BAB 7 hana dan ayie

by - November 02, 2018



"Aku dah cakap, jangan kau pergi! Kau pergi juga. Bodoh!"

Kepala Liana yang sedang melutut, terteleng ke tepi. Wajah diangkat dan gigi diketap sambil memandang wajah Fizah. Tak sangka, Fizah sanggup buat sampai ke tahap ini. Kayu besar ditangan Fizah dipandang dengan rasa tak percaya. Dasar gila!

"Kenapa kau buat aku macam ni Fizah? Tolong lepaskan aku! Tolong lah!" rayu Liana dengan jiwa yang nanar.

"Lepas kau ingkar arahan aku, kau nak aku lepaskan kau? Lepas adik kau dah selamat dibedah, kau ingat kau boleh lari dan kembali dalam dakapan kekasih kau tu? Jangan harap Liana. Kalau aku tak dapat hidup bersama orang yang aku cinta, kau pun tak boleh!" kuat suara Fizah bagaikan bertekad untuk memusnahkan hidupnya.

Liana hanya mampu menggeleng lemah. Air mata semakin membanjiri wajahnya. Selepas pembedahan adiknya selamat, dia rasa bersyukur sangat. Namun bila teringatkan Ayie, ada suara seolah-olah memintanya menemui Ayie. Ada suara yang menyuruhnya jangan lepaskan Ayie.

Kerana bisikan itu, dia tekad untuk menemui Ayie. Tapi bila melihat ramai orang di perkarangan rumah Hana, dia rasa bersalah. Mana mungkin dia rosakkan majlis orang lain demi kepentingan dirinya? Dia menyorok disebalik pintu. Namun tak sangka, Ayie ternampak dia. Sungguh, dia tak berniat memusnahkan hari bahagia Ayie dan Hana.

"Kau bunuh Faizal dan sekarang kau ganggu majlis orang. Kenapa kau selalu musnahkan hidup orang. Kau ni memang tak guna!!!" kepala Liana ditolak lagi dengan jeritan yang semakin kuat.

Mata Fizah tertancap pada dua orang suruhannya. Dia tersenyum sinis sebelum menghentak-hentak kayu di atas lantai gudang lama yang ditinggalkan. Kepalanya pula menggeliat ke kiri kanan sebiji macam manusia psiko!

"Fizah, aku merayu pada kau. Aku janji aku akan tinggalkan dia. Aku dah kehilangan Ayie. Dia dah kahwin. Aku dah kehilangan orang yang aku sayang, sama macam kau. Tolonglah Fizah." Liana berterusan merayu meminta simpati. Tangannya digenggam dengan resah.

"Betul?" Fizah membengkokan badan dan membawa wajahnya setentang dengan Liana yang masih melutut.

"Kau dah kehilangan Ayie sama macam aku hilang Faizal? Tapi Faizal dah mati. Ayie belum mati. Patut ke aku bunuh Ayie?"

Liana menggeleng laju. Jangan! Jangan bunuh Ayie! Dia tak nak Ayie mati kerana dia.

"Liana!!!"

Liana dan Fizah terkesima sekejap. Liana memusingkan badannya dan saat itu matanya terbuntang. Terkejut dia melihat Ayie yang tercungap-cungap memandangnya. Tak lama kemudian, Hana muncul di belakang.
Melihat Ayie muncul, mendadak darah naik ke kepala Fizah. Laju tangannya menampar pipi Liana.

Pang!!!

"Kau bawa dia ke sini. Kau memang tak guna! Bodoh punya perempuan!!!" untuk kedua kalinya, pipi Liana ditampar lagi.

"Berhenti!!!" jerit Ayie dengan kaki sedikit mara. Bila Fizah mengangkat kayu ditangan, langkah Ayie mati.

Sungguh dia tak percaya dengan apa yang dia lihat. Sedih sungguh hati lelakinya memandang bibir Liana yang mula mengalirkan darah.

"Rahim, kucai, uruskan dia!"

Bagai disuruh, Rahim dan Kucai mara ke arah Ayie. Hana yang melihat terundur setapak ke belakang. Hatinya sedikit bimbang dan ketakutan. Saat melihat dua lelaki itu menghampiri Ayie, dia menggeleng tak rela. Jangan la Ayie di apa-apakan.

Fikir Rahim dan Kucai, orang macam Ayie senang ditumpaskan namun tekaan mereka tepat. Tak sampai sepuluh saat, mereka berdua dah terjatuh terkena tendangan maut dari Ayie.
Rahim tak mengalah. Dia mula bangun, namun satu tumbukan berlabuh di perut buncitnya. Kucai dibelakang berdiri senyap-senyap. Dengan wajah bengis, dia berlari ke arah Ayie.

"Abang Ayie!!!"

Puk!!!

Kucai terletang ke belakang. Tindakan Ayie seakan kilat yang menyerang dengan mengangkat kakinya ke belakang berjaya membuat Kucai tumbang.

"Cukup!!!" tiba-tiba saja Fizah menjerit.

"Kau berhenti atau aku sepaikan kepala perempuan ni!" kayu diangkat dan diletak betul-betul di tepi kepala Liana.

Ayie terkaku. Tiba-tiba saja terasa tubuhnya dipegang. Matanya yang terbuka memandang wajah Rahim yang berdarah namun senyuman sinis bertaut di ulas bibir lelaki itu.

Puk!!!

Ayie terundur ke belakang dengan sepakan betul-betul di perutnya. Baru saja dia nak berdiri tegak, belakangnya diterajang kuat. Dia tersembam atas lantai.

