Bab 5

by - February 04, 2020




BAB 5
~Wahai jiwa yang mati, masihkan kau takut pada kebencian?~

PAGI-pagi lagi alunan irama piano menampar telinga. Khayla bingkas bangun lalu menuruni tangga. Sampai di anak tangga terakhir, dia berhenti. Mata terpejam setelah melihat lelaki yang larut dalam iraman petikan piano.
Memang cukup lama, Luth. Tapi mustahil awak suda lupakan saya. Meskipun seratus tahun berlalu, awak tak akan pernah lupakan saya. Awak masih terluka, kan?” getus Khayla sebelum menapak perlahan-lahan.
Dia tidak patut dekatkan diri dengan lelaki itu cuma dia tak berdaya melawan keinginan hati. Dua tahun berlalu dan perasaan ingin bertemu orang pada masa silam, menggebu. Lebih dari itu, dia sakit mengenangkan riak biasa Luth yang seperti langsung tidak mengenalinya.
“Luth tak pernah sentuh piano setiap kali dia ke sini. Dia pandai bermain tetapi… piano mengingatkan dia pada seorang yang kejam. And you know who?”
Kemunculan Ishak yang memakai apron, mengejutkan Khayla. Kecil biji mata pada lelaki yang sedang memeluk sebuah periuk batu sambil mengacau bahan likat di dalamnya.
Better awak tidak tahu kerana mengetahui rahsia, kadang-kadang masalah terbawa.”
Grammar breaker!
“Membawa masalah bukannya masalah terbawa,” ujar Khayla betulkan susunan ayat. Macam yang Abdullah kata, tolong Ishak betulkan bahasa Melayunya.
“Saya salah?”
Dia angguk.
“Saya akan mark dalam buku. What is that? Membawa masalah. Noted.”
Ishak berlalu sambil mengetuk dahi. Entah malu sebab tersilap atau dia memang cuba membandingkan kesalahan ayatnya dan pembetulan yang Khayla lakukan.
“Awak boleh dekati Luth. Dalam rumah ni tiada pantang larang untuk tidak mendekati tuan rumah. Tuan Ibrahim atau cucu-cucunya, mereka bukan macam orang yang awak fikirkan. Kita bebas untuk berbicara. Awak kenal dengan Nuh, pasti awak tahu seperti apa keluarga mereka. Jangan terlalu tertekan, tenang saja. Chill.” Ishak berhenti lalu memberi pesanan penaja.
Tersenyum Khayla. Sedikit sebanyak, dia mula selesa. Dia tak tahu pula, Ishak juga membantu di dapur. Kata Felicia, Ishak anak saudara ketua tukang masak di sini dan sesekali, lelaki itu berkhidmat untuk Tuan Ibrahim jika ada sesuatu yang memerlukan pertolongan.
Mata terarah kembali pada lelaki yang masih tenggelam dalam irama piano. Khayla menapak perlahan-lahan mendekati ruangan itu. Satu-persatu anak tangga kecil didaki. Setiap garisan kelukaan yang pernah dia lihat dahulu, masih ada pada wajah itu.
“Aku tak tahu macam mana kau boleh datang ke sini.”
Terhenti langkah Khayla saat irama terhenti dan suara garau Luth menusuk pendengarannya.
So… how? It’s me. Tak terkejut?” Kerusi yang menghadap piano sudah berubah menghadapnya. Tubuh Luth sekarang tepat menghadapnya. Dan mata itu juga lurus padanya, malah menikam kejap.
Should I, Luth?” Khayla bergerak hingga tepi piano. Dia kerahkan segala kekuatannya untuk berbicara dengan lelaki itu.
Dia perlu berani.
Should what?”
“Terkejut sebab awak ada semua ni. Ada atuk yang kaya raya. Ada abang bernama Nuh. Ada ramai kawan. Ishak, Abdullah dan Felicia. Perlukah saya terkejut kerana banyak rahsia yang awak sembunyikan dari saya, sebenarnya?”
“Kau kenal Nuh?”
“Dia pelanggan tetap di restoran Kak Mila. Saya bekerja di sana,” beritahu Khayla tanpa berselindung. Dia cuma meneka bahawa Luth adik kepada Nuh. Ikutkan cerita Nuh, atuknya hanya ada satu anak gadis sahaja iaitu emak Nuh. Kalau Luth cucu kepada atuk Nuh, bermakna Luth juga anak kepada ibu Nuh.
Mereka pasti adik beradik.
Tersungging senyuman kecil Luth. “Nuh pernah tengok gambar kau. Nuh tahu, siapa kau. Dan kau…”
“Ke sini atas tawarannya,” potong Khayla sambil tersenyum sinis. Rancangan Nuh rupanya.
“Dia merancang supaya kita dipertemukan,” sambung Khayla bersama sisa ketawa yang menyelindungkan rasa terkejutnya. Dia tak jangka pula semua itu.
“Dia tak tahu, kita tak perlukan semua tu. Shit Nuh!”
