Powered by Blogger.

Blog Ieya Sya

Assalamualaikum....

Kali ni aku nak bercerita tentang Novel Khayla yang baru keluar pada bulan oktober 2019. Alhamdulillah, punya la lama tersimpan akhirnya muncul sebagai naskhah cetakan di bawah Penerbitan Kaseh aries.

Kalau kau orang nak berkenalan dengan penerbitan ni, boleh search Key Word 'Penerbitan Kaseh' di Instagram dan Facebook.

Jadi... taraaa... ini la Novel Khayla,


Nak tahu cerita Khayla ini menceritakan tentang apa, meh kita menjelajah apa ada di dalam Blurb,

Mereka bertemu di bumi Itali. Lalu dalam masa yang singkat telah melahirkan rasa cinta yang membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Tapi semuanya berakhir sebelum sempat ia bermula. Gara-gara satu rahsia, Khayla terpaksa mengorbankan ikatan perkahwinannya. Luth pergi meninggalkannya dengan salah faham dan dendam.
Dua tahun berlalu, takdir menemukan mereka sekali lagi di bumi Turki. Kali ini Khayla bukan berhadapan dengan Luth yang lembut dan penyayang. Tapi seorang Luth yang kejam dan pendendam.
“Aku terfikir, apa aku patut buat pada kau untuk tiga minggu ni? Macam mana aku nak balas balik kesakitan yang kau tinggalkan? Apa yang patut perempuan hamba duit macam kau ni patut dapat?” – LUTH
“Beri kemaafan pada saya, Luth. Hanya dengan cara itu, awak mampu lupakan segalanya dan mulakan hidup baru. Sudah tentu juga awak mampu untuk bahagia.” – KHAYLA
Satu kejadian telah berlaku hingga membongkar semua rahsia. Luth kesal. Di bumi Malaysia, dia cuba mencari semula sisa-sisa cinta antara mereka.
“You masih nak jadi isteri I, Khayla?” – LUTH
“Saya tak tahu.” – KHAYLA
Mampukah Luth mengembalikan saat bahagia ketika mereka bersama dan meraih kembali cinta Khayla? Bagaimana dengan Felicia, gadis yang turut menyintai Luth di bumi Turki? Apakah rahsia yang telah membuatkan Khayla sanggup mempertaruhkan hidupnya sebagai galang ganti?

....................................................................

Ini sebuah cerita yang bakal membuat hati anda meruntun. Tentang seorang gadis bernama Khayla yang menyimpan sebuah cerita yang tidak dapat dibicarakan pada orang lain. Apa? Itu kena cari dalam novel ini. 

Next entri nanti, Kita akan letak teaser dan juga review yang diterima daripada pembaca... 

untuk dapatkan Novel Khayla, kau ornag boleh dapatkan dari kedai buku dan juga secara online di Facebook Penerbitan Kaseh. See daaa...
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

About Me

Ieya Sya
View my complete profile

DEAR...

SEGALA YANG TERTULIS DI DALAM BLOG INI ADALAH TERPELIHARA. DILARANG SAMA SEKALI 'COPY AND PASTE' TANPA KEBENARAN.

Novel Khayla (Keluaran okt. 2019)

BAB1 BAB2 BAB3 BAB4 BAB5 T1-6 T7-11 T12-17 T18-23 T24-28 Review pembaca

HEY LAURA IT'S ME

SINOPSIS NOVEL HEY LAURA IT'S ME B1 B2 B3 B4 B5

AKU DI SINI (KELUARAN OGOS 2018)

SINOPSIS NOVEL AKU DI SINI B1 B2 B3 B4 B5

EPILOG KITA

SIPNOPSIS NOVEL EPILOG KITA B1 B2 B3 B4 B5

HANA DAN AYIE (RITMA JANJI KITA)

B1 B2 B3 B4 B5 B6 B7 B8 B9 B10 B11 B12 B13 B14 B15 B16 B17 B18 B19 B20

BACKUP CINTA

SINOPSIS NOVEL BACKUP CINTA PRO B1 B2 B3 B4 B5

DALAM KETERPAKSAAN

SINOPSIS NOVEL DALAM KETERPAKSAAN B1 B2 B3 B4 B5

pages

  • Home
  • Novel
  • Puisi Version story Suatu Hari Ketika Kita Bertem...

Blog Archive

  • ►  2022 (1)
    • ►  August (1)
  • ►  2021 (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2020 (11)
    • ►  February (11)
  • ▼  2019 (27)
    • ▼  November (1)
      • Novel Khayla by Ieya Sya
    • ►  February (26)
  • ►  2018 (27)
    • ►  November (19)
    • ►  October (2)
    • ►  July (6)

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates