BAB 3 HEY LAURA ITS ME

by - February 12, 2019

BAB 3



“DARI tadi kau asyik pandang aje tangan tu. Tangan kau kena najis Mutawasitah ke apa?”
Sairez tenung Fateh dan tapak tangan kawannya bersilih ganti. Sejak balik dari kedai Laura’s Bookflowers, Fateh tak berhenti merenung tangan sendiri. Jam pun dah dekat lapan setengah malam. Lama tu!
“Pukul berapa Datuk Zahid nak aku buat kerja dia?”
Bebola mata Sairez naik ke atas. Mencebik sedikit. Lain yang ditanya, lain yang dijawab.
“Pukul sepuluh malam.”
Fateh mengeluh. Tangan yang ditahan pada meja makan, diangkat.
“Tepat pukul sembilan, aku akan ke rumah Farid. Sepuluh minit lepas tu, kau telefon polis. Pastikan konco-konco Datuk Zahid musnah. Kau siapkan semua bukti tentang kerja haram Datuk tak guna tu. Kemudian, serah pada aku. Pandai-pandai aku cari jalan serahkan bukti pada pihak polis.”
Sairez angguk sekali. Tak membantah! Dari dia cari pasal dengan lelaki yang tak suka cakapnya dibantah, baik dia mengeyakan saja. Namun, hatinya sedikit gusar. Pantas dia mengekori Fateh yang sudah membolos ke dalam bilik.
“Fateh, aku bukan nak bangkang tapi, dari kita terlibat dengan benda ni, baik kita cakap yang kita tak terima kerja ni. Kau selamat, aku selamat. Dari kau susah-susah perangkap dia,” cadang Sairez.
T-shirt hitam yang baru muat separuh ditubuhnya dibuka kembali. Tajam Fateh mengerling Sairez. Bibirnya berdesis perlahan.
“Dia sentuh aku, aku sentuh dia. Lepas tu, hutang antara aku dan dia selesai. End of it!” Fateh silangkan tangan tanda pangkah. T-shirt sekali lagi disarung bersama Men black cardingan. Snow cap berwarna kelabu dicapai.
“Tapi ni bahaya. Urusan mereka tu urusan dadah. Kau tahu kan, macam mana manusia boleh jadi gila sebab dadah? Kalau mereka tahu kau dalang, habis. Bukan kau saja, aku sekali!” Sairez dah gentar.
Relaxes la. Tak ada siapa pun tahu aku, Marlo. Kau dan aku saja yang tahu. Kalau terbongkar siapa Marlo, itu bermakna...” Kecil mata Fateh pada Sairez. Kepala Sairez ditekan dengan jari yang sudah membentuk seperti pistol.
“Sumpah, aku tak akan cakap. Kalau aku diugut bunuh pun, aku janji tak kan bagi tahu. Sumpah!”
Fateh mencebik sinis. Kotak di atas meja, dibuka. Kaca mata berkamera dikenakan pada mata. Butang on pada bingkai bahagia tepi ditekan. Menguji!
“Tapi disebabkan kali ni kau yang jebakkan aku dalam bahaya, duit tu 60-40, Okey?”
Dasar hantu duit! Fateh menarik pula beg khasnya yang tergantung di tepi almari solek.
“Duit tu semua untuk kau. Aku cuma nak pastikan orang yang cuba perangkap aku terima habuan.” Fateh berlalu dari bilik.
Semua? Mata Sairez penuh dengan imej duit. Mulut ternganga besar. Tak sampai lima detik, dia dah bersorak gembira. Boleh la buat rawatan rambut dekat salon mahal. Yahoo!
Langkah Fateh diekori lagi.
“Tapi, kenapa kau nak selamatkan Farid tu?” duga Sairez saat tiba di rak kasut berhampiran pintu keluar rumah.
Musykil juga. Setahu dia, Fateh tak akan buat kerja kalau tak ada upah. Bagi lelaki itu, dia hanya akan buat apa yang membawa untung pada dia. Falsafah hidup Fateh senang saja. Matlamat menghalalkan cara. Cuma dua benda yang Fateh pegang. Perempuan dan kanak-kanak tak boleh terlibat, tak boleh dilukai.
“Mungkin aku boleh dapatkan client baru.” Fateh berdiri. Pinggang direngangkan.
“Kalau macam tu...” Sairez terus ambil tempat di ruang tamu. Duduk berhadapan tiga buah komputer yang terpasang.
Let’s start!” laungnya.
Fateh tabik sekali kemudian keluar.
Ya! Let’s start the game!


