BAB 5 EPILOG KITA

by - February 12, 2019

BAB 5


Ryan mengusap bawah bibirnya dengan senyuman geli hati. Agaknya apa reaksi gadis itu semalam hah? Dia dapat panggilan dari salah seorang ahli rombongan yang diupahnya. Katanya mereka dilayan dengan baik oleh tuan rumah tapi muka bakal pengantin perempuan macam terhisap herba. Kelat!
Buat sekian kalinya Ryan ketawa. Fail peribadi milik Hani ditiliknya.
“Kau dah datang ke dunia yang betul. Welcome to my world, Hani Abdullah. Kenapa la aku tak tahu kewujudan kau dari dulu? Kalau tidak mesti...” Ryan berjeda sebentar sebelum melambakkan ketawa.
Entah apa benda yang buat dia geli hati sangat.
“Ke tepi lah! Saya nak jumpa bos awak, Leez!” lantang suara itu menerjah telinga Ryan bersama pintu pejabatnya yang sudah terbuka.
Sebaik saja melihat tubuh yang masuk dengan muka menyinga itu, Ryan sembunyi senyum. Leez yang cuba menolak lembut badan Hani, dipandang.
“Apa hal ni?” soal Ryan bagaikan tidak mengerti apa-apa.
“Maaf tuan, saya dah halang tapi...” Leez nampak serba-salah.
Hani disebelah mencebik. Tak payah nak tayang muka serba-salah sangat la kawan. Bos kau ni memang patut diserang macam ni! Kalau la dia terjumpa senapang tengah jalan tadi, dah lama dia tembak-tembak muka Ryan.
“It’s okey. Awak keluar dulu.” suruh Ryan dengan gaya yang kononnya cool.
Leez akur. Perlahan-lahan dia bergerak meninggalkan Hani dan Ryan. Dalam hati lega juga sebab tak dimarahi Ryan. Tapi apa yang bos dia dah buat sampai Hani datang serang macam tu? Gelaran pekerja syarikat ni pada Ryan adalah topeng raksasa tapi kenapa Hani pula yang macam terpakai topeng raksasa?
“Hei, lelaki sepuluh juta! Awak dah gila ke hah?!” mencerlun biji mata Hani menikam wajah Ryan.
Memang gila bos sepuluh juta ni. Adakah dia pinang aku! Dia ingat aku ni apa? Memang tak la aku nak kahwin dengan lelaki gila harta!
Lelaki sepuluh juta? Wow! Gelaran baru untuk dia ke? Ryan tersenyum sinis. Bukan dia tak tahu apa gelaran dia dalam syarikat ni. Topeng raksasa! Tapi dia suka dengan gelaran tu. Memang dia perlu jadi raksasa untuk sakitkan hati orang yang bertanggungjawab dalam kematian... Riana!
“Awak je? Hei, panggil aku tuan!”
“Tuan? Sejak bila awak jadi tuan saya? Lupa ke, saya dah kena pecat. Jangan berangan jadi tuan la. Ingat awak kaya ada perniagaan besar, satu dunia ni nak panggil awak tuan? Berangan!” hambur Hani geram.
Baru kau tahu siapa Hani? Hei tengok kaki la bro. Ingat aku ni perempuan gemah-gemalai yang akan akur dengan kau? Mimpi!
“Kurang ajar. Cukup kurang ajar...” kutuk Ryan penuh bersahaja.
Muka Hani terteleng ke atas.
“Ya saya kurang ajar! Tapi hanya dengan orang yang sama-sama kurang ajar!” jari telunjuk Hani terhala pada Ryan.
Wow! Amazing girl!
“Sekarang cakap, apa motif awak hantar rombongan meminang ke rumah saya hah?” Sambung Hani dengan jeritan yang mula keluar dari anak tekaknya.
Ryan mencebik. Sikit pun tak terkesan dengan jeritan Hani. Sesaat kemudian dia menggeleng kecil.
“Jangan... Jangan jerit. Nanti rosak pula anak tekak tu. Cuba cakap lembut-lembut. Telinga aku masih belum bercerai dengan badan aku. Aku dengar apa yang kau tanya. Tak perlu nak test suara dekat sini.” lembut suara Ryan namun cukup menyakitkan hati sesiapa saja yang mendengar.
