BAB 3 Hana dan Ayie

by - November 02, 2018




"Apa?!!!"

Ayie tayang muka malas. Mak dia dah buat muka terkejut pula dah.

"Ayie, mama tak salah dengar kan?" soal Puan Hamidah sambil memegang telinganya sendiri. Macam tengah bermimpi pun ada. Ke dia betul-betul bermimpi?

"Ya mama. Apa yang mama dengar tu memang betul. Ayie nak mama pinang Hana!"

Terjatuh tangan Puan Hamidah dari telinganya. Maknanya Telinga dia belum luruh lagi la? Dia tak pekak! Memang Ayie nak dia pinangkan Hana.

Hana???
Bukan dia tak nak tapi dia khuatir. Budak macam Hana tu boleh ke jadi isteri pada Ayie?

"Mama tak suka? Kalau tak suka tak apa. Kalau mama nak tengok Ayie kahwin, mama pinang budak depan rumah tu kalau tak, mungkin mama tak akan terima menantu selama-lamanya," ujar Ayie dengan nada mengugut. Wah! Sampai mengugut mak sendiri. Ni dah parah!

Kecewa punya penangan sampai dia sanggup suruh mama pinang budak yang tak masuk dalam senarai gadis impiannya.

"Bukan mama tak suka tapi..."

"Sebab dia penganggur?"

Puan Hamidah mengeluh lembut. Ini bukan drama antara dua darjat. Kalau orang lain, mungkin tak terima Hana sebab budak tu penganggur. Memang jauh beza dengan anaknya yang bekerja sebagai enginner. Tapi dia tak kisah semua tu. Kalau anak dia nak kahwin dengan orang tak lepas SPM pun dia redha cuma Hana tu problem sikit!
Dia tak rasa Hana yang nampak tak matang tu boleh jadi isteri. Maksudnya, bersedia menjadi isteri. Kata emak Hana, Hana tu bukan pandai masak! Habis kalau tak pandai masak, nak bagi Ayie makan apa? Tapau kedai hari-hari?
Itu satu! Dua, Hana tu macam budak-budak. Perangai pun gila-gila. Macam tak sesuai je dengan Ayie.

"Mama bukan tak suka cuma kamu tu. Mama tak nak kamu buat keputusan melulu sebab Liana dah tolak kamu. Mama boleh terima Hana jadi menantu mama tapi sekali dia jadi menantu mama, mama tak nak kamu sia-siakan dia. Dia anak kawan baik mama."

"Kalau dia jadi isteri Ayie, kenapa pula Ayie nak sia-siakan dia? Macam ni la mama, mama buat keputusan. Ayie nak pergi kerja. Kalau mama tak pinang Hana, mama mungkin tak akan tengok Ayie naik pelamin sampai bila-bila." kata dua diberi oleh Ayie.

Sekarang keputusan di tangan mamanya. Nak dia kahwin, pinang Hana. Nak dia membujang, jangan pinang Hana, simple!

"Jadi Ayie memang betul-betul nak kan Hana?" sekali lagi Puan Hamidah cuba mendapatkan kepastian.

Ayie yang sudah berjalan ke muka pintu diekori dengan wajah sedikit risau. Jelas riak kecewa masih berbaki pada wajah itu.

"Ya, ma. Ayie yakin!" Sekilas dia memandang Puan Hamidah sebelum tunduk memakai kasut.

"Baik! Mama pinang Hana!"

Bomm!!!

Hati Ayie terasa meletup tiba-tiba. Mendengar keputusan mamanya buat hatinya berdolak-dalik tiba-tiba. Bukan tadi dia yang yakin sangat ke? Nak tak nak, Ayie mengangguk perlahan. Dia dah buat keputusan jadi dia tak akan berpatah balik!

"Ayie tak nak bertunang terus kahwin je. Kalau dia terima, dua bulan dari sekarang!"

"Dua bulan???" terjojol biji mata Puan Hamidah.

"Mana sempat nak buat persediaan. Kamu dah gila ke Ayie? Sekurang-kurangnya setahun! Kalau tak, lima bulan pun boleh." bangkang Puan Hamidah. Memang gila la kalau dua bulan nak kahwin.

Memang mama. Memang anak mama ni dah gila pun!!!

"Nope! Dua bulan. Kita buat yang wajib dulu. Akad nikah." balas Ayie tetap bertegas dengan kata-katanya.

"Kamu ingat kamu kahwin dengan anak patung? Sekurang-kurangnya kena buat majlis sanding semua. Kamu ingat mak cik Zura tu nak bagi anak dia macam tu je? Jangan nak buat malu mama! Anak mama kerja engginer tak kan mama nak buat majlis akd nikah je? Nanti orang kata mama kedekut!"

Kedekut? Itu pula yang mama dia fikir? Alahai!
Ayie berdiri depan mamanya saat sudah bersedia untuk pergi. Tanpa kata, tangan Puan Hamidah diraih. Disalam dan dicium. Ni memang bakal menantu mithali ni.