GERAK tangan yang pantas diperhatikan. Ayunan demi ayunan yang begitu cantik dan teratur cuba ditiru, tetapi gagal. Kagum bila matanya difokuskan pada kaki yang bergerak tanpa menampakkan kesumbangannya. Pinggang yang lembut bila meliuk-lentok buat hatinya disapa cemburu.
Kalau la dia boleh menari secekap itu.
Perlahan-lahan Linda mengambil tempat di atas lantai. Tak mahu ganggu fokus si penari. Irama muzik dalam filem Dhoom 2 bertajuk Crazy Kiya Rai membuatkan kepalanya terangguk-angguk. Saat lagu sampai ke detik akhir irama, tubuh si penari terkaku.
Sepi! Sesaat... Dua saat... Tiga saat...
“Tak penat ke? Tadi kau ajar budak-budak zumba. Sekarang menari macam tak ingat dunia. Tak puas lagi?” Linda tunduk mengerling jam tangan sebelum memandang Laura yang melangkah ke arahnya sambil mengelap peluh.
“Aku stres!!!” teriak Laura. Punggung dihempas tepi Linda. Kaki dipaut, dibawa ke dada. Kedua-dua tangan menekup tepi kepala.
Serabut!
“Pula? Stres pasal apa?” Linda beri tumpuan pada sepenuhnya pada sepupunya.
“Kalau pasal duit, insya-Allah aku boleh tolong. Lagipun, jangan risau. Kau datang ajar budak-budak aku zumba ni, aku bagi upah punya,” tambah Linda kemudian. Bahu Laura ditepuk-tepuk macam budak kecil.
Automatik Laura angkat wajah. Muka yang serabut jadi masam.
“Dahi aku ni ada cop ke, setiap kali aku stres? Kau ni, pantang aku ada masalah mesti kau hentam aku ada masalah duit. Ni bukan pasal duit tapi Iskandar!”
“Iskandar?”
Laura sekadar mengangguk. Wajah gelisah kembali terpampang. Linda mengeluh. Hati Laura cuba dibaca. Berapa tahun Laura tak menyebut nama itu di depannya, sekarang nama itu kembali meniti di bibir nipis itu.
“Lin, macam mana kalau Iskandar dah mati?”
Hah?”
“Aku takut Iskandar mati.” Muka diletak atas lutut.
Linda terdiam. Namun, beberapa saat kemudian dia tegakkan badan. Keluhan dilepas perlahan.
“Bagus la dia dah mati. Kau tak akan jumpa dia dan dia pergi bersama dosa-dosa dia. Mungkin dah ditakdirkan dia tak dihukum di dunia tapi di sana. Siapa tahu?” Senang saja Linda putuskan.
Laura buang nafas. Mungkin betul kata Linda. Kalau Iskandar dah tiada, bermaksud mereka tak akan bertemu lagi di dunia ini. Tiada pertemuan bermakna tiada kesakitan. Tapi hatinya sukar untuk menerima hakikat itu.
“Kau sedih sebab dia cinta pertama kau?” duga Linda tiba-tiba.
Laura tersentak. Detak jantungnya berubah. Tak sekata dan tak senada. Bayangan seseorang melintas. Seakan terngiang-ngiang setiap tawanya ketika bersama lelaki itu.
“Bukan! Aku cuma tak puas hati. Mana boleh dia tinggalkan dunia ni macam tu saja. Tinggalkan aku tanpa penjelasan. Aku tak boleh hidup tanpa tahu sebab sebenarnya atas semua tindakan dia selama ni. Aku tak boleh, Lin.”
“Habis tu nak buat macam mana? Tak kan nak kejut dia dari kubur semata-mata nak suruh dia jawab setiap soalan kau?” tempelak Linda.
“Lin!”
Linda angkat ke dua-dua tangannya.
