dari lubang segi empat tadi.
Cerek elektrik ada Kak Khayla.” Sonia yang tadi memilih untuk diam kerana dia perlu sediakan bahan masakan sebelum restoran merangkap kafe ini dibuka, mula cekak pinggang.
“Ya. Akak tahu.” Acuh tak acuh Khayla menjawab. Dia sibuk membancuh coffee untuk Nuh. Dan dia juga bakal sibuk untuk potong Vanilla Red Velvet untuk dipamerkan di dalam rak kaca berdekatan kaunter.
Kak Mila memilih untuk tidak masuk campur. Bawang masih bersisa tiga biji lagi untuk dikupas dan dirincik halus.
“Potong mood betullah. I baru nak tumis sup.”
“Itu pun akak tahu.”
“Kak Khayla!”
Khayla biarkan saja protes Sonia. Kopi dan satu hirisan kek yang dipotong dengan ukuran biasa, dihidang atas dulang.
“Kak Mila, adik sepupu you ni gila tahu,” adu Sonia.
“Ya, akak tahu.” Ayat Khayla tadi diulang Kak Mila.
Buntang biji mata Sonia. Keluhan terhambur. Perlahan-lahan melangkah kembali ke tempatnya.
Dear…” Khayla letak dulang.
Dia melangkah ke arah Sonia yang keruh. Bahu gadis tu disentuh. “Ya, akak gila.”
“You mengaku gila?” Sonia senyum sikit.
Dia bukan protes kerana marah tetapi mahu menarik perhatian. Dia mahu bermanja. Nak bermanja dengan emak, Sonia tahu itu tidak mungkin. Dia yang perlu memanjakan supaya emak yang baru dipotong kaki akibat kencing manis itu tidak rasa terpinggir.
Emak satu-satunya keluarga yang Sonia ada. Segala kasih sayang dan perhatian ditumpahkan pada ibu tua itu. Namun, kadang-kala hatinya sunyi. Dia hanya manusia biasa yang mahu juga merasai kasih sayang dan diberi perhatian. Hanya Khayla dan Kak Mila saja tempat dia bermanja. Yang lain? Tidak sudi.
Keputusan dia berhijrah menjadi seorang muslimah membuatkan sanak saudara memulaukannya. Kasih sayang untuknya seakan diragut pergi. Kadang-kala hati pedih tapi dia tahu, Allah sedang memerhatikannya. Allah akan datangkan pelangi selepas hujan. Allah sayangkan dia.
“You hanyut dalam muzik. Kehanyutan you hilang disebabkan bunyi tadi.”
“Jadi?”
“Semua benda yang ada tak akan kekal.”
Ada saja metafora yang Khayla ucapkan sehingga hati Sonia insaf. Dan Sonia sangat suka mendengar bila Khayla contohkan sesuatu di sekeliling mereka untuk sedarkan diri dari alpa.
Can I hug you?” Mata Sonia terkerdip-kerdip.
Sure.”
Khayla dan Sonia berpelukan. Kak Mila mengerling. Terharu dia melihat betapa akrabnya perhubungan dua manusia. Ini la yang dia mahukan. Tidak menindas antara satu sama lain dan tidak berdengki sebaliknya menjadi sumber kekuatan antara satu sama lain. Andai saja manusia lain pun mengikut contoh manusia di hadapannya, dunia pasti akan menjadi tempat paling aman. Tapi semua itu mustahil kerana yang berhasad dengki selalu saja wujud untuk menguji. Dunia ini ada hitam dan putihnya.
“Akak tak dapat tolong banyak bulan ni. Harap-harap cukup untuk beli ubat amma.”
Pelukan terlerai. Merembes air mata Sonia. Dia mengerti bahawa Khayla baru saja memasukkan sejumlah duit untuk menampung kos ubatan emaknya yang sekarang kerap sakit
Thanks…” Sebak sampai tak tahu nak ucap apa.
Dulang tadi diambil Khayla. Dia berlakon tidak mendengar ucapan Sonia. Bukan berlagak tetapi dia tidak mahu Sonia mulakan hikayat ‘betapa banyak dia menyusahkan orang.’
Langkah dimajukan keluar dari dapur restoran. Waktu ini, restoran belum beroperasi. Beberapa pekerja lain pun belum muncul. Nuh dapat masuk awal kerana dia kenal dengan mereka semua.
“Khayla, akak nak cakap sikit nanti.”
Kaki terpasung. “Tentang apa?”
Dari renungan sendu Kak Mila, Khayla boleh agak apa yang mahu dibicarakan. Jantungnya berdegup kencang.
“Khayla nak hantar ni pada Nuh. Nanti kita cakap.”
Dia cepat-cepat berlalu. Sekarang bukan masa untuk mendengar apa yang Kak Mila mahu katakan. Khayla tenggelam dalam debaran yang tiba-tiba memuncak. Rasa takut menjengah tanpa rela.
Hilang kelibat adik sepupunya, Kak Mila menekur hirisan bawang. Tergiang suara Khayla tadi.
Semua benda tak akan kekal.
Keluhan terhambur. Kak Mila lepaskan pisau dari Itali yang dihadiahkan oleh Nuh dahulu.
Dan ketidakkekalan itu yang melukakan sekeping hati milik Khayla. Oh waktu, bilakah kau akan menguntumkan sekuntum bunga yang layu?

