BAB 9 Hana dan Ayie

by - November 02, 2018



"Kenapa Hana buat dia macam tu?"

Hana panggung kepala. Mencebik sedikit. Baru dua hari dapat balik dari hospital, Hani dah tanya soalan tu. Macam la kakak dia tu tak tahu yang dia tak nak bahas pasal benda tu.

"Kak long bila nak kahwin?" Hana beralih ke soalan lain tanpa menjawab soalan Hani.

"Hana tengah ubah topik? Sekarang ni bukan pasal hubungan akak dengan abang Zafril. Sekarang ni kak long nak tanya kenapa buat tak kenal si Ayie tu?" Kening Hani terangkat sendiri.

Sejak adik dia dengan selamba cakap pada Ayie, 'siapa awak?' dia binggung. Hana hilang ingatan ke? Mustahil! Dia nampak muka Ayie yang berubah seratus peratus saat soalan yang membingungkan semua tu terkeluar dari ulas bibir adiknya.

"Kak long ni! Bosan la cakap pasal mamat tu. Hana baru sembuh dari sakit kepala ni, kak long dah tanya itu ini. Hana koma lagi sekali nanti baru tahu!" Muka bosan ditayang. Mulut tercebik-cebik menandakan telinganya tak lalu nak dengar nama lelaki sebelah rumahnya.
Hani tarik muka yang sudah mulai berkerut. Sejak bila Hana bosan cakap pasal Ayie? Adik dia ni kena sindrom putus cinta sampai simpan dendam dekat Ayie ke? Kalau macam tu, boleh jadi teruk adik aku ni!

Dalam diam, Hani membuat hipotesis sendiri. Ayie cintakan Liana dan begitu juga dengan Liana. Tapi, Liana terpaksa putuskan hubungan disebabkan adiknya yang gila tu. Ayie marah lalu pinang Hana. Pada hari pernikahan, majlis batal. Hana kecewa dan marah.

Kalau dalam drama, sah-sah la adik dia tu orang ketiga. Selalunya orang ketiga adalah orang paling jahat. Kalau Hana jadi orang ketiga, maknanya adik dia akan jadi jahat semata-mata nak rampas Ayie? Dan dalam drama, orang ketiga memang jahat nak mampus sampai sanggup membunuh!
Hana membunuh!

"Tidak!!!" Hani menggeleng laju dengan mata terbeliak, usai dia membuat hipotesis bengong itu.

"Hoi! Kak Long menjerit kenapa?" tegur Hana dengan suara garang. Terkejut jantungnya mendengar Hani terpekik tiba-tiba.

Hani berpaling dan dia melihat Hana dah terlompat ke belakang dengan tangan di dada.

"Kak long ni kena sampuk dengan apa? Tiba-tiba menjerit. Berangan apa kak long ni? Nasib Hana tak jatuh katil." sekali lagi Hana membuka suara garangnya. Setelah itu, gigi diketap kuat.
Hani pandang lama wajah adiknya. Marah Hana, tolak tepi. Berbalik pada hipotesis tadi, dia jadi takut. Dia tak nak Hana jadi watak antagonis dalam kehidupan ini!

"Hana kena dengar cakap kak long. Hana tak boleh bencikan Ayie atau Liana tu. Hana redha ya dengan jodoh. Jodoh itu ketentuan Ilahi. Kak long yakin jodoh Hana dengan orang yang lebih baik dari Ayie tu. Hana sabar ya." lengan adiknya diurut dengan muka memberi keyakinan pada Hana.

Kecil mata Hana dibuatnya. Kak long dia ni dah kenapa? Tiba-tiba naik soal jodoh ni. Sebelah tangan menggaru kepala yang tidak gatal dan sebelah tangan lagi terus diurut Hani.

"Kak long cakap apa ni? Mestilah Hana bencikan Ayie tu! Meluat tahu tak!" tangan ditarik dari tangan Hani.

Muka Ayie mula yang terbayang, buat dia rasa nak benamkan berus jamban dekat muka mamat tu!

Mendengarkan perkataan benci, spontan Hani terjerit

"Tidak!"

Hana terkejung. Mak ai! Terlolong pula kakak dia ni.

"Kak long!!!"