“Okey, sorry. Aku bukan nak sindir kau tapi kau tahu kan, aku paling pantang dengan orang yang hidup bersama pengaruh masa silam. Come on, Laura. Tu cerita bertahun-tahun lepas. Masa kau masih berhingus. Lupa aje la. Kalau betul dia dah tak ada, kau patut reda. Biar dia tenang di sana.”
“Tapi sakit, Lin. Sakit sangat bila teringat apa yang dia buat. Kalau bukan sebab dia, aku tak akan kehilangan.” Laura pegang dada. Mahu tunjuk betapa dia masih dibayangi kisah semalam.
Linda usap bahu Laura. Sedih bila menangkap kekeruhan pada wajah gadis malang itu.
“Dah la tu. Apa kata kau ikut aku esok. Kita happy kan diri. Nak?”
“Pergi mana?”
Linda senyum penuh makna.
“Senyum gatal macam tu, mesti ada benda tak elok. Jangan bawa aku pi kelab malam, Lin. Aku tak masuk tempat-tempat maksiat macam tu.” Laura menggeleng. Linda ni bukan boleh harap sangat. Kerja dia nak berseronok saja.
“Eh, minah ni. Aku debik nanti. Ada la. Esok kau tahu. Sebelum tu, aku nak tanya. Kau tahu dari mana Iskandar dah tak ada?”
Terus wajah lelaki misteri petang tadi menjelma di mata Laura.
“Aku mimpi malam tadi,” bohong Laura.
Entah kenapa, berat hati nak beritahu Linda pasal petang tadi. Kalau dia beritahu, mesti perempuan tu kalut punya. Silap-silap Linda akan heret dia ke balai polis buat aduan.
“Agak-agak la kalau nak buat lawak pun. Kau ingat, kau tu Mr. Bean? Sebab mimpi aje? Then, kau stres sampai tak ingat dunia sebab mimpi tu.” Linda menggeleng.
Laura tersengih.
“Lin, aku nak tanya kau ni. Dalam banyak-banyak drama atau filem... Tak kesah la filem negara mana pun. Pernah tak kau tengok watak lelaki saam ada hero atau antagonis yang penuh dengan aura, bercinta dengan pondan?” tanya Laura saat terfikirkan si pondan bersama lelaki misteri itu.
Seram aje dia dengar si pondan tu bersayang-sayang. Lelaki gagah bercinta dengan pondan? Geli tekak, wei!
“Soalan apa kau tanya ni, Laura oi! Agak-agak la lelaki penuh aura nak bercinta dengan pondan. Kalau lelaki metroseksual, aku percaya la. Sepanjang aku hidup tak ada lagi la filem macam tu. Tapi, tak tahu la kalau aku terlepas pandang.”
Semakin merepek-repek pula sepupunya. Tak kan dah tak betul gara-gara nama si Iskandar yang muncul?
“Aku cuma terfikir aje. Aku tengok buku-buku tersusun dalam kedai aku tu, buat aku terfikir nak menulis. Dok fikir kalau aku buat watak utama bercinta dengan pondan, apa terjadi,” ujar Laura.
Linda tarik muka. Apa pelik punya cerita?
“Aku tahu apa jadi.” Linda berdiri. Lagi lama dia bertenggek depan Laura, entah soalan pelik apa lagi yang dia kena jawab.
“Apa?” Laura ikut bangun.
Linda senyum jahat.
“Sah-sah la buku kau kena bakar. Entah-entah, sekali kau dibakar pembaca. Dah la tu, Laura. Jangan nak berangan jadi penulis. Cukup la kau jual buku-buku penulis. Jom keluar, minum. Dahaga ni. Kena teh tarik, memang meletup ni.” Linda terus menghampiri pintu keluar Gym.
Laura cekak pinggang. Sampai kena bakar? Dasyat juga orang Malaysia ni. Tak tunggu lama, langkah Linda diekori. Tadi dah buang kalori, sekarang masa nak tambah kalori pula.

You May Also Like

0 comments