BAB 5 (BACKUP CINTA)

by - February 12, 2019

BAB 5


Berlenggang lenggok gayanya menghampiri bangunan pejabatnya.  Sambil berjalan matanya meliar merata-rata.  Sesekali dia tersenyum pada orang ramai yang lalu lalang tapi malang.  Senyumannya dibalas dengan jelingan.  Susah sangat ke nak senyum tu!  Senyuman tu satu sedekah dan untung-untung boleh jadi awet muda.  Tapi kenapa ada manusia berlagak sangat?!  Tayang muka ketat dua puluh empat jam.
Elok sampai je depan ofis,  langkahnya mati.
“Eh, itu kan...”  
Tajam matanya memerhati kereta putih yang tersadai di depan pejabatnya.  Susuk tubuh dalam kereta itu buat dia melopong.
“Itukan kekasih gelap aku!”  matanya terbelalak.
Bingkas dihalanya kaki ke arah kereta itu. Kali ni takkan terlepas!  Sejak tertemu di KLIA temoh hari,  muka tu je la yang dia bayangkan.  Dia harap sangat dapat berjumpa dengan lelaki itu sekali lagi.  Berharap sangat!
Malang betul nasibnya.  Elok je nak melangkah,  tiba-tiba cermin tingkap itu dinaikkan.  Sesaat kemudian,  kereta itu berlalu.  Isha ternganga.
“Tunggu!”  jeritnya tapi perlahan.  Kalau perlahan macam tu, memang tak la pemandu tu nak dengar.
Tapi Isha tak putus asa, sebaliknya mengejar dengan langkah seribu.  Tapi kalau dah nama nasib malang,  malang juga.  Elok je dia nak teruskan larian, sekelip mata dia terguling macam bola boling.
“Aduh!!!”  
Berkerut dahi Isha menahan sakit.  Masa ni pula nak jatuhnya!  Kaki yang sakit dipicit geram.  Lama matanya terkunci pada kain kurungnya.  Kalau dapat gunting ni memang dah digunting lunyai kain tu.  Baru nak kejar dia terpijak kainnya sendiri. Apalagi?  Dapat sakit free la!
“Benci..benci..benci!”  tekannya geram.
Dalam sakit sempat juga matanya menjeling kereta yang hampir tak nampak bayangnya.  Dia tersebek.
“Jatuh ke?”
Isha angkat muka.  Menyeringai dia melihat lelaki yang tersenyum manis di depannya.
“Tak la, tengah main batu seremban ni. Tak nampak ke?”
Dah jelas la dia tertiarap, lagi mahu tanya.  Nasib pak Din yang tanya soalan kurang bijak tu,  kalau orang lain memang dia backhand je!
“Oh ye ke?  Tapi dari jauh tadi pak Din nampak ada orang tergolek elok.  Memang suka golek atas jalan raya eh?” giat pak Din.
Sentap sekejap Isha dibuatnya. Amboi orang tua ni bukan main lagi memerli ya.
“Lain kali hati-hati.  Boleh bangun ke tak ni?  Kalau tak boleh,  pak Din nak dukung.”
Berdecit Isha dibuatnya.  Jangan harap!  Kalau pak Din ni dukung dia mahu dia menangis 44 hari.  Muka pak Din dipandang sambil mula bangun.  Nasib tak terkehel kakinya.
“Pak Din larat ke  nak angkat saya?  Tengok tulang tu macam nak reput awal je. Rasanya kalau pak Din angkat saya,  mahu tercabut tangan tu.”
Spesies tak sayang mulut macam ni la.  Nasib pak Din sporting walaupun dikutuk.  Siap sengih lagi tu.
Isha berdiri tegak.  Uratnya dibetul-betulkan.
“Ni yang hang balik awal sangat ni kenapa?  Dah habis makan ka?”
Tangan Isha terhenti dari mengurut lengannya.  Ditenung muka pak Din yang tak berapa nak muda sangat tu.  Cepat?  Dia rasa dia dah terlambat masuk ofis ada la.
“Awal apanya pak Din?  Ni dah kira lambat tahu.  Pak Din kalau nak perli saya agak-agak la.”
“Hang ni mengantuk ke apa?  Hang tak tengok jam ka?  Ni baru pukul 1.00 tengah hari.”
Isha terpana.  Betulkah?  Cepat-cepat beg tangannya diselongkar.  Matanya terarah pada jarum jam sebaik saja jam berada ditangannya.  Dia mengeluh.
“Jam ni dah mati la pak Din.  Ni mesti mati pukul 1 pagi tadi.  Patut la ramai yang tak balik lagi. Ingat kan dah lambat tadi.  Penat je saya berkejar bagai!”  bebel Isha.  Diketuknya jam tu dengan perasaan geram.
