SINOPSIS EPILOG KITA
SINOPSIS
Bukan mudah mengenali pemilik hati,
Lagi tak mudah mengenali yang memiliki hati.
Hidup yang indah tiba-tiba kucar-kacir. Hanya kerana dua perkataan, Hani
tercampak masuk ke dalam dunia Ryan. Mulanya kerana terpaksa, tapi
lama-lama dia merasakan hatinya sendiri merelakan. Simpatikah dia pada
lelaki yang hidup tak macam manusia tu? Ah, tak mungkin!
Rancangan yang diatur kononnya yang terbaik. Tapi, lain yang dirancang,
lain pula yang terjadi. Kadang-kadang melayan Hani buat dia rasa seperti
nak gila, tapi yang dia tidak tahu... Hani yang hampir gila melayan
karenahnya.
“Aku bagi kau masa sebulan! Kau kena pastikan orang tua tu sakit!”
“Ini tak adil!” jerit Hani tiba-tiba.
“Adil atau tak, itu syarat aku!”
Hani mengeluh. Mana mungkin dia menyakiti hati orang yang tak bersalah.
Ryan ingat dia tak ada hati dan perasaan seperti lelaki itu ke? Namun
semuanya jadi bercelaru bagi Hani saat ibu Ryan menunjukkan seutas
rantai dan menceritakan derita yang dihadapi ‘musuh’ Ryan.
Kusut! Tambah kusut bila hadirnya orang ketiga yang bertindak gila.
Kerana cinta, manusia bertindak gila. Kerana cinta, manusia sanggup
membunuh. Kerana cinta...
Mampukah Hani si mulut wisel dan Ryan si topeng raksasa berdamai?
EPILOG KITA; pengakhiran kisah mereka yang merungkai semua rasa dan rahsia...
0 comments