 ..............................................................................

“TAK elok loh makan manis pagi-pagi.”
Dulang mendarat atas meja, menganggu Nuh yang asyik dengan telefon bimbit.
“I dah jemu makan roti bakar.”
“Jemu bukan alasan untuk bahayakan kesihatan. Lama-lama, you boleh kena kencing manis.”
Hilang fokus Nuh terhadap graf jualan saham. Dipanggung wajah. Mata lurus pada Khayla. Gadis itu mula leka menyusun muk kopi dan piring kek di hadapannya.
“You nak?”
“Nak apa?” Sekilas saja Khayla pandang lelaki berwajah kacukan tetapi fasih berbahasa Melayu.
“Ke Turki.”
Tertawa kecil gadis itu.
“Nak belanja I holiday? You tak ada teman nak travel ke apa?” Bingkas Khayla bangun sebaik berseloroh.
“Tunggu! I tak bergurau. Mila tak beritahu you?”
Terhalang niat Khayla. Dia menggeleng.
“I nak lamar you jadi pembuat dessert untuk atuk I. I dah beritahu Mila dan dia cakap, you tak akan setuju. Tapi I tetap nak tanya you juga. Mana tahu keputusan you berbeza dengan dia.”
Khayla duduk semula. Sepasang mata biru itu menjadi jajahan matanya. Lelaki itu tidak nampak seperti bergurau. Tapi kenapa dia? Jauh di sana? Dia kenal Nuh pun tak sampai dua bulan. Dia kenal Nuh pun sebab lelaki itu muncul di restoran pagi-pagi buta sambil berpeluk tubuh depan pintu.
Masa tu, Kak Mila ajak juga Nuh masuk sebab lelaki tu kata sanggup tunggu sampai restoran buka demi secawan kopi. Selepas hari tu, Nuh akan muncul kadang-kala pada setiap pagi. Entah apa yang diumpan sampai Kak Mila biarkan saja Nuh menjadi pelanggan tetap sebelum restoran beroperasi.
Bolehkah dia percaya lelaki ini? Biarpun dia mahu percaya, hati masih berwaspada.
“You setuju?”
Terbang melayang lamunan.
“Kak Mila betul-betul kenal I. I’m sorry, Nuh. Dia betul, I akan tolak.”
“I tawarkan bayaran tiga kali ganda dari gaji you di sini. Hanya untuk sementara.”
Bersungguh-sungguh pula Nuh sampai Khayla serba-salah nak kata tidak lagi.
“I satu-satunya pastry chef di sini. Kalau I pergi…”
“I upah chef dari luar untuk gantikan you. Bila you balik, you akan dapat kembali tempat you di sini.”
“You bersungguh-sungguh?”
“Sebab I tak bermain dengan you.”
Terlepas keluhan. Lagu Fight Song mencelah sesaat. Melebar bibir Khayla.
Fight song. Makna lagu ni buat kita sedar, kita perlu melawan sesuatu demi kemahuan hati. Dan I sedar, I terpaksa tolak tawaran you sebab… ini dunia I. Malaysia. Again…Sorry.”
Kecewa Nuh. Ditolak messy hair yang menutup pandangannya dari Khayla.
Nenek meninggal sebulan yang lepas. Keadaan atuk teruk sangat. Atuk paling sukakan dessert yang nenek buat. You ingat, I pernah ambil video saat you sediakan Puding Karamel? I tunjuk pada dia dan dia berkata, you nampak macam nenek. Lenggok you. Cara you berpusing bersama senyuman. Pandangan you hangat, sama seperti pandangan nenek yang hangat dengan kasih sayang,” cerita Nuh, berharap wanita itu terpujuk.
“I minta maaf, Nuh.” Khayla bangun.
Alasannya tidak relevan agaknya. Tapi dari air muka Khayla, Nuh tahu gadis itu terkesan. Perlukah dia mendesak? Ah, tidak! Manusia selalu mendesak untuk penuhi keinginan. Dia tidak mahu termasuk dalam golongan itu. Namun begitu, dia harap ada kejaiban yang akan membuat gadis ini bersetuju suatu hari nanti.
“I tahu you terkesan tapi I juga tahu, you tetap dengan pendirian you.” Nuh mula senyum. Tidak lagi tayang wajah merayu.
Well I dah kecewakan you, kan?” balas Khayla sambil mulakan langkah.
“Nasib I tak jatuh cinta pada you. Kalau tak, mesti I dikecewakan,” gurau Nuh.
Mendadak kaki Khayla terpasung atas lantai. Dia tertunduk.
Gurauan. Itu hanya gurauan.

You May Also Like

0 comments