Gila dah kak long dia ni. Rasanya doktor sakit puan ni dah jadi gila. Patukah dia telefon Doktor Zafril yang merangkap kekasih kak long?

Hani terdiam sekejap sebelum dia kembali mencapai tangan Hana. Dia kena sedarkan Hana sebelum terlambat.

"Hana tolong kawal perasaan Hana tu. Memang salah Ayie tinggalkan majlis tapi Hana kena ingat, masa tu dia terpaksa. Liana dalam keadaan bahaya. Hana kena terima yang Ayie bukan jodoh Hana. Kak long tak nak Hana sia-siakan hidup Hana demi seorang lelaki. Ramai lagi lelaki dalam dunia ni Hana." lembut suara Hani memberi Nasihat.

Pula dah?

"Kak long, serius Hana tak faham apa yang berlaku sekarang. Hana faham kata-kata kak long tu, tapi untuk apa?" pandangan terus disetiakan pada wajah Hani.

"Sebab kak long tak nak Hana buat sesuatu yang buat Hana menyesal!"

"Apa yang Hana akan buat?" Hana blur.

"Kak long takut Hana gagal kawal diri. Dalam keadaan Hana yang bencikan Ayie, kak long takut Hana buat macam-macam." muka Hani masih tetap dengan riak risau.

Terangguk-angguk kepala Hana dengan bicara Hani, namun dia masih lembab untuk faham sepenuhnya.

"Ya... Hana faham tu. Memang Hana bencikan dia tapi apa maksud kak long, benda macam-macam?" tangannya ditarik dari pegangan Hani. Panas!

"Kak long takut Hana bunuh dia!"

"Apa?!!!" Hana terjerit sebelum diikuti dengan sedakkan kecil. Bu... Bunuh? Dia bunuh Ayie?

"Dalam keadaan Hana sekarang ni, Hana mungkin hilang kawalan. Hana mungkin buat sesuatu yang Hana sendiri tak sedar. Orang bila dia hilang kawalan, dia sanggup lakukan apa-apa saja. Dendam macam dalam drama!" beria-ria Hani cuba menjelaskan.

Hana diam. Agak lama sebelum dia ketawa tiba-tiba. Ketawa besar yang buat Hani telan air liur.

"Kak long sayang... Aduhai kak long. Mana boleh samakan drama dengan Hana. Hana masih ada iman la. Hana membunuh? Kak long ni buat lawak ke? Jahat sangat ke Hana ni sampai kak long fikir macam tu sekali. Hana nak jirus semut masuk dalam lubang tandas pun tak sampai hati, inikan pula nak bunuh orang." tergeleng-geleng Hana dengan imiginasi kak longnya.

Hani ingat dia akan buat bodoh yang akan bawa dia ke tali gantung? Memang tak la. Ingat hidup ni berakhir kalau cinta berakhir ke? Dia masih ingat Allah.

Melihat adiknya galak ketawa, perlahan-lahan Hani muncungkan bibirnya. Entah kenapa dia rasa lega tengok muka Hana yang ceria macam dia tengah buat lawak. Dia cuma risau je.

"Dah Hana cakap Hana bencikan Ayie tu? Hana bencikan dia sampai buat tak kenal dengan dia dekat hospital hari tu. Kak long takut Hana simpan dendam dekat dia. Kak long tak suka Hana berdendam. Dendam tu penyakit hati. Disebabkan dendam juga manusia boleh melangkah satu aras dari kewarasan diri."

"Hana buat tak kenal dengan dia sebab Hana malas! Malas nak fikirkan dia. Malas nak tengok dia. Malas nak bercakap dengan dia. Pendek kata, Hana malas dengan semua benda berkaitan dengan dia. Hana terima jodoh Hana bukan dengan dia. Hana dah terima kenyataan pun." jelas Hana dengan senyuman kecil.

Ya! Ayie pergi kerana Liana dalam bahaya. Tapi sebelum Liana dalam keadaan bahaya, Ayie ada meminta maaf. Perkataan maaf yang menunjukkan lelaki itu tak mampu nak teruskan majlis mereka. Perkataan maaf yang merobek hatinya. Perkataan maaf yang buat dia bagaikan tersedar dari mimpi. Mimpi kerana terlalu mengejar Ayie!

