BAB 17 Hana dan Ayie

by - November 02, 2018



Tempat duduk motornya ditampar-tampar geram. Mulut pula tak habis mengomel dengan kaki terus menuntun motornya.

"Masa ni la kau nak sakit cik black. Aku baru ingat nak hantar kau buat servis, kau dah buat hal. Aku buang kau dalam sungai Klang baru ada akal. Selama ni aku kenyangkan perut kau dengan minyak petrol, sekarang kau mogok pula. Kebas kaki aku sebab kau. Sabar aja lah"

Semakin kuat dia menampar seat motornya. Entah apa kena dengan motor dia tu. Tiba-tiba tak boleh hidup. Tahu la tuan kau ni jarang exercise, tapi jangan la dera tuan kau macam ni.

Hana mengeluh sebelum mengangkat wajahnya. Nasib baik dah hampir dengan rumah. Ada la dalam dua puluh minit dia tuntun motornya yang 'sakit' tu. Naik kering air dalam badan. Tak sabar nak teguk air ais dalam peti.

Bagaikan tidak sabar, dia cuba lajukan langkahnya dan matanya menghala ke rumahnya namun...

"Tentera semut hitam!" Terlepas satu jeritan dari mulutnya.

Kuatnya jeritan sampai salah seorang dari tentera semut hitam menghalakan pandangan ke arah Hana. Hana terpanar. Berdesup kepala di paling ke tepi. Kononnya tengah menilik rumah-rumah ditepinya. Tangan meraba muka, kononya mengelap peluh. Moga-moga tentera semut hitam tu tak perasankan dia.

Apa yang mereka buat dekat sini? Hesy! Dia orang ingat kacak sangat pakai pakaian macam men in black tu? Hodoh tahu! Ni mesti kerja monster gila kuasa tu. Kenapa dia muncul pula. Nasib la dia hantar bala tentera je. Kalau dia yang datang, mahu jadi peperangan antara hidup dan mati.

Mata Hana semakin rakus meliar-liar. Cari idea supaya tak dikesan. Saat ini ada dua idea je dalam otak dia. Satu, pusing dan lari. Tapi kalau dia berpusing tiba-tiba dan larikan diri, mahu kena kejar dengan bala tentera.

Idea dua! Masuk mana-mana rumah jiran. Buat-buat macam masuk rumah sendiri. Tapi masalahnya, semua rumah jiran ni pintu tertutup! Celah mana dia nak curi masuk?

Asyik berperang dengan diri sendiri, matanya tertancap rumah seseorang.

Ya Allah, terima kasih tolong bukakan jalan untuk aku lari, syukur hatinya. Dengan penuh keyakinan dan kepercayaan pada diri sendiri, dia mula berjalan menuju ke salah sebuah rumah yang terbuka pintu. Muka masih dipaling ke tepi supaya tak dicam.

I love you la tuan rumah! Nasib kau buka pintu kalau tak, terjerat aku dalam kandang naga, ucap Hana terharu.

Dengan gaya selamba badak, dia tuntun motornya yang rosak masuk ke perkarangan rumah itu. Sempat dia menjeling dengan ekor mata.
Mak ai! Tentera semut tengah tengok ke arahnya semacam. Kalau macam ni wajib lajukan kaki masuk rumah. Dengan langkah kalut, pantas dia meluru masuk tanpa izin. Rumah siapa pun, kira halal la masuk. Aggap je tengah darurat. Bila kakinya pijak saja lantai rumah orang asing tu, tangannya laju menutup pintu. Adoi! Dia buat serupa rumah sendiri dah.

.........

Kedegang!!!

Ayie terperanjat sampai melompat punggungnya dia atas sofa. Sempat la dia buat aksi terbangkan buku sebelum bangun dengan mata terbeliak besar.

"Hana?"

Hana ikut tersentak. 'Macam kenal je suara tu.'
Hana berpusing dan kali ni dia ternganga. Punya kalut sampai tak perasan rumah siapa dia masuk. Macam mana boleh silap masuk rumah Ayie ni?

"Hana buat apa dekat rumah abang ni?" Jeritan Ayie membelah suasana. Rasanya bala tentera tu pun boleh dengar.

"Shuhhhhhh!" Hana menampar bibirnya dengan jari telunjuknya dengan muka terhala pada Ayie. Mamat ni bising la!

"Apa shuhhh...shuhhh?" Ayie meniru lagak Hana yang memberi amaran dengan isyarat supaya diam.