"Kita tetap akan buat majlis tapi bukan sekarang. Ayie nak menikah dulu dan kemudian baru fikir pasal persandingan ke apa ke. Kalau Hana nak, dia kena la terima dua bulan tu. Kalau tak nak, Ayie tak kisah. Tak payah kahwin." jelas Ayie keadaan sebenar.

"Tapi..."

"Mama, Ayie dah lambat nak ke pejabat. Mama fikirkan la. Ayie pergi dulu.

Assalamualaikum..."

Dengan salam yang diberi, Ayie berlalu begitu saja. Puan Hamidah nampak sedikit binggung. Dia tahu, Ayie tak ikhlas mana pun nak melamar anak orang depan rumahnya tapi Ayie buat keputusan terburu-buru. Tapi kalau Ayie betul kotakan janji tak nak berkahwin macam mana? Habislah impian dia nak bercucu.
Rumah di depan di pandang sejurus saja kereta Toyota Camry anaknya meninggalkan perkarangan rumah itu. Patutkah dia melamar Hana? Hana walaupun dia gila-gila, Puan Hamidah tahu gadis itu berhati baik. Kalau tak, tak kan Hana nak bantu nenek tua yang terjatuh longkang hari tu? Tapi sesuai ke gadis yang berpewatakan budak-budak tu dengan Ayie yang mengidamkan bakal isteri yang sempurna?

Hana dan Liana memang jauh berbeza!
Dengan keluhan panjang, Puan Hamidah menutup pintu rumah. Hana pun Hana la. Janji dia dan suaminya dapat agah cucu nanti!

...

Hana tersengih di tepi tingkap biliknya. Mahu tak sengih? Dia kan tengah mengendap cinta hati dia pergi ke pejabat. Dengan baju berbaju biru dan slack hitam, dan tali leher bewarna hitam kelabu, memang Ayie nampak kacak sangat.

Kenapa la dia tak dilahirkan sebagai Liana? Cemburunya dengan perempuan tu. Dah la cantik, bekerjaya. Lepas tu pilihan abang Ayie pula tu. Cuma... Liana tu agak bodoh belajar tinggi. Adakah lelaki baik macam Ayie tu dia tolak? Bengong betul perempuan tu!

Dia pernah la jumpa Liana dua tiga kali. Itupun sebab dia Puan Hamidah kenalkan dia dengan kekasih Ayie tu. Puan Hamidah bukan main bangga perkenalkan bakal menantunya sampai Hana rasa darahnya naik ke kepala. Cemburu!
Tapi bila difikirkan balik, Liana tu memang pasangan yang baik untuk Ayie. Disebabkan itu juga, Hana tak ada la kisah kalau Ayie nak kahwin dengan Liana. Dia percaya dengan jodoh. Kalau Jodoh Ayie dengan perempuan tu, nak buat macam mana? Tapi kalau bukan, memang dia akan pegang hati Ayie tu walau dengan apa-apa cara pun!

Langsir ditarik. Dia sukakan Ayie atau dia obses sebenarnya? Dia suka, minat, sayang atau cinta pada Ayie? Dia tak dapat jawab. Yang dia tahu, suka, minat, sayang, cinta semua tu mempunyai pengertian yang berbeza. Tapi bila dekat dengan Ayie, dia rasa hatinya bergetar. Dia tak boleh kawal mulutnya dari tersenyum. Dia tak boleh kata tak nak pada Ayie.

Tiga tahun lalu, Ayie sekeluarga pindah ke di depan rumahnya. Maklumlah, papa Ayie nak buka klinik baru dekat kawasan tu. Pertama kali dia tengok Ayie, hati dah berlagu suka. Dia ingat dia suka sebab kacak tapi rasanya tak. Kalau dia tengok lelaki yang lebih kacak dari Ayie pun, dia rasa Ayie tetap yang pertama. Ayie tetap sempurna di matanya.

Jadi, semenjak tiga tahun dulu, ini la kerjanya. Mengendap Ayie di sebalik tingkap. Pantang dengar kereta di luar, kepalanya automatik ingat Ayie. Rasanya dia memang dah gila! Dia tak boleh kalau tak pandang jejaka yang bernama Ayie tu!

"Ayie... Ayie... Ayie..." suaranya menyebut nama itu. Rasa macam sebati pula nama tu dengan mulutnya.

Kadang-kadang nak panggil kucing dia yang bernama Atam pun dia tersilap panggil Ayie. Parah kan penyakit gila dia ni. Dulu dia tak percaya bila orang cakap cinta boleh buat orang sawan. Sekarang dia memang sangat-sangat setuju dengan kata-kata tu sebab dia pun rasa kena sawan cinta.

"Abang Ayie... Will you marry me?" ucapnya sendiri dengan muka gedik habis. Sah! Perangai sawan cinta dia dah datang!

You May Also Like

0 comments