Hani, lagilah sakit hati! Beria-ria dia marah, boleh pula mamat tu tayang muka seposen.
“Huh! Telinga tak bercerai dengan badan konon! Patutnya nyawa kau tu bercerai dengan jasad!” desis Hani perlahan.
Terkejung Ryan mendengar desis dari bibir gadis itu. Dia nak aku mati! Cis mulut tak bertapis!
Fine! Kita cakap elok-elok. Sekarang ni saya nak tanya kenapa awak hantar rombongan meminang ke rumah saya?” suara Hani mulai kendur.
Easy question! Untuk apa aku hantar orang masuk minang? Sebab aku nak kahwin dengan kau.”
“Kahwin???”
“Ye la, kahwin. Tak kan nak berdansa pula?”
Hani bengang. Jawapan lelaki tu tak boleh pakai! Dia ni tengah main-mainkan aku ke apa? Ke dia dah gila sebab terlepas kontrak sepuluh juta tu?
“Saya tahu la apa makna peminangan tapi soalan saya sekarang kenapa awak masuk minang saya? Awak baru pecat saya seminggu lepas sebab dah hilangkan sepuluh juta awak tu, dan tiba-tiba datang masuk minang. Semua ni tak masuk akal kecuali...
“Kecuali apa?” kedua-dua kening Ryan terangkat.
“Kecuali awak dah jatuh cinta pandang pertama dengan saya. Hah! Entah-entah awak jatuh cinta dengan saya tak?” mata Hani terbutang bila kenyataan itu tiba-tiba muncul di kepalanya.
Mana tahu lelaki tu jatuh cinta pandang pertama dengan dia sebab dia la satu-satunya gadis yang berani buat lelaki tu hilang sepuluh juta tanpa memohon maaf?
Bam!!!
Terhinjut bahu Hani dek temaparan kuat dari meja. Hilang semua anagan-angannya.
“Aku... jatuh hati pada kau? Pandang pertama?” sarkastik bunyi suara Ryan tu.
No..no...no.. Kau ingat aku ni jenis lelaki yang akan jatuh cinta pandang pertama? Kau tengok aku betul-betul. Tak kan la lelaki perfect macam aku ni nak sukakan perempuan macam...” mata meliar kasar ke arah Hani. “Kau...” sambungnya kemudian.
Tercengang Hani dibuatnya. Pandangan tu macam jijik tengok dia. Lelaki ni dah melampau!
Perfect? Awak kata diri awak perfect? Awak buat lawak ke? Kalau bukan suka, habis tu kenapa awak pinang saya?”
Sebenarnya Hani rasa hatinya terherdik sedikit. Malunya dia sebab perasan mamat tu jatuh cinta pandang pertama. Tu la kau Hani! Perasan tak sudah-sudah.
“Kau betul-betul nak tahu ke?”
“Mestilah. Kalau tak, kenapa saya tanya.”
“Kalau kau dah tanya, aku perlu la bagi jawapan kan? Aku pinang kau sebab diri kau sendiri.” beritahu Ryan dengan mulut terjongket naik.
“Diri saya?” Jari Hani terhala pada diri sendiri. Blur!
“Sebab status kau.” suara Ryan berbunyi lagi.
Status? Hani semakin pelik. Ada apa dengan statusnya?
“Sebab kau anak luar nikah!”
“Apa?!!!” terjerit juga Hani akhirnya. Tak berkelip dia pandang Ryan masih duduk angkuh di atas kerusi besarnya.
“Apa yang awak merepek ni? Siapa anak luar nikah? Saya? Saya bukan anak luar nikah!” nafi Hani geram.
Suka hati je mamat ni. Aku rendam dalam pencelup baju warna unggu, seluruh badan kau bertukar unggu! Siapa anak luar nikah? Aku anak sah taraf la!
“Kau boleh nafikan banyak mana kau nak tapi kau tak boleh buat aku percaya sebab.” Ryan pegang telinganya sendiri. “Aku lebih percaya apa yang aku dengar dari apa yang keluar dari mulut kau.” tambah Ryan kemudiannya.