“Yang hang salahkan jam tu kenapa?  Yang salah tu tuan dia.  Orang pakai jam dekat tangan tapi hang biar beg hang yang pakai jam.  Kalau hang pakai jam tu dah lama la hang tahu jam tu dah mampus.  Sekarang padan muka hang.”
Isha mencebik.  Pak Din, si pengawal ni mengejek dia nampak.  Beletiaq tak ingat masa, siap terawang-awang lgi tangan tu.
“Malas la.  Rimas, berat!”  Isha beralasan.
“Okey la pak Din,  saya masuk dulu alang-alang dah sampai ni.”  Intan Isha kemudiannya.
Pak Din mengangguk.  “Hati-hati sikit sat lagi jatuh macam nangka busuk lagi!”
“Ni bukan nangka busuk la,  ni nangka wangi!”
“Banyak la hang punya wangi!”
“Memang banyak pun.”  Isha bersuara loyar buruk.
Pak Din diam. Ada je nak menjawab.  Tanpa kata Isha meluru terus ke dalam bangunan.  Terkumat-kamit mulut pak Din nak membebel bila Isha masih tak serik berlari.  Jatuh juga budak ni nanti!  Pak Din menggeleng.
Sampai je depan pintu lif,  butang naik ke atas ditekan. Bila pintu lif terbuka,  cepat-cepat dia masuk.
“Kalau aku ikut Zila dan Dayah tadi pun tak pa.  Tu la, bila dia orang ajak, aku tolak.  Kononnya malas nak keluar lunch.  Padan muka terpaksa makan seorang tadi bila perut tu bergelodak lapar.”  Membebel pula dia dalam lif kosong ni.
Kesempatan itu Isha membetulkan tudungnya sebelum  lif terbuka.  Elok je lif terbuka, dia mengeluarkan diri.  Rasa memang hari ni dia malang.  Baru nak keluar, terseradung depan lif.  Nasib tak tergolek.
“Ya aku faham.  Baik!”
Langkah Isha terhenti. Lama dia pandang lelaki berparut yang sedang bercakap telefon.  Dia ni pekerja sini ke?  Tak pernah tengok pun.  Pekerja baru kot.  Tapi muka dia nampak menggerunkan la.
Bila lelaki tu melangkah.  Isha terasa kakinya ikut bergerak melangkah.
“Siapa dia eh?”
Disebabkan hatinya tertanya-tanya, dia mengekori langkah lelaki itu.  Terlopong sekejap bila lelaki itu masuk ke sebuah bilik.
“Apa yang di buat dalam bilik monster tu?”
Menonong langkah Isha mendekati bilik.  Dek bilik yang tak tertutup rapat,  disuanya biji matanya.  Skodeng!
Well done!  Well done! Bro.  Aku tak sangka kau secekap ni.  Memang tak rugi aku ambil kau.  Good job!”
Eh itu macam suara monster house a.k.a Rusman.  Pasang telinga je la.
“Bos macam tak kenal saya.  Apa yang bos suruh buat,  aku akan pastikan clear.  Bukti terhapus.”
Tuan Rusman ketawa kuat mendengar suara membangga diri lelaki berparut itu.  Kerja Adnan memang terbaik.
Kau masih macam dulu.  Kau punya kerja terbaik.”
“Terbaik je ke bos?  Income tak naik  ke?”
Berkerut dahi Isha yang masih menggunakan perkhidmatan telinganya.  Dalam hati dia tertanya-tanya,  lelaki itu pekerja di sini ke?
Selamba je Rusman duduk di atas meja dengan kaki bersilang.  Sekali-sekala tawa mereka bergabung.
Kalau tak disebabkan kau,  aku tak tahulah bila si jahanam tu akan mampus.  Elok abang dia berambus,  dia pula mengacau hidup aku.  Ada hati nak jadi bos besar!”  Rusman mengusap dagu penuh kebencian.
Tiba-tiba saja dia berdiri dan menghampiri sebuah laci.
“Ni  upah kau dengan bonus sekali.”
Satu sampul di letakkan di atas meja.  Adnan apa lagi,  cerah mukanya melihat duit yang bakal menjadi miliknya.  Tersenyum lebar mencapai sampul itu.
“Tapi aku nak kau pastikn sesiapa pun tak tahu yang aku terlibat dalam kemalangan tu faham!  Ingat biar pecah dimana-mana pun tapi jangan pecah di mulut!”
“Jangan risau bos.  Tak ada sesiapa yang akan tahu!”  Adnan menabur janji.
