BAB 10 Hana dan Ayie

by - November 02, 2018



Dari belakang ibunya, Hana membeliakkan biji mata. Melihat makanan yang sudah tersedia. Wow! Banyaknya!

"Mak"

"Oh mak cantik."

Hana ketawa kecil. Mak cantik? Tak ada perkataan lain nak melatah ke? Sempat puji diri sendiri dalam latahan.

"Hana! Cuba tegur elok-elok sikit. Terkejut mak tau!" Puan Azura mula membebel dengan tangan di dada. Tergeleng dia dengan telatah anak bongsunya.

Hana tersengih-sengih sambil membawa kaki ke dapur yang berapi. Dijengukkan ke dalam periuk berisi kuah laksa yang sedang menggelegak. Dihidunya sedalam mungkin. Sedapnya.

"Mak masak banyak-banyak ni kenapa? Ada orang nak datang ke?" tanya Hana tanpa menghiraukan bebelan emaknya sebentar tadi. Kuah terus dihidup. Memang laksa tersedap di abad ini!.

"Hmm... Mak ada buat makan-makan sikit. Jemput tetamu." beritahu Puan Azura dengan senyuman di hujung bibir.

Jemput tetamu? Kenape pelik sangat ayat emaknya? Patutnya cakap la jemput jiran ke, jemput saudara ke? Tapi mak cakap jemput tetamu. Siapa tetamu tu?

"Siapa mak?"

Puan Azura tak menjawab sebaliknya meneruskan hirisan kecil pada si cili padi.

"Siapa yang mak jemput?" Tanya Hana lagi sambil berdiri di sebelah ibunya. Dari wajah emaknya, dia tahu emaknya sengaja tak mahu beritahu.

"Nanti kamu tahulah."

"Mak jangan cakap... Mak jemput... monster gila kuasa tu." Hana dah tergeleng tak rela.

Pap!

"Aduh! Sakit la mak."

"Berapa kali mak nak cakap, jangan gelarkan orang macam tu? Hana, tak baik tahu! Cuba kalau orang gelarkan kamu macam tu? Kamu tak marah ke?" nasihat Puan Azura dengan keluhan kecil.

"Hana cakap yang betul. Lagipun, apa yang dia buat dekat kita lagi tak baik tahu. Setakat gelarkan dia macam tu, Hana rasa tak jadi sopak pada dia. Sampai bila-bila dia tu cuma monster yang rosakkan hidup orang!" garis-garis kebencian mula hadir di wajah Hana.

Puan Azura yang sedar, hanya mampu mengeluh berat. Malas dah dia nak bahas tentang itu. Bukan dia tak tahu luka apa yang orang digelar monster tu buat pada Hana. Memang patut Hana marah tapi dia tak suka anaknya jadi kurang ajar macam tu.

"Sampai bila la kamu nak marah macam ni? Mak bukan jemput dia, orang lain."

"Orang lain? Siapa mak?"

Puan Azura menggeleng penuh makna. Hana yang tengok dah muncungkan mulutnya. Mak kalau dia tak nak bagi tahu, memang dia tak akan bagi tahu punya.

Asyik berfikir, tiba-tiba Puan Azura terbatuk kuat. Hana di sebelah tersentak.

"Mak... Mak okey ke tak?" Bahu emaknya diusap.

Puan Azura mengangkat tangannya menandakan dia okey. Okey apanya? Tiba-tiba terbatuk. Tak henti pula tu.

"Mak, Hana ingat nak bawa mak ke hospital la. Mak dah berapa minggu batuk ni." ujar Hana sedikit risau.

Betul! Semenjak dua ni, dia asyik dengar mak dia batuk. Bila ditanya pada Hani, Hani cakap dah bawa Puan Azura ke klinik. Kata Hani, emak mereka cuma batuk biasa.

Batuk biasa apa macam tu? Sebelum majlis perkahwinan dia lagi, emak asyik batuk. Muka Puan Azura pun dah tak nampak berseri. Kadang-kadang nampak pucat. Mak dia sakit ke? Tapi kata Hani, biasalah orang tua.
Bila puan Azura memberi isyarat untuk ke tandas dengan tangan masih menekup mulut, Hana hanya mengangguk sambil memberi laluan. Bila tubuh Puan Azura hilang, Hana bergerak ke meja dapur. Kuih donut dendan diambil dan digigit.

"Sedap!" ucapnya sebelum berlalu ke biliknya.

....

Sedari tadi Hana asyik mengintai ke luar rumah. Hatinya masih tertanya-tanya siapa yang mahu datang? Tapi tak nampak sesiapa pun. Emaknya yang sedang menyusun hidangan makanan dipandang. Hani disebelah Puan Azura juga membantu tanpa memandang dirinya.

Hana mengeluh bosan. Dia nak tolong, tak dikasi. Disuruhnya duduk macam anak patung. Kesian juga dia tengok Puan Azura. Yang patut berehat Puan Azura bukan dia! Emaknya nampak pucat.

"Tak sampai lagi ke mak?" jerit Hana sedikit kuat. Bosan punya pasal, dia melangkah juga ke arah meja.

Tubuhnya membelakangkan pintu. Malas dah nak tunggu. Tak kisah la siapa tetamu tu, asalkan bukan monster gila harta!

"Assalamualaikum..."

Spontan wajah Hana terdongak memandang Hani dan Puan Azura saat suara memberi salam itu menerjah telinganya. Dah datang dah! Hana memandang Hani dan Puan Azura yang tersenyum manis dengan muka terhala di depan pintu. Perlahan-lahan dia berpusing.