Hani tersengih kecil. Nampak sangat dia otak drama. Gigi ditayang pada Hana yang sedikit mengeluh.

"Sorry, kak long cuma risau. Kak long sayangkan Hana dan sebab tu kak long tak nak Hana buat benda-benda bodoh."

"Tak apa. Hana tahu dah. Siapa lagi boleh adi adik kesayangan kak long selain dari Hana, kan?" ucap Hana bangga sambil melekapkan tangan di dada.

Bila Hani mencebik, Hana mencapai bantal dan diletakkan di riba kakaknya. Dia berbaring di riba kakaknya. Manja!
Tapi betulkah dia boleh kawal perasaan? Memang la dia tak terfikir nak membunuh tapi kenapa dia rasa nak lenyekkan kepala Ayie tu? Kalau la dia diberi sekali peluang untuk gilingkan muka mamat tu, dia memang bersyukur sangat-sangat!

"Tapikan... Kak long rasa kerisauan kak long ada munasabah juga." ucap Hani tiba-tiba saat tangannya mula membelai rambut adiknya.
Hana yang tersentak, mendongakkan sedikit kepalanya.

"Kenapa?" soalnya dengan dahi berkerut.
Hani tersenyum penuh makna dengan kening terangkat.

"Hana tu kalau marah, bukan ingat apa. Lagipun, Hana pun kuat berdendam juga kan?"
Lagi la berkerut dahi Hana. Apa maksud Hani? Bingkas dia bangun dan menghadap satu-satunya kakaknya.

"Ingat Mimi? Ingat apa yang Hana buat dekat dia?" soal Hani lagi dengan senyuman sinis tersunging.

Mendengar nama Mimi, spontan Hana tayang gigi sambil berpaling sedikit menyorok mukanya. Kak long ni nak mengungkit ke apa? Tapi betul! Dia memang jenis cepat panas. Mimi? Apa la jadi dengan perempuan tu sekarang? Kali terakhir mereka jumpa masa masing-masing berumur lima belas tahun.

"Sampai sekarang akak tak boleh lupa macam mana Hana heret dia dari dapur rumah monster tu, sampai ke kolam renang. Kak long masih ingat macam mana Hana melompat seronok lepas tolak dia dalam kolam renang tu." Hani mengungkit peristiwa lama.

Hana ketawa seronok. Itu kenangan paling manis dia ada. Saat itu dia memang puas gila. Rumah monster? Nak ketawa bila Hani berkata macam tu. Tapi memang dari dulu, mereka gelarkan rumah tu, rumah monster. Dah lama tak tengok pemilik monster house tu. Entah hidup atau mati!

"Tu salah dia juga. Hana tak kacau dia, dia kacau Hana. Hana tak cederakan dia, dia baling telefon tu dekat muka Hana. Hana cuma nak bagi pengajaran pada dia. Hana bukannya lembik!" balsa Hana dengan muka langsung tak ada rasa bersalah.

Hani mengeluh sedikit. Memang la dia suka habis bila adik dia yang manja tu kasi pelajaran dekat Mimi tapi ada sesuatu yang buat dia tak beberapa suka. Hana memang manja, baik. Muka pun nampak lembut. Tapi Hana ada satu masalah. Dia tak reti nak berdiplomasi. Kalau dia tak kacau orang, jangan la orang kacau dia. Sekali orang tu kacau hidup dia, dia tak akan lepaskan macam tu saja. Kadang-kadang, Hana boleh jadi monster dari pemilik rumah monster tu.

"Kenapa diam tiba-tiba?" tanya Hana memecah kesunyian yang hinggap seketika tadi.

"Tak ada apa-apa la. Penat kerja sikit." jawab Hani.

Hana mengangguk kecil sebelum merebahkan kembali kepalanya di riba kakaknya. Mimi? Tiba-tiba dia teringatkan gadis itu. Kalau dah teringatkan Mimi, automatik kena ingatkan si monster tu. Lega bila monster dah tidak mengganggu keluarganya. Masa majlis pernikahan dia yang tak jadi dengan Ayie pun, dia tak jemput monster. Kesah apa dia kalau monster tu tak datang? Kalau tak datang lagi bagus. Aman hidup!

You May Also Like

0 comments