“Tapi saya betul-betul bukan anak luar nikah! Saya ada ayah dan emak!”
“Emak? Maksud kau perempuan yang tinggal dengan kau tu? Hei, aku dah siasat la. Dia tu cuma mak angkat kau. Dia pernah bekerja di tempat kau tinggal. Rumah anak yatim Cahaya An-Nur. Dan nama kau tu, Hani bin Abdullah. Cukup nama kau, dah buktikan yang kau lahir dari hubungan yang...
“Diam!” potong Hani sebelum Ryan melanjutkan bicaranya yang cukup menyakitkan telinga.
“Dengar sini, awak dah salah faham. Memang saya berbinkan Abdullah tapi tu sebab nama ayah saya, Abdullah. Memang betul ibu saya tu, mak angkat tapi emak yang saya maksudkan adalah mak kandung saya. Dia dah meninggal. Saya bukan anak luar nikah!”
“Oh ya? Kau masih nak nafikan? Kalau betul la kau bukan anak luar nikah, mana pergi ayah kau? dah meninggal juga ke?”
Hani terdiam.
“Kenapa diam? Kau memang anak tak sah taraf kan?”
Soalan berulang kali mengenai statusnya, buat Hani bengang. Sejujurnya dia bukan seperti yang dikatakan Ryan. Memang ayahnya nama Abdullah dan dia tak tahu dimana ayahnya berada. Ayahnya dah lari dari rumah saat umurnya tujuh tahun. Kalau ditanya dimana ayah kandungnya, memang dia akan diam sebab dia tak tahu dan dia tak ingin tahu di mana orang tua tak bertanggungjawab itu ada.
“Kalau betul saya ni macam dikatakan awak, kenapa awak nak kahwin dengan saya? Mana ada orang nak kahwin dengan perempuan berstatus seperti yang dikatakan awak tu? Kalau ada pun, mungkin sebab cinta. Tapi awak tak cintakan saya, jadi kenapa awak nak kahiwn dengan saya?” duga Hani berani.
Kalau difikirkan balik, mana ada orang nak kahwin sebab status sebagai anak tak sah taraf. Lagi-lagi lelaki seperti Ryan. Tak mungkin!
“Sebab status kau tu, boleh buat aku berjaya dalam rancangan aku. So, aku nak kau kahwin dengan aku!”
Rancangan? Lelaki ni buat rancangan apa pula? Rancangan nak korbankan aku ke?
No! Maaf la tapi saya tak berminat nak masuk dalam rancangan awak tu. Saya tolak peminangan awak!” Tanpa belok-belok, Hani menolak.
Kalau dah tak suka, tolak je la kan?
“Saya rasa saya dah habis dekat sini. Saya balik dulu dan sekali lagi saya cakap, saya tak nak kahwin dengan awak!” ujar Hani kemudiannya. Dia menjeling sekilas pada wajah tak beriak Ryan sebelum berpusing ingin pergi.
“Berapa kau nak? Aku boleh bagi berapa saja kau nak.”
Kaki yang laju berjalan, terhenti. Hani ketap bibir. Dia ingat aku ni gila duit macam dia ke? Lelaki sepuluh juta ni ingat aku akan jadi partner dia? Tak ingin aku jadi pasangan lelaki tu. Sah-sah nanti aku terkena tempiasnya nanti. Tak nak aku jadi mrs. Sepuluh juta!
“Terima kasih dengan tawaran tu tapi... Saya-tak-ber-minat!” tekan dalam nada suara Hani. Sekilas dia memandang Ryan sebelum berpaling dengan angkuh.
Tapi kalau dia minta sepuluh juta, lelaki tu rela tak agaknya?
“Hani Abdullah. Anak angkat kepada Puan Maizurah. Ada kakak bernama Sarah dan adik-adik yang disayangi di rumah anak yatim Cahaya an-Nur.”