"Diam la sikit abang Ayie ni!" Marah Hana sebelum dia terjengket ke arah tingkap. Langsir disingkapkan sedikit. Tentera tu dah tengok ke arah sini. Minta-minta la mereka tak perasankan dia tadi.

Ayie dibelakang mula menggaru tengkuknya. Siapa tuan rumah ni? Selamba je Hana suruh dia diam dengan muka berang. Patutnya dia yang tayang muka berang. Orang asing ceroboh rumah!

Mulut Hana di sebalik langsir tak habis-habis terkumat-kamit. Macam tengah maki orang ada juga.

"Memang gila betul la monster gila kuasa tu. Dia boleh hantar askar semut hitam dia tu. Apa malangnya nasib aku? Dah la mak dengan kak long aku tak da. Aku nak lawan dengan tentera semut hitam? Memang tak la. Tengok badan mereka yang sado tu, dah membuktikan bahawa aku bakal kalah kalau lawan dengan dia orang. Apa yang monster tu nak hah?" desis Hana sendiri.

Ayie tayang muka lemau. Dia ni halimunankah? Melihat Hana yang amsih tak berginjak dari langsir dengan muka tengah curi-curi melihat sesuatu, dia mula menghampiri Hana. Cukup bersahaja gaya Ayie, menarik luas langsir.

"Siapa tu?"

"Abang Ayie!"

Pap!

Lengan Ayie ditampar. Macam kena renjatan elektrik, Ayie melepaskan langsir yang diselak. Tangannya diusap sambil memandang Hana yang mula menjeling. Dah lebih! Sampai tangan aku pun kau tampar.

"Sakitlah." adu Ayie masih meneruskan aktiviti mengusap lengannya.

"Mak abang Ayie mana?" Tanya Hana tiba-tiba dengan muka dipalingkan sedikit ke tepi.mamat ni tak kerja ke?

Kenapa gaya mamat tu usap lengan, nampak menggoda sangat? Gila la kau Hana! Cuba sedarkan diri sikit. Jangan tengok Ayie lama-lama. Habis runtuh kubu pertahanan cinta yang dia bina. Kalau benteng pertahanan runtuh, silap hari bulan mulut murai taman ni dapat berita baru. Berita yang tertulis, 'minah kecewa tekad terkam anak jiran!' mati dia!

"Mak abang tak da." jawab Ayie pendek.

"Papa abang?"

"Klinik!"

Hana terdiam sekejap. Berfikir! Kalau semua orang tak ada, maknanya dia dan ayie...

"Abang seorang je ke kat rumah ni sekarang?"

"Tak la. Bertiga. Sekali malaikat di bahu kanan dan kiri."

Hana tayang gigi dengan muka geram. Dah habis lawak la tu? Melihat Ayie, Hana telan air liur. Kenapa la lelaki ni pakai t-shirt tak berlengan. Warna hijau pula tu. Ada juga perempuan hilang kewarasan nanti.

Tak boleh berlama-lama dekat sini! Kena keluar. Nanti tak pasal-pasal kena tangkap dan hadap tok kadi. Tapi kalau dia keluar, mesti terserempak dengan askar tak tahu letih menunggu tu. Mati la nak!

Hana cuba mencari jalan. Tiba-tiba saja dia petik jari. Dah tahu apa yang patut dia buat. Tanpa memandang Ayie, dia mula melangkah ke arah dapur milik rumah ibu bapa Ayie.

"Nak pergi mana pula tu?" Ayie tayang keningnya yang cantik.

"Nak keluar la, nak pi mana lagi? Tak kan nak terperangkap dengan mamat yang cakap tak serupa bikin? Ops! Silap! Mamat yang tak ada pendirian!"

"Hana...."

Hana mencebik tak takut walaupun rahang Ayie mula bergerak. Tercabar ego ke bang? Nak marah konon! Apa yang kau buat dekat aku lagi teruk tahu. Aku kutuk kau je, tapi kau tinggalkan aku. Tak pasal-pasal aku jadi pengantin paling menyedihkan abad ni!

"Kalau nak keluar, kenapa kaki tu ke arah sana? Pintu dekat sana, bukan dekat situ." jari Ayie terhala pada pintu rumah sebelum terhala ke belakang.

"Hana nak pinjam laman belakang rumah abang Ayie sekejap."

"Untuk?"

"Menyorok dari bala tentera semut hitam!"

You May Also Like

0 comments