"Ayie!!!"

"Abang Ayie!!!"

Hana dan Liana menjerit serentak. Liana memandang pedih sedangkan Hana mula mara ke arah Ayie. Baru saja dia ingin mendapatkan Ayie, tubuhnya dah dipeluk kuat oleh Kucai. Dia cuba meronta namun rontaannya tak setanding dengan tenaga Kucai.

Puk! Puk! Puk!

Hana rasa dunianya seakan runtuh saat melihat Rahim mengerjakan Ayie dengan muka bengis. Wajah Ayie melekat darah. Sesekali Ayie terbatuk dengan darah yang mula keluar dari mulutnya.

"Bodoh!" jerit Rahim sebelum menendang wajah Ayie.

Liana mengetap bibir melihat keadaan Ayie. Ayie rela dipukul demi dirinya. Air mata semakin galak merembes. Berkali-kali dia cuba merayu pada Fizah supaya lepaskan Ayie namun Fizah hanya ketawa besar.

Hana lemah dalam pegangan Kucai. Kakinya tidak dapat menampung dirinya lagi saat melihat Ayie yang terbaring lemah. Air matanya turut bercucuran. Selain sedih dengan keadaan Ayie, hatinya sedih mengenangkan betapa dalamnya cinta Ayie hingga sanggup dipukul teruk demi Liana.

Dia cintakan kak Liana. Dia cintakan kak Liana...

Berkali-kali suara hatinya menyedarkan dirinya. Bunyi esakannya mula meruntunkan sanubarinya. Ya Allah, tolong la selamatkan dia, pinta Hana penuh harapan.

"Jangan bergerak, kami polis!"

Semua di situ sedikit tersentak. Melihat Fizah seakan terkaku, pantas Liana bangun dan menolak tubuh Fizah hingga Fizah terjatuh dan kayu ditangannya terpelanting.
Hana terasa tubuhnya dilepaskan. Dia melihat Rahim dan Kucai yang sudah berlari seperti dikejar anjing. Lega hatinya saat melihat wajah anggota polis yang mula mendekat. Ucapan Syukur muncul di bibirnya.

Melihat Ayie yang terbaring dengan gerakan kecil, Hana pantas melarikan diri ke arah Ayie. Namun langkahnya mati saat melihat Liana terlebih dahulu mendekati Ayie. Wajah Ayie disentuh Liana dengan ucapan maaf berkali-kali. Dalam kepayahan, Ayie turut menyentuh darah di bibir Liana. Liana terus saja memeluk tubuh Ayie yang semakin lemah.

Hana terkaku. Melihat aksi itu terasa kekuatannya hilang tiba-tiba. Air matanya mengalir bak air paip yang mengalir. Sesak hatinya melihat lelaki kesayangannya memeluk wanita lain. Lututnya menggeletar dengan rasa pedih yang semakin mencucuk hati.

Hana menggerakkan matanya ke tepi dan saat itu bibirnya terkelu seribu. Besar biji matanya melihat Fizah yang berlari ke arah Ayie yang membelakanginya dengan kayu di tangan. Fizah semakin dekat dan saat itu wajah Ayie mengisi ruang mata Hana. Sedar-sedar kaki Hana dah bergerak sendiri.

Puk!!!

Hana terdorong sedikit ke depan. Matanya membesar dengan mulut sedikit terbuka. Kayu yang diayun oleh Fizah untuk memukul kepala Ayie, menghentak kepalanya.

"Lepaskan aku! Lepaskan aku!!!" Jeritan Fizah bergema tiba-tiba. Ayie, dengan tenaganya yang masih bersisa, mula bangun. Matanya terhala pada Fizah yang sudah ditarik oleh seorang anggota polis.
Tak dapat menahan rasa sakit, Hana terlutut tanpa kata. Melutut betul-betul di sebelah Ayie. Mata dipejam menahan rasa sakit yang mencurah-curah. Ayie tidak memandangnya sebalik sibuk dengan keadaan Liana. Ayie langsung tak memandangnya walau sedetik.

Bunyi siren ambulans membuatkan Ayie memaut tubuh Liana yang sedikit lemah. Dia langsung tak perasan yang Hana dihentak kayu untuk melindungi dia. Saat ini perhatiaannya hanya untuk liana.

Hana terasa nafasnya semakin sesak. Rasa pedih di kepalanya membuatkan tangannya terangkat sendiri mencengkam tangan Ayie di sisinya. Setitis air matanya jatuh. Kepalanya terasa berpinar-pinar.

Ayie memandang Hana sekilas sebelum tangannya ditarik. Tangan Hana terjatuh lemah atas lantai. Hana terdiam dengan air mata membasahi pipinya. Saat itu dia benar-benar sedar yang dia tak pernah ada di dalam hati Ayie walaupun sesaat. Ayie langsung tak menyedari kesakitannya.

Saat melihat Ayie mula bangun dan memapah Liana, perasaan Hana kosong. Tiba-tiba saja kepalanya terasa begitu berat dan saat itu juga cecair darah mula mengalir di dahinya.

'Saya yakin selama ni yang saya mampu duduk dalam hati awak tapi hari ni awak dah buktikan yang saya salah. Tak kira berapa lama saya menunggu, awak tak kan nampak saya. Pergilah bersama dia dan tinggalkan saya buat selama-lamanya. Saya lepaskan awak dari hati saya.' terasa hatinya mendesis lembut.

Bam!!!

Tubuh Hana menyembah lantai bumi dengan darah mula mengalir di atas lantai.

"Hana?

You May Also Like

0 comments