Buku keempat Aku Di Sini

by - July 21, 2018

Pertama-tama, syukur ke hadrat Ilahi, akhirnya manuskrip AKU DI SINI bakal diterbitkan menjadi sebuah novel.

jadi... ya, ini dia baby keempat yang sangat istimewa pada saya. 





TAJUK : AKU DI SINI -IEYA SYA
UNDER PENERBITAN KASEH ARIES.

TRIVIA :

Aku di sini ditulis sejurus menyiapkan manuskrip Back Up Cinta ( sekarang dah diterbitkan under penerbitan Karyaseni) . Namun begitu, kisah Iyan dan Ara terhenti di pertengahan gara-gara ketandusan idea. Kalau ikutkan, cerita yang tak dapat disiapkan, selalunya saya akan campak ke recycle bin. 

Disebabkan sayangkan watak Iyan dan Ara. terutamanya watak Dollah, saya simpan dari 2016. Pertengahan tahun 2017, selepas menyiapkan manuskrip Magikal, barulah idea untuk menyambungnya datang. 

Begitupun, idea masih hilang dan sekali lagi terbengkalai. Sampai satu hari saya mimpi (Over tak sampai masuk mimpi?) hahahah...  Bermula dari mimpi, akhirnya berjaya disiapkan dan dihantar ke syarikat penerbitan. 

Selepas menghantar dan menunggu tempoh penilaian, akhirnya Ramadhan 2018, pintu email diketuk. ALHAMDULILLAH, rezeki bulan mulia.

Dan ini lah dia, AKU DI SINI, keluaran bulan ogos. Kerana kisah ini istimewa buat saya, maka harapnya istimewa juga untuk pembaca nanti. 

Berminat, sila pm fecebook - Ieya sya 
atau, instagram ieya sya. 
wasap segera pun boleh di 0174990467

Boleh baca bab seterusnya di entri seterusnya. 

 
 


You May Also Like

0 comments