“Shahril tu bodoh!  Dia ingat dia lawan aku. Ugut aku sebab gelapkan wang syarikat.  Sebelum diapecat aku,  dia dulu aku hantar ke neraka.  Bodoh!”
Tuan Rusman ketawa lagi.  Bangga bila orang yang menyusahkan dirinya telah Berjaya disingkirkan.
“Aku nak kau buat satu kerja lagi untuk aku.” Bicara Rusman tiba-tiba
“Apa bos?”
“Ini..”
Rusman meletakkan satu gambar di depan Adnan.
“Siapa ni bos?”  
“Adik Shahril,  Fina.  Aku nak kau uruskan dia. Kalau boleh jangan sampai orang jumpa mayat dia pun.  Kalau kau berjaya,  aku bagi habuan lebih besar.”
Adnan tersengih.  Kerja mudah!  Tak susah untuk dia dpatkan duit.  Bunuh orang dan habuan terbesar menunggunya.
“Bos nak saya buat macam mana?  Kerat dia?  Simen dia?  Ke bakar terus je?”
“Aku tak kisah kau nak buat apa tapi pastikan dia tak menjadi satu masalah buat aku lagi!”
Isha diluar dah tak tertelan air liur.  Terketar-ketar kakinya di situ.  Nafasnya terasa di hujung tanduk.  Kemalangan bos,  Rusman yang rancang?  Tapi bukankah bos tu anak saudaranya.  Lepas ni nak bunuh adik bos pula?  Kerat? Bakar?  Sungguh isha rasa mcm nak menangis tak berlagu.  Menangis ketakutan.
Tapi apa yang perlu dia buat sekarang?  Report polis?  Tapi tak cukup bukti.  Kalau dia betul-betul report dan Rusman tahu dia yang buat report,  dia pula yang bakal dibakar hidup-hidup nanti.
Tiba-tiba dia terasa bagaikan nampak mak long, Intan, Irdina yang menangis menghadap mayatnya.  Intan dah habis satu kotak tisu kerana banyak sangat menangis.
“Tidak!!!!” bergegar tubuhnya dengan jeritan batin.
Tanpa sedar tangannya dah tertolak sedikit pintu.
“Siapa tu?”
Isha kecut.  Hampir saja biji matanya jatuh ke lantai.  Saat itu terasa bagaikan ada kaki yang menapak ke arah pintu.
Apa lagi,  cepat-cepa dia buka langkah seribu.  Kalau tak lari tu maknanya dia sedang latak pisau Rambo dileher sendiri.
Adnan membuka luas pintu.   Menilik jika ada orang, tapi kosong.
“Ada apa Adnan?”
“Tak ada apa-apa.”  Jawab Adnan sambil menggeleng.
“Biarkan saja.  Mungkin angin.”  Balas Rusman.
Dia tak mempedulikan hal itu malah otaknya galak berfikir kejayaannya.  Akhirnya semua harta bakal menjadi miliknya.
Adnan mengerutkan dah hingga hampir bercantum.  Angin datang dari mana?  Hatinya rasa tak  sedap tiba-tiba.
Di dalam tandas,  dahi Isha merintik dengan peluh.  Terketar-ketar seluruh tubuhnya.  Dia benar-benar kecut perut.  Mulut dah bisu dan otaknya cramp tiba-tiba.
Dalam banyak-banyak orang kenapa aku yang terdengar semua tu?  Ya Allah apa yang harus aku buat?  Kalau aku diam mungkin aku boleh mati dengan rahsia tu tapi kalau aku beritahu apa yang aku dengar tak mustahil aku akan....
Hati Isha tak sanggup teruskan kata.  Sekilas wajah bosnya muncul. Memang la bos tu kadang-kadang tanduk muncul atas kepala tapi dia baik juga.  Senyuman comel bos tu memang killer betul.
“Isha macam mana ni?”  dia buntu. Tiba-tiba saja wajah seseorang terlintas.  Lantas telefon bimbit dikeluarkan.
“Ita, kau boleh tolong aku tak?  Ambil aku dekat ofis aku.”  Tanpa salam Isha menerjah terus.  
“Aku demam ni.  Tak larat nak tunggu teksi. Please tolong ambil aku.”  Rayunya dengan suara menahan getar.  Setitis air mata ketakutan jatuh di pipi.
Dia takut dan terlalu takut. Lepas ni muka Rusman akan jadi nightmare!
“Cepat tahu!  Aku dah tak tahan ni.”  Gesanya sebelum talian dimatikan.
Dahi dipegang.  Panas!  Ni mesti terlebih daripada suhu 40 darjah selsius.  Sumpah!  Kalau dia terserempak dengan Rusman,  confirm dia pengsan!

You May Also Like

0 comments