Buat sekian kalinya, kaki Hani terhenti melangkah. Laju dia berpusing takkala mendengar Ryan seakan membaca latar belakangnya. Nada lelaki tu buat dia tak senang. Melihat Ryan memegang beberapa helai kertas, buat hatinya berdebar. Lelaki tu betul-betul menyiasat tentang dia ke?
“Mungkin kau tak kesah kena pecat dan kau tak hairan walaupun aku tawarkan wang ringgit tapi agaknya kalau aku susahkan orang-orang kesayangan kau macam mana?”
“Apa maksud awak?” Hani yang berdiri hampir di muka pintu, berlari kembali ke arah Ryan. Mendekati lelaki itu dengan mata terbeliak. Sungguh dia tak sedap hati mendengar ucapan seperti ugutan itu.
“Sarah, kak kau kan? Anak mak angkat kau? Dia kerja mana sekarang? Hah, arkitek dekat syarikat Zalif kan?” tanya Ryan dengan muka separa jahat.
Cara lembut tak jalan, cara keras la kita guna.
“Kenapa dengan kakak saya?”
“Tak ada apa-apa cuma... Syarikat Zalif tu salah satu syarikat yang perlukan kerjasama dengan syarikat aku. Rasanya kalau aku suruh apa saja, mereka akan ikut demi kerjasama dengan syarikat besar aku ni. Agaknya kalau aku suruh dia orang pecat kakak kau, dia orang ikut tak?” sengaja Ryan buat-buat tanya.
Berubah terus muka Hani dibuatnya. Perubahan yang buat Ryan tersenyum suka.
“Dengar sini, macam mana pun, aku nak kau kahwin dengan aku kalau tak kerjaya kakak kau akan musnah!” ugut Ryan. Sekelip mata wajahnya berubah jahat.
Berdegup kencang jantung Hani dek perubahan suara dan riak wajah Ryan yang tiba-tiba. Riak mengungut seperti samseng dan terlukis wajah nekad di wajah lelaki tu.
Inikah topeng raksasa yang selalu dikatakan oleh pekerja syarikat ni?
“Lagi satu, aku dengar ada salah seorang dari anak yatim dari rumah kau menginap tu sakit jantung dan perlukan pembedahan. Dengar kata kau sendiri terlibat dalam mencari penderma untuk budak tu. Kalau macam tu apa kata, kau kahwin dengan aku dan segala pembiayaan budak sakit tu, aku tanggung. Macam mana?”
“Awak tengah ugut saya atau awak tengah tawarkan bantuan?”
Soalan penuh emosi dari Hani buat Ryan capai pen di atas mejanya. Badannya dibengkokkan hingga berlaga dengan mejanya. Tangannya bermain dengan pen itu sambil menunduk. Namun semua itu hanya seketika. Tiba-tiba saja dia mencampak jauh pen itu ke lantai dan senyuman jahatnya bergayut di bibirnya. Wajahnya diangkat hingga Hani sendiri terkesima.
“Dua-dua!” keras suaranya seakan menikam tepat ke arah jantung Hani.
“Awak...awak...” terasa bibir nipisnya gagal bersuara tiba-tiba.
“Aku tak nak main-main lagi dengan kau. Dengar sini cik Hani. Tak kira apa pun kau perlu kahwin dengan aku atau tak kerjaya kakak sulung kau jadi pertaruhan dan juga... Nyawa budak yatim tu jadi sasaran. Kalau kau tak nak ikut apa yang aku suruh, jangan harap seorang penderma pun akan tolong budak tu. Satu lagi, aku akan pastikan yang keluarga kau akan hidup susah.”
Menggeletar kaki Hani yang masih berdiri. Bila-bila saja dia rasa mampu jatuh terduduk. Lelaki di depannya sekarang bukan seperti lelaki yang dia hadap sebelum dia dipecat. Bukan juga lelaki yang bersikap tenang seperti mula-mula dia masuk ke bilik ini.
Lelaki itu seakan bertukar tiga ratus enam puluh darjah. Cara pandangannya seolah-olah ingin membaham mangsa.
Deal-or-not?” satu-satu disebut Ryan bersama telefon bimbit yang ditayang di hadapan Hani. Sungguh Hani terkelu sendiri.

You May Also Like

0 comments