Terbayang wajah Nuh. Kalau la Nuh itu wajahnya persis Luth, pasti dia boleh agak. Warna kulit dua lelaki itu saja berbeza, mustahil dia dapat agak. Atau ini kesilapannya kerana tidak pernah ambil tahu tentang diri Luth walaupun dari dulu dia dapat agak, Luth seorang yang penuh dengan rahsia.
“Kenapa awak dan dia berbeza?” soal Khayla.
“Aku lebih campuran abi dan Ummi dan dia lebih mirip atuk,” jelas Luth bersahaja.
Pantas saja mereka berbeza. Ayah Luth kacukan Turki-Itali dan emaknya pula dari Malaysia. Pasti kulit Luth yang lebih kepada kulit jantan itu, dari gen emaknya. Dan Nuh, dia lebih mirip wajah Eropah dan Timur Tengah.
Biar aku…” Luth berjeda. Kaki mula menapak menghampiri Khayla. “Tanya kau sesuatu.”
Tubuh mereka saling bertentangan. Liar mata Luth meneroka wajahnya. Khayla biarkan saja. Sukar untuk dia tafsirkan sama ada, itu pandangan kerinduan atau pandangan kebencian.
Benci atau rindu?” Terlantun pertanyaan polos itu.
Terhambur tawa Luth. “Serius kau tanya soalan itu? Kau tahu jawapan sebenarnya.”
Selepas apa yang terjadi, pasti la dia tahu.
“Saya pilih kebencian.”
Binggo!”
Khayla mengeluh. Direnung Luth, lelaki itu banyak berubah. Rambutnya lebih pendek, wajahnya lebih runcing, rahangnya lebih menonjol dan kesuraman wajahnya semakin bertambah.
Terlalu leka merenung Luth, sedar tak sedar, lelaki itu sudah mencengkam kuat lengannya.
“Luth!”
“Apa perasaan kau bila aku buat seperti aku tak pernah kenal kau semalam?”
Tersentak Khayla. Perasaannya semalam memenuhi dada. “Sakit tapi tak terlalu dalam sebab saya tahu, mustahil awak tak mengenali saya, Luth.”
Terangguk Luth menerima jawapan.
“Jadi, kau perlu disakiti kerana kita masih belum seri.” Tangan Khayla dilepaskan lalu Luth berlalu. Dadanya berdegup kuat. Kalau terusan begitu, mungkin dia akan lampiaskan semua kemarahan dan kesakitan yang terkumpul dalam jiwa dan benaknya.
Yang pasti, kemarahan dan kesakitan itu datangnya dari gadis itu. Nur Khayla!
“Awak masih sakit?” laung Khayla tak semena.
Terhenti langkah Luth. 
“Kau nampak kesembuhan pada aku?” Soalan dibalas soalan.
“Awak marah atau berdendam?” Laju Khayla berlari ke arah Luth. Terbias seribu satu keinginan untuk tahu rahsia hati seorang Luth. Khayla cuma berharap Luth marah dan benci bukannya berdendam.
Kau tahu… jawapannya.”
“Saya bencikan jawapan tu Luth.” Sumpah, dia sangat bencikan ayat yang satu itu.
“Kebencian aku pada kau lebih dalam dari kebencian kau pada ayat tu.”
“Jadi, awak hanya benci?”
Dia takutkan dendam. Dia tak mahu Luth berdendam dengannya kerana dendam sesuatu yang menakutkan. Lagi-lagi dendam itu dari Luth Razel.
Namun, Luth tidak menjawab sebaliknya memisahkan jarak mereka dan berlalu pergi.
Saya dah musnah, Luth!” Khayla mengejar lagi.
Biar orang mengatanya tiada harga diri kerana asyik mengejar tapi hanya dia saja yang tahu, kenapa dia jadi begitu?
“Kau tipu. Aku tak nampak di mana kemusnahan kau,” bidas Luth walaupun masih berjalan dan dikejar oleh Khayla. “Kecuali, kau dah jadi miskin.”
Should I die?”
Langkah Luth mati.
“Baru awak akan percaya yang saya dah musnah?”
Tertelan air liur Luth. Pedih rasanya menerima soalan yang mencabar dirinya. Tapi, cabaran perlu disahut.
Then… go die!” Luth berlalu dan Khayla berhenti mengejar.
Yang mampu dia lakukan hanya memandang kelibat yang berlalu. Melodi yang dimainkan oleh Luth tadi seperti terngiang-ngiang di tepi telinga. Sendu dan sayu. Adakah melodi itu mewakili perasaan lelaki itu?
Khayla kepal tangan. Memikirkan semua itu buat nafasnya sesak. Ayat kejam Luth tadi melintas.
Go die.
“Ya Allah…” Khayla pegang dada yang berdegup laju malah dia cuba tenangkan aliran nafasnya.
“Awak kenal Luth?”
Khayla tersentak. Wajah serius Abdullah menyapa mata.
“Who are you?” Membesar biji mata Abdullah bila dia tidak menjawab pertanyaan.
“Abdullah… Saya…” Tergagap-gagap Khayla sebelum terkelu.
“Siapa pun awak, pastikan Felicia tak tahu awak kenal Luth. Saya tak tahu, awak musuh atau mungkin wanita dari kisah silam Luth tapi satu yang awak perlu tahu, jadikan semua itu rahsia. Jangan sakiti Felicia.”

You May Also Like

0 comments