Mak!!! Hana dah terganjak ke belakang dengan mata terbuntang. Sampai kerusi dah terberlaga dengan pinggang sendiri. Sakit! Tanpa membuang sesaat dia kembali memusingkan kepala ke arah Hani. Sakitnya hati bila kak longnya mengangkat sebelah kening. Mengejek la tu.

"Hana..."

Hana memejam mata seketika sebelum berpusing. Senyuman hipokrit ditampal.

"Mak cik..." tegur Hana sebelum menghulurkan tangan pada wanita separuh abad yang sudah hampir dengannya. Tangan itu disalam lembut. Terasa tangan itu mengusap kepalanya yang bertudung.

Benci! Sepatutnya Puan Hamidah buat macam ni masa selesai akad nikah! Patutnya seusai akad nikah, dia akan salam tangan ibu mertuanya dan Puan hamidah akan mengusap kepalanya.

Tapi, disebabkan Ayie bengong tu, majlis batal! Disebabkan Ayie, dia termalu sendiri. Otak dia tak habis-habis kata dia yang terhegeh-hegeh dekat Ayie sedangkan lelaki tu pandang dia pun tak! Hakikatnya, memang dia desprate dengan Ayie. Tapi tu dulu! Sekarang tak!
Cinta? Bila-bila boleh bertukar jadi benci!

"Hana sihat? Maaflah mak cik tak datang masa Hana keluar wad. Tiba-tiba ada hal dekat kampung." wajah Puan Hamidah nampak sedikit serba salah.

"Tak apa la mak cik. Hana dah sihat pun." balas Hana sekali gus menyahkan rasa serba salah di hati jiran sebelahnya.

"Sudah la tu Midah. Hana tu dah terlebih sihat. Mari duduk, makan." celah Puan Azura tiba-tiba. Puan Hamidah dan tuan Hashim digamit ke meja akan.

"Banyaknya kau masak Zura. Segan aku." bukan main terbutang biji mata Puan Azura melihat juadah di atas meja.

"Ala... Rezeki." suaminya, Tuan Hashim menyampuk.

Amboi tuan doktor ni, bling-bling mata tengok makanan. Puan Azura tersenyum nipis manakala Hana hanya menarik sedikit senyum.
Lega! Nasib je mak bapak je datang. Kalau anak datang, dia tak tahu apa akan jadi. Silap hari bulan dia halau Ayie dengan penyapu. Lega...

"Sorry, Ayie lambat..."

Rasa lega tadi tiba-tiba jadi ngeri saat satu suara bergema. What the... Mamat tu datang? Mata Hana terbeliak tanpa sedar.

Ayie menghadiahkan segaris senyuman saat masuk ke dalam rumah Hana. Sampai di tepi Hana, kedua-dua keningnya diangkat bersama senyuman manis.

Hana ketap bibir. Ayie senyum. Dia telan air liur. Sejujurnya, Ayie memang menggoda dengan baju kerja yang melekat di tubuhnya. Nampak serabai tapi serabai Ayie buat hati Hana berdegup kencang. Rasanya tak ada hari yang Ayie tak hensem di matanya. Boleh tahan sado tapi tak la sampai macam ahli bina badan ataupun setanding dengan Zul Ariffin. Tapi dari pandangan luar dah tahu yang Ayie tu six packs. Lengan baju disingsing ke lengan dengan senyuman kepenatan yang sangat comel.

Hana hentak kaki tanpa sedar. Bukan sebab marah Ayie tapi saat ini dia marah dengan dirinya. Iman dah rasa berterabur atas mozek bewarna unggu ni. Kenapa la dia kacak sangat dekat mata aku dan senyuman dia tu... Argh! Kenapa mamat tu senyum? Lepas ni kena sumbat bara api dalam mulut mamat tu biar tak boleh senyum. Kalau Ayie tak senyum, dapat lah dia tahan benteng keimanannya.

'Hana, ingat! Kau patutnya bencikan dia bukan sukakan dia. Buang la semua perasaan tu bongok!' Hatinya memberi amaran keras.

"Ayie tercegat apa tu? Datang sini. Mak cik masak banyak ni. Kuih donut dandan kesukaan kamu pun ada."

Melihat pamitan Puan Azura, pantas Ayie ayunkan langkah ke meja makan. Hana yang mendengar mencebik. Hesy! Mak ni tak reti nak marahkan si Ayie tu ke? Patutnya mak marahkan Ayie sebab lelaki tu dah cari pasal dekat majlis tu. Ni tak! Boleh pula layan si menantu tak jadi tu. Siap buatkan makanan kegemaran lagi.

Hergh! Bikin hati wa panas la!

"Hana, kamu pun berdiri dekat situ kenapa? Sini duduk." anak gadisnya pula digamit.
Sempat Puan Azura menggeleng kecil. Muka Hana merah. Tahan marah la tu. Hari tu masa suka Ayie, bukan main manis muka. Sekarang dah jadi macam ni, Hana nampak macam nak sepak je muka Ayie tu.

'Kesian anak aku. Lepas satu masalah, masalah lain pula datang.' hati tua Puan Azura mula menyebarkan simpati.

Nak tak nak, Hana melangkah ke meja. Mak dah panggil. Puan Hamidah pula dah melayangkan tangan panggil dia, jadi terpaksa la dia redha melangkah ke meja makan. Wajah Ayie langsung tak dipandang.

Satu sebab dia masih marah dengan lelaki tu. Dua, dia takut tergoda lagi. Hesy! Kalau la cinta itu cuma satu perkataan, padam saja pasti dah boleh hilang. Entah kenapa ada rasa sebak mula hadir. Rasa seperti semua orang tak peka dengan perasaannya. Kenapa perlu tayangkan muka Ayie di depannya sedangkan hatinya masih berdarah?

You May Also Like

0 comments